Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel _kesihatan_

Bawang putih kurangkan kahak bayi

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم. اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Kandungan: Punca Kahak Bayi Sejarah Bawang Putih Tips Menyusukan Bayi Titisan Hidung Bawang Putih Kahak yang terkumpul, iaitu lendir tebal yang dihasilkan oleh paru-paru bayi dan saluran pernafasan atas boleh sangat mengganggu bayi. Ada beberapa punca penghasilan kahak yang banyak seperti: jangkitan kuman pada saluran pernafasan, radang, penyakit paru-paru, dan cystic fibrosis. Menurut Pusat Perubatan Universiti Maryland, sediaan bawang putih mungkin boleh membantu membuang kahak dan membantu penyembuhan segera. Apa-apa pun pastikan kita merujuk kepada doktor dan pakar perubatan sebelum memberi apa-apa sediaan herba kepada bayi. Sedikit Sejarah Mengenai Bawang Putih Bawang putih mempunyai sejarah panjang dalam penggunaan sebagai bahan perubatan pada masa silam, bermula di Asia, Mesir, dan Greece. Di Mesir dan Greece ia terkenal di kalangan buruh sebagai bahan yang memberikan kekuatan ...

Faedah Berjalan Kaki kepada Manusia

Imej
Kemaskini: 20260305 Tubuh manusia diciptakan untuk berjalan kaki setiap hari. Tubuh manusia diciptakan untuk berjalan. Berjalan 30 minit sehari mengurangkan kadar menghidap diabetes lebih daripada separuh dan ia mengurangkan risiko manusia berusia lebih 60 menghidap kencing manis hampir 70 peratus . Berjalan mengurangkan risiko strok lebih daripada 25 peratus . Ia juga mengurangkan risiko barah serta diabetes dan strok. Kandungan Artikel Kesihatan Jantung & Saluran Darah Kesihatan Wanita & Kanser Kesihatan Lelaki & Kanser Kesihatan Mental & Emosi Kesan Fizikal & Imunisasi Perlindungan Daripada Selesema Tips & Sesi Berjalan Kaki Kesihatan Jantung & Saluran Darah Berjalan mengurangkan tekanan dara...

Tips Kurangkan 500 Kalori dalam Diet Harian Anda

Imej
Rancangan Turunkan Berat Badan Yang Berkesan & Sihat Tahukah anda, dengan mengurangkan pengambilan 500 kalori sehari, anda mampu menurunkan berat badan sehingga satu kilogram seminggu? Berikut adalah panduan mudah untuk kurus tanpa perlu menyeksakan diri. Ketam masak cili memang menyelerakan, tetapi kunci utama adalah kawalan saiz hidangan! 1. Kunyah Makanan Dengan Betul Kajian menunjukkan jika anda mengunyah makanan sekurang-kurangnya 20 kali sebelum ditelan, anda boleh mengurangkan sehingga 70 kalori per hidangan. Badan memerlukan masa 20 hingga 30 minit untuk sedar bahawa anda sudah kenyang. Dalam Islam, Rasulullah S.A.W juga menyarankan kita mengunyah sehingga 40 kali untuk memudahkan penghadaman. 2. Dapatkan Tidur Yang Cukup Tidur kurang 6 jam sehari akan merangsang hormon lapar yang dikenali sebagai Ghrelin . Dengan menambah satu jam waktu tidur, anda bukan sahaja meningkatkan metabolisme , malah boleh mengelakkan pengambilan lebih 300 kalori akibat rasa la...

Mulut Kering Ketika Bangun Tidur

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Master mengadu mulut dia terasa kering apabila bangun tidur pada waktu pagi. Kenapa mulut kering apabila kita bangun tidur? Ini adalah persoalan yang akan Tedi kaji dan kupas pada hari ini.  Mulut kering ketika bangun tidur berpunca daripada gaya kita tidur. Sebenarnya lebih tepat jika dikatakan berpunca daripada bagaimana kita bernafas ketika tidur. Besar kemungkinan kita tidur dengan mulut terbuka, atau kita bernafas menggunakan mulut ketika tidur.   Kenapa Bernafas Menggunakan Mulut Semasa Tidur? Punca kita bernafas dengan mulut ketika tidur ada banyak. Kita bernafas menggunakan mulut ketika tidur mungkin kerana hidung kita tersumbat. Selain bernafas dengan mulut, mungkin juga memang tabiat kita tidur dengan mulut ternganga. Atau mungkin sahaja kita tidur bermimpikan makan ayam goreng sebab itu mulut menganga... gurau je.. hehe. Selain itu berdengku...

