Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sekolah

Kenapa kena bangun pada jam 0530?

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Kandungan: Isu Kehadiran & Surat Tunjuk Sebab Pelan Tindakan Kehadiran Awal Seperti yang Tedi sedia maklumi, Tedi telah diberi surat tunjuk sebab kerana prestasi kehadiran Tedi ke sekolah tidak memberangsangkan kerana Tedi hadir lewat ke sekolah 4 hari pada bulan Oktober. bismania.org - Mendadak ke Kota Malang Jadi bagaimana mahu mengawalkan kehadiran Tedi ke sekolah? Salah satunya adalah bangun pada jam lima setengah pagi dan mengejut Master dan Mommy . Kerana waktu itu waktu Subuh dan mungkin akan membantu Master bersolat Subuh berjemaah di surau berdekatan. Dan kerana Mommy memerlukan masa sejam untuk bersiap (minimum), jadi kami sepatutnya kena bertolak pada jam 0630 (enam setengah pagi), maka lima setengah pagi adalah masa sesuai untuk mengejutkan Mommy dari lena beliau. 🏠 Kembali ke Laman Utama Diterbitkan: 20141204 | Kemaskini: 20260304 (13:52) | interpretZZ

SMK Lui Barat

Imej
Pengenalan 2012 Pengenalan Sekolah Menengah Kebangsaan (F) Lui Barat adalah sekolah di mana Master bersekolah dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 . Sekolah ini adalah satu-satunya sekolah menengah di DUN Lui pada masa itu, di mana para pelajarnya adalah dari beberapa buah kampung berdekatan iaitu Felda Lui Barat , Felcra Air Hitam , Felda Lui Selatan 1 & 2 , Felda Lui Timur , Felda Lui Muda , dan Felda Sungai Lui . SMK Lui Barat mempunyai dua sesi pada zaman Master, iaitu sesi pagi untuk tingkatan 4 dan 5 , dan sesi petang untuk tingkatan 1 hingga 3 . Master menduduki Peperiksaan Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia di sekolah ini. Pada penghujung zaman persekolahan menengah Master di SMK Lui Barat, sekolah ini menerima bangunan asrama menjadikannya sekolah berasrama. 2012 Gambar pintu pagar Sekolah Menengah Kebangsaan Lui Barat pada 11 Oktober 2012. 20121011

[t22g21] Senarai Nama Kelas Unik

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ [Kandungan] Prakata Nama Kelas Berdasarkan Nama Pokok Nama Kelas Berdasarkan Nilai Positif Nama Kelas Berdasarkan Nama Jawatan Pembesar / Pahlawan Nama Kelas Berdasarkan Hang Tuah 5 Saudara Nama Kelas Berdasarkan Nama Tokoh Penentang Penjajah Nama Kelas Berdasarkan Nama Tokoh Wanita Nama Kelas Berdasarkan Nama Khulafa ar-Rasyidin Nama Kelas Berdasarkan Nama Tokoh Islam Nama Kelas Berdasarkan Teknologi Nama Kelas Berdasarkan Nama Mantan Perdana Menteri Nama Kelas Berdasarkan Alat Muzik India Nama Kelas Berdasarkan Nama Universiti Awam Malaysia Prakata Nostalgia pula apabila ada yang bertanyakan mengenai nama kelas unik . Mengikut pengalaman Master, nama kelasnya agak unik ketika di sekolah menengah tingkatan 1 hingga 3. Nama kelas beliau ialah KAA iaitu singkatan kepada Kelas Aliran Agama di mana hanya kelas ini sahaja mengambil kertas Bahasa Arab dalam peperiksaan Penilaian Mene...

[t13g05] Aman sungguh suasana; Nasi Lemak Sambal Opah

Imej
Hari ni Tedi kembali ke sekolah. Gembira berjumpa kawan2 berbilang spesies. Ini amat berbeza dengan berita-berita dalam akhbar yang menunjukkan seolah-olah negara Malaysia yang Tedi cintai ini diancam oleh kaum-kaum tertentu. Biarlah mereka menakut-nakutkan kaum manusia di Malaysia ni, kami kaum binatang akan tetap aman mengikut sunnah Allah Subhanahu wa Ta'ala. Jemput Pak Ngah sekeluarga di Shah Alam   Kami menjemput Pak Ngah Irwan, Mak Ngah Umie dan Irsyad di Shah Alam. Pak Ngah bawa kami makan di Restoran Warisan Sambal Opah yang terkenal di USJ. # Restoran Warisan Sambal Opah Warong Nasi Lemak Panas. Sate. Nasi Campur. Nasi Ayam. ayam Golek. Tomyam. Western. Jus Buah-buahan. # # Friday, 5 July 2013, 22:42 # Sony Ericsson ST27i # DSC_0515 #  

[t15b12] Merah kepada hijau? atau hitam?

