Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Master dan kawan-kawan

[t18j09] Beli Kopi Susu Tedboy Bakery gunakan e-Dompet

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Mati-mati Tedi sangkakan gambar ini adalah mengenai kopi susu yang dibeli oleh Mummy di pejabat beliau kerana sesungguhnya hanya Mummy sahaja yang menggemari minuman pelik-pelik sebegini. Tetapi jauh panggang dari api, rupa-rupanya gambar ini adalah gambar kopi susu yang dibeli oleh Master di kedai Tedboy yang terletak di sebelah bangunan Touch 'n Go. Pelik juga bagaimana Master boleht terjebak ke dalam kancah beli kopi ala-ala hipster ni sedangkan duit tak berapa nak ada? Pada masa itu Master bekerja di bawah syarikat TNG Digital iaitu anak syarikat Touch 'n Go. TNG Digital merupakan pembangun TNG e-Wallet dan sekitar tahun 2018 itu merupakan salah satu peneraju e-Dompet Malaysia. Salah satu usaha untuk membanyakkan transaksi penggunaan e-Wallet di samping sebagai satu bentuk token penghargaan kepada para pekerja, TNG Digital bagi elaun dalam bentuk e-Wallet. Pada masa it...

[t14a29] 3 pemergian yang tidak dijangka

Imej
Sekembalinya ke Malaysia dari Padang, Indonesia... Master dikejutkan dengan 3 pemergian. Semua makhluk akan merasai mati, dan matilah dengan diingati segala bakti.  http://www.kl-today.com/2011/07/pemergian-dr-lolo-amat-dirasai/ Pertama, jiran setaman perumahan kami meninggal dunia pada petang Sabtu di Hospital Kuala Lumpur setelah mengalami pendarahan dalam kepala. Arwah merupakan penduduk pertama yang meninggal dunia di taman ini. Kedua, bapa kepada teman sepejabat Master juga meninggal dunia... kebetulan juga di Hospital Kuala Lumpur pada pagi Sabtu. Ketiga, pemergian Ustaz Harun Taib juga pada hari Sabtu. Ustaz Harun telah pergi, semoga ada generasi yang mampu menjadi ganti.   http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=119042:pkr-ucap-takziah-pemergian-ustaz-harun&Itemid=2#axzz2ri8VGf5z Semoga Allah merahmati roh mereka semua. Al-Fatihah. ******* 29 Jan 2014, 20140129

[t17c14] Email daripada COO

Imej
Pagi ini Master menerima email daripada pembantu COO atau Chief Operating Officer atau Ketua Pegawai Operasi syarikat beliau. Email itu menjemput Master untuk bertemu mata ke mata dengan beliau di mana pertemuan itu dijadualkan akan berlangsung hanya selama 5 (lima) minit. Chief Operating Officer ( COO ) adalah pegawai korporat yang memantau operasi perniagaan sesebuah syarikat. COO melapor kepada CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) dan kebiasaannya adalah individu kedua paling berkuasa dalam sesebuah syarikat. Sehingga Januari 2017, purata gaji seorang Chief Operating Officer ( COO ) adalah RM 286545 setahun atau hampir RM 24000 sebulan.

[T16J26] Dia Ditikam dari Belakang

Imej
Fuh... rasa keletihan sungguh malam ini, rasa macam nak ku lelapkan saja mata ini. Tapi Tedi gagahkan juga mata untuk mengiklan beberapa artikel daripada Laman 75. Ada 10 artikel semuanya dan Tedi harapkan setiap satu artikel itu boleh memperolehi ribuan pembaca, seterusnya menjana pendapatan buat interpretZZ . Penat juga nak kekal konsisten mengirim artikel baru, Hari ini adalah hari di mana Tedi berjaya juga habiskan ujian tekanan ke atas Projek RaFID . Esok para guru dan pentadbir sekolah meminta Tedi menyediakan kelengkapan untuk Ujian Integrasi . Rasa macam nak mengamuk pun ada! Mereka mesyuarat petang tadi dan habis mesyuarat minta Tedi siapkan kelengkapan tersebut, manakala sebelum mesyuarat pula Tedi diminta menyediakan kronologi Perjalanan Projek. Projek CaTU pula masih tertangguh dan Tedi pun tak tahulah bila nak sambung semula. Baru tadi Tedi dapat Pustaka Dinamik yang terbaru beserta beberapa fail imej yang diperlukan untuk memuatkan Modul Capaian Selamat dengan kand...