[t24a19] Keburukan Air Kelapa

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Air kelapa adalah minuman yang popular di kalangan ramai orang, terutamanya di negara-negara tropika. Air kelapa mempunyai rasa yang menyegarkan dan manfaat kesihatan yang pelbagai, seperti menghidratkan badan, meningkatkan sistem imun badan, menurunkan tekanan darah dan mengawal paras gula darah. Namun, air kelapa juga mempunyai beberapa keburukan yang mungkin tidak diketahui oleh ramai orang. Berikut adalah beberapa keburukan air kelapa: Alahan Air kelapa boleh menyebabkan alahan pada sesetengah orang yang sensitif terhadap kandungan kalium, natrium, magnesium atau fosforus dalam air kelapa. Gejala alahan termasuk ruam kulit, gatal-gatal, pembengkakan bibir atau lidah, sesak nafas atau kejutan anafilaksis. Risiko Batu Karang Air kelapa boleh meningkatkan risiko batu karang pada sesetengah orang yang mempunyai masalah buah pinggang atau sejarah batu karang. Ini kerana air kelapa ...

Kelebihan bangun pagi

Imej
Dapat bersenam Menghirup udara segar pada pagi hari dapat memberikan tenaga untuk melakukan aktiviti seharian, dengan sedikit masa walaupun sekadar lima minit untuk bersenam, boleh menjadikan tubuh badan lebih bertenaga. Bersarapan awal Bersarapan awal pada waktu pagi merupakan antara perkara penting yang mesti dilakukan, dengan bersarapan tenaga dapat dijana untuk bekerja, belajar dan berfikir. Selain itu sarapan merupakan cara berdiet yang betul dan mampu mencegah kegemukan. Emosi yang stabil Cuba kita lihat, kebanyakan pekerja terlewat ke tempat kerja kerana bangun lewat. Kesudahannya mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, kemudian terlewat sampai ke tempat kerja dan dimarahi pihak atasan, Hasilnya emosi mereka akan terganggu pada sepanjang hari tersebut. Dapat menyelesaikan kerja dengan segera Menyambut hari baru Produktiviti kerja lebih baik Dengan tenaga yang terhasil daripada senaman dan sarapan, ia mampu memberikan hasil kerja yang lebih baik....

[t16i24] Rempah yang boleh elakkan kegemukan

Imej
Bentuk badan yang ramping dan cantik menjadi impian semua wanita Tetapi bagaimana jika mereka memang montok sejak azali, dan pengorbanan mereka berulang-alik ke gimnasium disertai diet masih tidak mencukupi untuk mendapatkan bentuk badan yang didambakan? Yang paling penting - adalah jangan sesekali berputus asa! Dapatkan bantuan tambahan daripada sumber alam yang mungkin tidak kita jangkakan sama sekali, iaitu rempah-ratus! Ahli-ahli sains dan pakar pemakanan mengatakan makanan pedas lebih cepat menghilangkan rasa lapar berbanding hidangan tak berasa. Selain itu rempah mempercepatkan metabolisme dan berjaya mengurangkan simpanan lemak. Kulit Kayu Manis Dianggap rempah yang terbaik untuk mereka yang mahu berdiet. Hanya satu perempat daripada satu sudu teh kayu manis akan meningkatkan kadar metabolisme karbohidrat anda. Ia mengawal tahap gula dalam darah yang terhasil akibat lompatan. Selain itu, bau kayu manis boleh menipu selera makan anda dan memberikan ilusi kekenyangan. Rempah ini ...

[t21l21] Berapa Banyak Oatmeal Perlu Dimakan untuk Menurunkan Kolesterol?

