Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Menara TM

Menara Rebung vs Cendol Time

Imej
Semasa menanti ketibaan Mommy dari pejabat beliau di seberang Lebuhraya Persekutuan sana, Tedi sempat mengambil gambar Menara Rebung. Tedi memang gemari rekabentuk menara ini yang seolah-olah tak tegak... harapnya ia bukan sebenarnya condong.   Di tengah perjalanan, Master singgah di Hentian Rehat dan Rawat Lebuhraya Maju hala Putrajaya. Kami sempat menghadap cendol yang dibeli di gerai Cendol Time. Ada pelbagai jenis dan rasa, ada juga minuman lain... Master macam biasa memilih yang biasa-biasa...   Tujuan Master ajak kami minum adalah untuk mengelakkan mengantuk semasa memandu, namun apabila mengantuk ditambah cendol, apalah sangat kesannya? 10 November 2014 jam 11:36 malam, 20141110

[t18l13] Aina dan Roti Canai; Tengok Air Pancut Menara TM

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ 13 Disember 2018 22:15, Khamis Animasi Aina sibuk nak makan roti canai Xiaomi Redmi Note 5A Salah satu makanan kegemaran Nor Aina ialah roti kosong atau roti canai biasa. Aina boleh makan roti canai tu sendiri sahaja tanpa disuap. Dia selalunya akan menyibuk apabila Master nak makan roti canai kosong. Ketika ini Aina baru berumur 1 tahun 9 bulan 22 hari. Melihat Air Pancut di Menara TM 13 Disember 2018, 20:39, Khamis Aina sedang memerhatikan air pancut di Menara TM. Xiaomi Redmi Note 5A  Jika kawan-kawan perasan, Aina makan roti canai tu pada jam 10 malam. Kami balik lewat sebab tunggu Mommy habis kerja, dan semasa tunggu Mommy tu, Master sempat bawa Aina jalan-jalan tengok air pancut di sekitar Menara TM. Aina macam biasa pantang nampak air nak terjun masuk dalam kolam selain nak sentuh air tu, tapi Master tak bagi dia sentuh walaupun setitis air pancut tu sebab air pancut ka...

Pak Anjang meninggal dunia, Kenduri di Menara TM, ambil kunci Desa Mentari

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Terima berita kematian Pak Anjang Tok Mak, Tok Ayah, Pak Su Jim bertolak ke Salak Tinggi Singgah di Kampung Kenangan Puchong Tiba di Homestay Nur Kasih, Taman Desa Indah Menuju rumah arwah Pak Anjang Singgah di Kari Corner Bergerak ke Menara TM Singgah di Desa Mentari Singgah di D'Pulze Terima berita kematian Pak Anjang Kami menerima berita daripada Tok Mak pada sekitar jam 7 pagi, 7 Jan mengenai pemergian arwah Pak Anjang pada sekitar jam 5 ke 6 pagi. Master mengambil masa yang lama untuk memutuskan bahawa kami akan mengikut Tok Mak dan Tok Ayah pulang ke Pulau Pinang atau tidak. Master agak keberatan kerana beberapa faktor: Jarak yang jauh ke Bukit Mertajam di Pulau Pinang mengurangkan kadar peratusan kami untuk sempat mengikuti jenazah. Ini adalah kerana apa yang dituntut adalah bukannya melawat jenazah kerana kita patut menziarahi manusia semasa mereka ...

[t08j24] Jamuan Raya TM

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Jika tidak silap, Master menghadiri jamuan Hari Raya TM ini ketika singgah di Menara TM selepas balik dari bekerja di UNIKL MIIT Kuala Lumpur. Pengacara Faizal Ismail dan Fara Fauzana yang dijemput mengacarakan majlis jamuan Hari Raya TM pada tahun ini. Mereka berdua adalah pengacara popular pada masa ini sama ada di radio atau di televisyen. # Friday, 24 October 2008, 18:13Friday, 24 October 2008, 18:13 # Samsung Techwin <Digimax S600 / Kenox S600 / Digimax Cyber 630> # 20081024 (19).JPG # TM. Aidilfitri ini, raikanlah bersama taulan serta saudara, jauh dan dekat jangan dilupa, jalinan kemesraan dikukuh bersama. Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada Kumpulan TM. # Friday, 24 October 2008, 19:10 # 20081024 # Samsung Techwin <Digimax S600 / Kenox S600 / Digimax Cyber 630> # 20081024 (33).JPG # Lokasi: Menara TM # Fara Fauzana sedang mengadili pemenang pertanding...