Imej
Hari ini Tedi tidak hadir separuh hari ke sekolah sebab lewat Setelah beberapa bulan menerima surat tunjuk sebab kerana lewat ke sekolah, maka Tedi telah diberi beberapa buah fikiran. Di antaranya ialah jangan hadir lewat ke sekolah. Apa punya cadangan lah tu kan? Walaupun benar tapi dah lewat, terlewat, bukannya melewat-lewatkan. Tapi apabila difikirkan semula, benarlah cadangan itu. Maka Tedi mengubah strategi. Apabila lewat, Tedi terus takkan pergi sekolah... hahahahaha... Jadinya nanti tiadalah rekod Tedi lewat ke sekolah kan? Ermmmmmm... Kepada kawan-kawan di luar sana, janganlah diikut perangai Tedi ni. 20150212

T12E05 Semangat waja ke sekolah

Imej
Cuba tengok mereka ni. Sanggup bersesak dalam beca kecil itu untuk ke sekolah. Macam mana kawan-kawan pergi sekolah? Mak ayah hantar? Jadi kenapa perlu lawan mak ayah? Semangat waja ke sekolah walaupun terpaksa bersesak-sesak tidak menjadi masalah demi menuntut ilmu. Sumber:  http://www.myindiapictures.com Tedi selalu jumpa ayah yang bersusah payah jemput anak dia naik motosikal. Berpanas, berhujan, bersesak dalam kesibukan kotaraya. Tedi tabik mereka. Cuma keselamatan anak perlu diutamakan. Anak kecil letaklah di depan, takut-takut mereka tertidur - satu pemandangan tidak enak yang Tedi selalu jumpa. Apabila tengok ragam mereka yang naiki motosikal itu, Tedi bersyukur kerana kami ada rezeki untuk menaiki kereta. Alhamdulillah. Bear pun pandai bersyukur tau. 20120505

Jom ke sekolah Tedi

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Pagi ni Tedi kejut Master.   Bagaimanakah sekolah Tedi pada masa akan datang? Bisakah ia menjadi sehebat ini? "Master, cepatlah bangun, siap siaga." "Apa kena eh Tedi, Master nak bermimpi gi Korea ni..." "Alah Master ni, Tedi nak gi sekolah ni, dah lambat benar dah ni." "Sekolah mana buka hari Ahad ni Tedi. Ada sukaneka ke apa? Tiada makluman awal pun, ini dah menyalahi polisi!" "Bukanlah Master, Tedi saja nak pergi sekolah ni. Tedi kan ada komitmen !" Cuti Sekolah, mari jadikan ia berguna. "Kenapa pula?" "Ada kerja sekolah tak siap lagi ni." "Lah, buat je lah di rumah teres kita ni." "Tak boleh Master, nanti ia jadi kerja rumah, kerja sekolah kena buat di sekolah!" , tegas Tedi. Nasib baiklah menunggu Master siap siaga tidak mengambil masa yang lama. http://de...

Tedi dah siap nak gi sekolah, tapi...

Imej
Jam di tangan Tedi sudah menunjukkan jam 7.14 pagi. Jam di papan pemuka (dashboard) Proton Saga BLM pun sudah menunjukkan jam 7.14 pagi. Jam di telefon bimbit Master juga menunjukkan waktu yang sama iaitu jam 7.14 pagi. Tedi dah siap-siaga untuk ke sekolah. Master pun dah bersedia nak hantar Tedi ke sekolah. Tapi mommy belum siap lagi. Lamanya mommy nak siap? Bagaimana Tedi nak sampai di sekolah awal ni? 20130315

Sekolah: sikap ibu bapa dulu sekarang

Imej
Master bercerita kepada Tedi. Sikap ibu bapa terhadap guru amat berbeza jika dibandingkan dulu dan sekarang. "Apa yang bezanya master?" Dulu ibu bapa ajar anak hormati guru. Jika guru menghukum anak mereka, siaplah pelajar itu jika ibu bapa mereka mengetahuinya, nescaya akan ditambah hukuman. "Sekarang?" Sekarang ibu bapa yang biadab dengan guru. Jika guru menghukum anak mereka, sedialah guru itu diserang di sekolah dengan maki hamun, ancaman dan sebagainya. Ada yang menghina guru dengan menyatakan gaji guru dibayar mereka. "Ermm" - kelu lidah Tedi. Ada juga mak bapak macam tu kan? 20120706

Tak pergi sekolah lagi... apala nak jadi?