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Master sudah mula mengunyah oatmeal kerana kebelakangan ini Master sudah banyak makan McDonalds'. Terasa banyak kolestrol menyumbat saluran darah. Mungkin itu juga punca Master semakin banyak sakit kepala dan mual-mual pada tahun ini? Tetapi Master makan oatmeal begitu sahaja barang 2 - 4 sudu sehari, namun macam tiada kesan, jadi Master meminta Tedi mengkaji berapa sudu oatmeal perlu ditelan sehari? Berikut ialah penemuan Tedi, selamat membaca.   Oatmeal ialah pilihan yang bagus sama ada anda menjadikannya ringkas atau menghiasinya dengan buah, biji dan kacang. Tetapi selain hanya sebagai semangkuk kebaikan yang layak untuk Instagram, oatmeal menawarkan faedah yang sangat mengagumkan. Oatmeal diberi istilah mil oat atau emping oat dalam Bahasa Melayu. Oat ialah sejenis tumbuhan bijirin. Makan hanya satu setengah cawan oatmeal yang dimasak sehari boleh menurunkan...

[t13i13] Amoeba pemakan otak serang Louisiana

Imej
Telah menyebabkan kematian seorang budak lelaki 4-tahun di Louisiana. Sebelum ini seorang budak perempuan nyaris maut setelah diserang Amoeba yang sama ketika mandi-manda di sebuah taman tema yang mempunyai dasar kolam berpasir. Amoeba yang dikenali sebagai Naegleria fowleri itu dipastikan berada dalam sistem bekalan air di St. Bernard Parish. Amoeba ini berupaya memakan otak manusia dan akan menyebabkan penyakit primary amebic meningoencephalitis . (Tedi pun tak tahu apa kejadahnya tu, tapi mungkin kita boleh kaji nanti.) Penyakit ini boleh membawa maut dalam masa 12 hari. Louisiana Department of Health and Hospitals  menyatakan bahawa amoeba itu disahkan ada di Louisiana selepas para pegawai mereka menguji contoh air daripada pili yang bersambung dengan saluran paip air di Violet dan Arabi, berhampiran New Orleans. Apakah dia? Arabi - sebuah tempat di St. Bernard Parish, Louisiana. Louisiana - sebuah negeri di selatan Amerika Syarikat. Violet - sebuah tem...

[t21j21] Ada Apa dengan Gula?

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Sebelum ini Tedi pernah menaip pasal Nak kurus? Jauhi gula , jadi secara umumnya kita tahu kena kurangkan gula jika nak kuruskan badan. Taipan kali ini akan fokus lebih mendalam kepada beberapa persoalan yang bermain di minda mengenai paras gula dalam badan manusia, kerana jika tidak dikawal ia bukan sahaja mendatangkan kegemukan malah boleh mengakibatkan penyakit kencing manis atau dipanggil diabetes .   Kenapa paras gula meningkat selepas bersenam? Sebab pertama. Sekiranya jumlah insulin yang tidak mencukupi terdapat dalam darah yang membolehkan paras gula darah meningkat menjadi sekitar 250 hingga 300 mg/dl, maka senaman tidak menurunkan paras gula sebaliknya menyebabkan kenaikan paras gula dalam darah. Insulin rendah ditambah dengan aktiviti fizikal merangsang rembesan beberapa hormon lain seperti epinefrin, norepinefrin, kortisol, glukagon, dan hormon pertumbuhan...

T16L14 Kelebihan Derma Darah

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   Malam ini Tedi mahu berkongsi faedah jika manusia  menderma darah kepada manusia yang lain melalui tabung darah atau bank darah. Jika di Malaysia pastinya menerusi Pusat Darah Negara . Jom Derma Darah. Stok darah jenis O, A, dan B terutamanya sangat rendah ketika ini. Bantuan dan sokongan anda amat diperlukan untuk selamatkan nyawa pesakit-pesakit. Poster Kempen derma darah.   Beberapa kelebihan menderma darah atau faedah menderma darah ialah: 1. Pemeriksaan fizikal mini percuma. Sebelum menderma darah, tahap hemoglobin anda akan diuji. Jika ia adalah rendah, maka anda tidak akan dibenarkan untuk menderma darah. Selain hemoglobin, tahap tekanan darah dan berat badan juga akan diperiksa. Di samping itu, darah anda juga akan diperiksa untuk mengesan kehadiran lima penyakit, iaitu, hepatitis B, hepatitis C, Sifilis, HIV / AIDS dan malaria. Jika anda tidak m...

T20H14 Kenapa Selalu Ada Ulser di Mulut?