[t17l16] Kembara Kuching TAG Hari Pertama

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Kembara ke Kuching kali ini adalah untuk pergi ke kenduri kahwin bekas teman sepejabat Master. Master sebenarnya tak kisah pun pasal kenduri tu tapi sebab sebelum ni Mommy ada ajak ulàng kembara ke Kuching, maka Master pun berselorohlah ajak buat kembara ni. Lagipun Master prefer kembara yang ada orang lain boleh tangkapkan gambar. Kalau selfie pasti muka Master akan tak senyum sebab duk fokus nak snap gambar tu. Tup tup menjadi pula kembara ni. Tapi itinerary untuk kembara kali ni pun sama juga macam dulu, tak cukup jelas, maka ia mungkin satu lagi edisi kembara kenali Kuching. Kembara Kuching kali ini disertai oleh 7 orang dewasa, 1 kanak-kanak, dan 1 bayi. Karangan ini dipecahkan kepada beberapa bahagian seperti: Melawat Muzium Kucing Kopi O Ke homestay kita MYDIN Samariang, Kuching Dewan Suarah Sarawak Tugu Kuching Dayang Salhah Mira Cake House White Bar...

Ada mall tak di KLIA2?

Itulah bunyi soalan seorang pakcik kepada Master pada beberapa tahun dahulu. Baru sekarang Tedi terdetik untuk menyambung ulasan Tedi. "Tiada. Ada pun kedai-kedai macam lapangan terbang biasa sahaja." - jawab Master dengan yakinnya. Namun ternyata jawapan Master itu tidak berapa tepat bagi diri Tedi. Ini adalah bersandarkan kepada fakta bahawa KLIA2 telah direkabentuk kepada 2 bahagian iaitu bahagian  mall dan bahagian lapangan terbang. Ia dibina dengan idea untuk menjadikan KLIA2 sebagai hub membeli-belah selain berfungsi sebagai lapangan terbang. Mall bermaksud satu kawasan membeli-belah yang besar yang tertutup (mungkin dalam satu bangunan) dan tidak ada lalu-lintas kenderaan di dalamnya . Ini bermakna jika kawan-kawan tidak mahu menaiki kapal terbang, sebaliknya hanya mahu membeli-belah, anda masih boleh singgah ke sana. Berkenaan harga barangan di sana tiada pula Tedi semak dan periksa. Kebanyakan kedai di sana adalah kedai pakaian dan perhiasan, tetapi masih a...

Macam mana CX5?

Imej
Apakah komen Master selepas pandu uji Mazda CX5 pada Sabtu lepas? "So, macam mana pengalaman kau pandu uji Mazda CX5 tu?" Soalan daripada Mr J itu memulakan bicara di stesen kerja beliau, tatkala Master agak mengantuk pada saat itu. "Bagus, pengendalian dia bagus." Bagi Master, CX5 yang diuji Sabtu lalu agak mengejutkan kerana mudah dipandu, dengan sistem kemudi yang ringan, manakala pandangan hadapan sangat luas, lebih luas berbanding memandu kereta sedan, sedangkan CX5 lebih besar. "Tapi aku tak berkenan 3 perkara."   CX5 ternyata punyai titik buta yang luas di bahagian belakang yang menyebabkan Master agak terkial-kial untuk reverse parking, namun itu disebabkan Master tidak biasa gunakan reverse camera. Gril hadapan yang tidak sukan (sporty kata omputeh). Luas ternganga, tersengih macam kerang busuk. Tapi semasa memandu, bukannya nampak pun kan? hehehe. Ada bunyi pada tayar yang agak mengganggu semasa memandu, yang memang kurang menye...