Imej
Hari ni Tedi tak pergi sekolah. Maka Tedi tak dapatlah hantar kerja sekolah Tedi. Maaflah Tedi wahai Cikgu Pogy, Tedy bukan saja-saja taknak pergi sekolah. Kenapa Tedi tak pergi sekolah? Tanyalah Mommy, dia tak bagi Tedi naik kereta pergi sekolah pagi tadi. Sebab Mommy dah lambat pergi kerja. Kan Mommy, kan? Apala nak jadi Mommy ni.   20130430

Syabas kerana anda hadir ke sekolah

Imej
Haa... rajin-rajinlah pergi sekolah. Tedi pun rajin pergi sekolah :) Syabas kerana anda hadir ke sekolah hari ini datang dengan harapan pulang dengan kejayaan budi bahasa budaya kita Sumber:  muhassigns.blogspot.com

WB 2 SKOOL (cikgu ajar Tedi macam ni)

Imej
Kredit: thefunnyblog.org Zaman sekarang, cikgu kena ikut trend semasa. Macam komik di atas, guru wanita itu belajar menggunakan istilah moden yang selalu digunakan remaja zaman sekarang. B.t.w Tedi pun moden jugak, tapi Master selalu komunikasi guna bahasa klasik.

Kurang ajar atau biadab

Imej
Tadi Tedi sempat melawat Tetot di kelas beliau. Beliau kelihatan merungut seekor diri. Kisahnya Tetot ni merupakan ketua kelas beliau. Tradisi ketua kelas adalah untuk mengunci pintu kelas sebaik saja tamat sesi persekolahan. Selain itu kelas Tetot ni dikongsi oleh sebuah persatuan. Tapi pintu masuk adalah berbeza dan 2 set kunci berbeza digunakan. Tetot hanya boleh buka Pintu A manakala ketua persatuan itu hanya boleh buka Pintu B. Apa yang mendukacitakan ahli2 persatuan ni selalu masuk jer ke kelas tersebut tanpa bagi salam dan kemudian dengan selamba melepak di belakang kelas.  Mereka tak minta izin dan tak tanya pun sama ada Tetot dah nak balik atau belum. Itu yang buat Tetot naik angin. Suatu petang, Tetot kunci je kelas tu. Terkulat-kulat lah ahli persatuan tersebut dalam kelas tu. Terpaksalah mereka tunggu ketua mereka datang buka pintu kelas. Erm, ganas jugak Tetot ni walaupun selalu senyum je kejenya. Tapi apa nak kata? Lain kali minta izin dulu sebelum masuk. ...

Al Jannah Islamic, Nature & Science School: Gaji dan Ulasan

Imej
Latar belakang Al Jannah Islamic, Nature & Science School adalah sebuah perusahaan terletak di Negara Indonesia dalam bidang pendidikan dan latihan. Ia adalah sekolah berasaskan Islam, alam sekitar dan sains. Gaji Purata gaji yang ditawarkan ialah 2.4 juta Rupiah iaitu dari 1.7 juta Rupiah hingga 2.0 juta Rupiah bagi jawatan Pendidik. Ulasan kerja di Al Jannah Islamic, Nature & Science School Al Jannah Islamic, Nature & Science School adalah sebuah sekolah Islam, sekolah alam dan sekolah harian penuh. Malangnya kesejahteraan untuk tenaga pendidiknya masih kurang. Salah satu sekolah terbaik dan berkualiti, dimana kualiti para guru pun sangat diperhatikan. Mengajar mengenai keislaman dan mengenal alam. Penilaian: Gaji : 1* Keseimbangan kerja dan hidup : 2* Perkembangan kerjaya : 2* Nilai dan budaya : 5* Pengurusan senior : 2*

Popular