Master selalu ada ulser dalam mulutnya. Master perasan jika dia rajin berjaga pada waktu malam ulser selalu datang.  Apa itu ulser mulut? Alah luka-luka kecil dalam mulut tu ada di pipi, ada yang di bawah lidah, malahan di gusi pun boleh ada ulser. Ada satu ulser dalam mulut pun dah mengganggu selera makan. Pedih bila makan makanan pedas, tak pedas pun pedih juga.   Maksud ulser mengikut kamus Ulser dalam tulisan jawi:  اولسر Tetapi untuk lebih mengetahui makna yang lebih tepat lebih baik kita rujuk kamus: Definisi :  (Ubat) kerosakan pada permukaan sesuatu organ atau tisu yang mengakibatkan luka yang lambat pulih.  (Kamus Dewan Edisi Keempat) Definisi :  ist kerosakan pada permukaan sesutu organ atau tisu yg mengakibatkan luka.  (Kamus Pelajar Edisi Kedua) Istilah untuk ulser kecil dalam mulut akibat jangkitan kulat ialah "afta" .   Punca ulser dalam mulut Ulser terbaru yang menyerang Master ada 3 sekaligus dan besar pula tu. Tiba...

Pecah saluran pernafasan akibat tahan bersin

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ SEORANG lelaki berusia 34 tahun di England telah dimasukkan ke wad kecemasan di Leceister Royal Infirmary Hospital selepas dia tanpa sedar, telah memecahkan saluran pernafasan sendiri. Puncanya? Hanya kerana lelaki malang itu cuba menahan bersin. Media antarabangsa melaporkan, lelaki itu seperti terasa letupan kecil di bahagian tekaknya, disusuli dengan rasa kesakitan yang mendalam, selepas dia menahan bersin. Ekoran situasi itu, lelaki berkenaan mengadu mengalami kesukaran untuk menelan atau bercakap. Pemeriksaan lanjut doktor mendapati terdapat kesan bengkak yang ketara di bahagian tekak dan leher. Imbasan X-ray menunjukkan tekaknya telah pecah dan angin yang disedut telah melepasi rekahan di saluran pernafasan dan terus ke tisu berhampiran. Anak panah menunjukkan angin yang keluar (warna hitam) di kawasan tisu lembut. - Foto MedIzzy Journal Lelaki malang itu terpaksa ...

Cara Paling Seram Untuk Kuruskan Badan

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Apa salahnya kuruskan badan dengan kaedah yang menyeramkan kalau ia berhasil... kan? Filem seram dirakam bertujuan untuk menakutkan manusia sehingga ke usus mereka, tetapi pada masa yang sama filem seram juga boleh menakutkan manusia sehingga terbakar segala kalori dalam badan mereka. Fakta ini ditemui dalam satu kajian oleh University of Westminster . Kajian itu menyatakan secara purata, keseraman dalam tempoh 90 minit boleh membakar 113 kalori – jumlah yang terdapat pada satu bar coklat. Filem The Shining membakar paling banyak kalori iaitu 184 kalori – yang bersamaan dengan 25 minit melakukan kerja rumah. Filem Jaws di tempat kedua dengan pembakaran 161 kalori manakala The Exorcist membakar 158 kalori. Fakta-fakta ini amat buat Tedi menyampah kerana Tedi berlari 5 km pun dapat bakar 300 lebih kalori, jumlah yang terdapat pada seketul ayam goreng . Kajia...

Susu Skim dan Susu Rendah Lemak Salah Satu Penyumbang Diabetes

Imej
Selama ini Tedi  makan bijirin cereal campur susu skim kerana Tedi fikirkan ia sangat bagus untuk kesihatan. Kebelakangan ini Tedi dah jarang makan bijirin cereal bersama susu skim kerana Tedi akan ke-angin-an atau rasa berangin satu badan. Tapi yang Tedi terkejut hari ini apabila tahu ada banyak kajian yang nyatakan bahawa susu penuh lemak dari ladang adalah lebih baik berbanding susu rendah lemak dan susu skim. Kenapa? Sebab kajian mereka menunjukkan siapa yang minum susu tanpa lemak lebih cenderung untuk menghidap diabetes. Kajian oleh Harvard University dan Tufts University Para penyelidik dari Harvard University dan Tufts University telah menguji darah lebih 3000 manusia dewasa berumur dari 30 hingga 75 tahun yang bebas diabetes. Mereka kemudiannya membuat ujian susulan ke atas peserta tersebut dan mendapati bahawa mereka yang lebih tinggi kandungan produk sampingan susu penuh lemak dari ladang dalam darah mereka adalah 46% lebih kurang menghidap diabetes dalam tem...