[t16e11] Penunggang Motosikal Itu Mentimun

Imej
“Balik naik apa bro?” “Drive” “Tak jam ke?” “Jam, tapi nak buat macam mana… hadap sajalah.” “Naik motosikal la bro” “Tak beranilah, asyik dengar penunggang motosikal kemalangan.” Itulah dialog di antara Master dan rakan sepejabatnya petang tadi, semasa dalam lif turun ke tempat letak kereta. Imej: Kemalangan motosikal melibatkan kereta di LPT1. Pagi tadi pun Master saksikan seorang penunggang motosikal sedang menggelupur di atas jalanraya susur keluar MEX ke Putrajaya, di seberang jalan yang kami sedang lalui ketika itu. Ironinya, penunggang motosikal itu sekali lagi adalah kawan kepada suami kawan Mommy. Sebelum ini pun individu yang sama terlibat dalam kemalangan apabila motosikal ditunggangnya merempuh bangkai kereta terbakar di MEX. Kejadian itu berlaku pada hari yang sama seorang lagi kawan Mommy kehilangan suaminya; beliau saksikan sendiri suaminya sedang menggelupur setelah kecelakaan motosikal. Entah bagaimanalah perasaan mereka yang melaluinya. Kepada para penunggang motosikal...

Selamat tinggal SDU level 6

Imej
Semalam kawan-kawan sekerja Master telah menjemput beliau makan-makan sempena pemergian Master ke jabatan baru. Makan-makan itu diadakan di sebuah restoran makanan segera di Nexus di Bangsar South. Jika Master bersendirian, pasti Master takkan singgah di restoran makanan segera tersebut sebab ia ada menghidangkan arak. Apabila sesebuah kedai menghidangkan arak dengan automatiknya Master pasti bahawa penyedia makanan di sana tak ambil tahu atau tak amalkan konsep halalan toiyiban seperti yang diperintahkan dalam al-Quran. Tetapi tidak mengapalah, Master abaikan sahaja demi hormati tuan rumah, cuma kepada sesiapa Muslim yang membaca tulisan ini, Tedi seru untuk jauhi tempat makan sebegini kerana apabila ada orang Islam makan di kedai yang tergantung botol-botol arak sudah pastilah ia menjadi tanda sokongan kepada mereka, padahal sepatutnya kita anti dengan arak dan premis-premis yang ada arak. Menyentuh mengenai teman sekerja di SDU level 6 ni, Master agak sedih meninggalkan mereka keran...

Jalaluddin Hassan dan budak sekolah menengah..

Imej
Peel Master ialah beliau akan mengambil masa sebulan sebelum memotong rambutnya. Apabila rambut beliau memanjang, melepasi telinga, nampaklah sedikit serabut, walaupun masih handsome . Buktinya apabila kawan beliau menegur, "Dah macam Jalaluddin Hassan, aku tengok rupa kau ni." Tedi pun tak tahu sama ada itu satu pujian atau satu sindiran? Tapi sebab Jalaluddin Hassan tu kira famous  juga di bumi Malaysia ni, maka Tedi rasa pakcik tu memuji Master. Manakala Master pula blur  dan masih tak dapat merungkai pujian pakcik tersebut. Jadi, disebabkan Master rasa terhina dek kata kawannya itu, beliau pun memotong rambutnya pada hujung minggu lepas. Keesokannya, apabila Master pergi ke pejabat, kawannya yang lain pula menegur, "Macam budak tingkatan 4 rupa engkau ni." Master menepuk dahi beliau... "Tak kisahlah, asal jangan kata macam Anuar Zain, sudah." - getus hati Master. 19 Mac 2014.

Mr F ke Axiata Digital

Hari ini adalah hari yang agak menyedihkan buat Master sebab seorang kawan sekerja beliau kerana hari ini adalah hari terakhir Mr F bekerja bersamanya. Mr F akan memulakan kerja baru di Axiata Digital untuk produk e-wallet berjenama Boost. Sebab utama beliau ke sana adalah peluang untuk belajar teknologi baru yang digunakan oleh Boost, di samping faedah yang disediakan syarikat Axiata Digital kepada para pekerja. Malam ni Tedi tolong filter dan upload gambar ke Cameron Highland hari tu. Banyak pula gambar yang sangkut semasa upload.

