Panduan Solat Hajat Ringkas
Hari ini tempat kerja Master buat majlis bacaan Yasin, tahlil dan solat hajat sempena pelaksanaan dua projek mega buat syarikat Master pada tahun 2018 ini. Pada majlis tersebut, ustaz yang dijemput sempat memberi kuliah. Katanya tak salah laksanakan solat hajat jika apa yang dihajati itu adalah sesuatu yang tidak melanggar syariat. Tapi ustaz menegur orang Melayu kerana selalu meminta orang alim membuat solat hajat untuk apa yang mereka hajati, sedangkan sepatutnya orang yang berhajat itulah yang melaksanakannya. Ustaz kata tidak salah ada majlis sebegini bagi sesebuah organisasi untuk peristiwa tertentu, tetapi bagi orang Islam, hendaklah laksanakan solat hajat ni setiap hari. Sebab apa kena buat setiap hari? Sebab kita manusia ni banyak sangat hajat dan impian. Ulama dulu-dulu tiada solat khusus untuk solat hajat, tetapi mereka selalu bersolat sunat dan mengadu kepada Allah subhanahu wa taála untuk apa sahaja hajat mereka. Solat mereka tu mungkin solat tahajud, solat tauba...