Nak kurus? Jauhi gula.

Imej
Petang tadi ada ceramah kesihatan oleh Doktor Eliza Aziz Hafiz **Kemaskini: boleh silap nama la pulak, patut Mommy cari tak jumpa...** Beliau dijemput oleh Kelab Kecergasan untuk menerangkan kepentingan badan yang cergas kepada otak yang cerdas. Ceramah beliau tidaklah membosankan dan pada akhir sesi ada pula sesi bersenam dengan hanya duduk di atas kerusi. Walaupun dengan hanya duduk di atas kerusi, senaman itu agak menyemputkan Tedi. Ini adalah beberapa intipati ceramah beliau, dan kekawan semua pasti akan dapat kenalpasti apa yang ditekankan oleh beliau. Jika ada sakit-sakit pada badan, kurangkan gula. Gula adalah penyebab kepada 100 jenis barah. Badan tidak perlukan gula, sebaliknya cuma perlukan karbohidrat, protein, dan lemak. Insulin akan serap gula. Apabila insulin tinggi, kadar metabolisme akan jatuh. Jika mahu turunkan berat badan, jangan ambil gula. Ubat terbaik buat manusia adalah senaman, jika tak bergerak sejam, umur pendek 6 minit. Perokok yang bersenam ...

Tukang Urut

Wow. selama Tedi hidup ni Tedi belum pernah jumpa perkongsian mengenai urutan seperti rencana ini. Ia memang berbaloi untuk dibaca dan moga jadi teladan buat kita. Mummy ada pengalaman tragis dengan kisah mengurut ni. Sebelum sepupu Mummy meninggal dunia, arwah kemalangan dan mengalami kecederaan di kepala, dirawat sehingga boleh pulang ke rumah, dan kemudian dibawa mengurut di bahagian tersebut sehingga pendarahan berlaku semula. Ada orang kata itu hanya asbab, ajalnya memang macam tu, tapi kita perlulah elakkan sebarang perkara yang membahayakan diri kita tanpa keperluan. Apa-apa pun sila baca rencana menarik di bawah. Mengurut, massage, myotherapy RAMAI  juga pesakit saya bertanyakan berkenaan mengurut. Adakah boleh diamalkan atau tidak? Istilah english disebut massage, manakala bahasa perubatan disebut myotherapy. Bagi saya, tiada masalah besar pesakit mendapatkan khidmat tukang urut. Urutan urat luaran boleh melegakan badan, membantu hilangkan kesakitan ibarat seperti gosok. N...

Selsema VS Madu

Imej
Kandungan:  Kenapa Master suruh minum madu bila sakit tekak?  |  Tapi tekak Tedi masih gatal, adakah madu tidak berkesan? Pagi tadi Tedi terjaga sekitar jam 2.40 pagi. Tedi berasakan badan Tedi panas dan hidung Tedi berair.  Tekak juga berasa pedih. Nampak gayanya Tedi diserang selsema! Tedi pun kejutlah Master. "Pergilah minum madu kat dapur sesudu dua" , cadang Master.   Keistimewaan madu lebah Tedi pun pergi ke dapur, cari sudu plastik dan minum madu seperti cadangan Master. Madu tu madu kampung yang Master beli daripada kawannya, RM 40 sebotol. Guna sudu plastik untuk minum madu kerana dikhuatiri khasiatnya hilang. Siapa yang buat cerita dongeng tu, tiadalah Tedi tahu, tapi Tedi ikutkan sahaja selagi tiada bukti moden yang membangkang kenyataan itu. Selepas minum madu, Tedi bersin tak berhenti dan hingus keluar mencurah-curah, disertai angin kencang dan ribut petir. Err, tipu je lah... hehehe. Tiada sebarang angin kencang mahupun ribut petir...

Sendawa Rasa Asap

Imej
Pada petang Ahad, 9 April yang lalu, semasa Tedi temani Master ke TESCO Bandar Baru Nilai, Master telah mengalami kesakitan kepala yang dahsyat. Sebenarnya dari semalam Master sudah sakit kepala tapi dia berjaya menahannya, cuma dia banyak melepek tidurlah. Sumber: Cara Hindari Sendawa

Popular