Tamat temuduga di JVCo

Imej
Alhamdulillah. Master telah selesai ditemuduga petsng tadi untuk satu jawatan di JVCo. Keputusannya masih belum diketahui tapi penemuduga nampak agak tertarik dengan pengetahuan teknikal Master. Cuma malangnya Master tidak bertanya lebih lanjut tentang syarikat baru yang masih belum diketahui identitinya itu. Bakal bos Master (jika Master terpilih) juga menyatakan Master akan termasuk dalam batch pertama jika dipilih.

Mamai

Imej
Malang betul nasib Master, dia kena sound dengan bos sebab dia release skrip yang belum diuji untuk kegunaan penguji di luar. Melompat bos-bos di atas apabila ada beberapa isu dilaporkan semasa persediaan mesin ujian tersebut. Master bukan nak release sangat pun skrip tersebut tapi memandangkan pasukan penguji nak cepat untuk uji mesin tersebut, Master melepaskannya juga. Tambahan pula Master memikirkan pasukan penguji ada pasukan penyokong yang akan membantu jika ada masalah. Itulah yang berlaku, masalah timbul dan pasukan sokongan menjalankan kerja mereka dengan baik. Master meneruskan kerjanya dengan skrip automasi yang belum siap, diuji dan diuji beberapa kali, walaupun ditekan untuk diterbitkan. Sehingga kini dia masih belum sedia melepaskan skrip tersebut tetapi seperti biasa pasukan pengurusan mendesak untuk melepaskannya. Dalam pengalaman kerja, apabila semuanya berjalan lancar, tiada siapa pernah peduli, memandang semuanya enteng. Tapi apabila ada isu yang sebenarnya ada ja...

Master Gagal Naik Pangkat

Imej
Kecewa Itu sahajalah perasaan Master pada hari ini, walaupun dia mengukir senyuman dan mengucapkan tahniah kepada kawan sepejabat di atas kenaikan pangkat mereka. Masih ada sedikit rasa ralat dalam jiwanya. Pada 22 Mac lalu, Master sedang mengejar tarikh akhir Ujian Penerimaan Pengguna (User Acceptance Test) untuk sebuah sistem yang diwarisinya daripada teman sepejabat yang lain.

Master di UXChange Malaysia 2017 di Hotel Intercontinental

Imej
Hari ini kami keluar awal dari rumah ke Bangsar South, kerana Master ada kursus UXchange Malaysia 2017 di Hotel Intercontinental Kuala Lumpur . Kami bertolak dari Bandar Baru Salak Tinggi pada jam lebih kurang 6.40 pagi. Perjalanan kami memakan masa lebih kurang sejam, maka kami tiba di Bangsar South sekitar jam 7.40 pagi. Alhamdulillah perjalanan pagi tadi kurang kesesakannya di Lebuhraya Pantai Baharu , tetapi berlaku kesesakan jalan raya yang agak teruk di Lebuhraya Maju Putrajaya hala Kuala Lumpur.

Sakinah ke Uptown Sports Bangi

Imej
21-Nov-2015 09:55 pagi hari Sabtu Sakinah galas beg pink Pony Tail ikut Master pergi main badminton di Uptown Sports Bangi Sony D2533 2015-11-21-0955 Ketika ini Master telah berjaya mengumpulkan satu pasukan untuk bermain badminton daripada kalangan rakan sekerja beliau. Mereka mula bermain di sekitar Kajang dan Bandar Baru Bangi kerana pengasas kumpulan ini iaitu Master dan Mr Zack Zaidi tinggal berhampiran Bangi. Pada zaman kegemilangan pasukan ini, mereka turut menerima tajaan daripada bos Master untuk beli bulu tangkis. Tetapi akhirnya kumpulan ini telah di-hijack menjadi kumpulan riadah mendaki bukit sebelum ia terkubur kerana masalah kecederaan yang dialami oleh Mr Zack Zaidi. Sebelum terkuburnya pasukan ini, mereka juga aktif bermain di Pantai Dalam. Salah satu lokasi bermain badminton pilihan mereka di Bangi adalah di Uptown Sports yang menyediakan perkhidmatan sewa gelanggang badminton dan gelanggang futsal, malahan meja ping pong. Suasana di Uptown Sports ini memang seles...

Popular