[t21e01] Tiga Hari Berturut-turut ke Bangi Gateway

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Sinopsis Hari ini kami berkereta ke banyak tempat juga: Ke Menara TM untuk ambil barang Mummy dan hantar biskut semperit ke kawan Mummy. Ke kondominium Fajaria untuk hantar biskut semperit ke kawan Mummy juga. Ke apartment Pantai Permai untuk cari karipap sedap. Ke Segambut untuk hantar biskut semperit ke kawan Mummy juga. Ke Bangi Gateway untuk tukar songkok Aidan . Makan malam di D Asria Garden Cafe. Tedi kongsikan apa yang mampu je dulu. Lain kali Tedi tambah lagi.y Hari ke-3 di Bangi Gateway Erm, hari Khamis sudah ke sini. Semalam pun ke sini ambil baju raya Master dan Aidan yang tertinggal di kedai seluar, Mummy beli songkok Aidan tanpa kehadiran Aidan yang berada di taska. Hari ini terpaksa kembali ke Bangi Gateway lagi untuk tukar songkok Aidan kerana tidak muat kepalanya. Besar juga kepala Aidan tu ya. Gelagat YB kecil Aidan sedang melawat kedai menjual p...

[T19D06] Beli Baju Adik di Midvalley

Imej
Kami ke Midvalley pada hari Sabtu lalu untuk mencari barangan bayi buat si adik yang bakal lahir nanti. Tetapi tempat letak kereta penuh, mungkin kerana ada Baby Fair di Midvalley Mall, maka kami meletakkan kereta di Menara TM sebelum memanggil perkhidmatan GRAB. Tunggu pemandu GRAB datang menjemput kami di Menara TM. Destinasi kami ialah Midvalley. Tambang yang dikenakan ialah RM 7 (tujuh Ringgit Malaysia sahaja). Kami tumpang letak kereta di sini kerana tempat letak kereta Midvalley penuh. # Saturday, 6 April 2019, 14:55 # IMG_20190406_145541 # 20190406 # Xiaomi Redmi Note 5A # Menara TM # Aina lena tertidur dalam stroller di lobi Menara TM sementara menanti ketibaan pemandu GRAB yang akan membawa kami ke Midvalley. # Saturday, 6 April 2019, 14:57 # IMG_20190406_145712 # 20190406 # Xiaomi Redmi Note 5A # Menara TM # Gambar Aina sedang bermain belon semasa menunggu Mummy pilih baju adik di AEON Mid Valley Megamall. # Saturday, 6 April 2019, 16:14 # IMG_20190406_161430 # 2019040...

Aina dan Aidan selsema, ke Alam Megah, ke Menara TM, dan makan malam di Hotel Sama-Sama

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Pada hari ini aktiviti kami adalah membawa Aina dan Aidan ke klinik kerana mereka selsema dan batuk, pergi ke Shah Alam untuk ambil tudung yang Mummy sudah lama beli, pergi ke Menara TM untuk ambil barang pejabat Mummy, dan makan malam di Hotel Sama-Sama. Kiriman ini akan dikemaskini dengan konsep sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Stay tuned.,   Aina dan Aidan selsema Malam tadi Aina demam dan mula selsema. Aidan pula batuk. Kami mengambil keputusan membawa mereka ke Poliklinik Amalmedik Kota Warisan untuk diperiksa. Kedua-duanya tidak memberikan kerjasama yang baik apabila doktor meminta mereka buka mulut untuk diperiksa. Pada jam 2:30 petang kami berada di Poliklinik Amalmedik Kota Warisan membawa Aina dan Aidan yang selsema dan batuk. Aina demam malam semalam. Gambar Aina dan Aidan bermain buaian yang ada di dalam klinik tersebut, memakai pelitup muka kerana wabak...

Aidan kini setahun

Imej
Selamat hari lahir ke-1, Aidan Hari ini Aidan menyambut ulang tahun kelahirannya yang pertama. Aidan meraikan ulangtahun kelahirannya yang pertama. Sambut di rumah sahaja dengan belon dipasang sendiri. Sambut kami sekeluarga berempat sahaja sempena Perintah Kawalan Berkurung sekarang ni.  # Thursday, 28 May 2020, 12:36 # 20200528 # IMG20200528123600.jpg # OPPO OPPO Reno2 # Ambil barang Mummy di pejabat beliau Setelah bergambar dan makan kek sedikit, kami bergegas ke pejabat Mummy di Menara TM, sebab Mummy nak ambil barang-barang beliau yang bersepah di pejabat. Khabarnya selepas Perintah Kawalan Pergerakan ni berakhir, Mummy tetap akan kerja dari rumah. Kami pergi menaiki kereta Proton Persona, kerana insurans dan cukai jalan kereta Subaru XV telah luput. Perjalanan ke pejabat Mummy agak tenang dan lancar dengan kurangnya kehadiran kenderaan di atas jalan. Hal ini menyebabkan Master hampir terlepas simpang kerana tidak cam simpang tu ketika tiada kereta. Selalunya sesak dengan kend...

Amy Mastura jadi makcik macam tak sesuai

Imej
Taman Seroja, 10.00 malam. Tedi baru ja sampai di Bandar Baru Salak Tinggi dari Kuala Lumpur. Sekarang ni Tedi sedang menunggu makanan yang dipesan disiapkan oleh pekerja kedai makan Awan Tomyam. Sepanjang hari ni memula kami bawa bayi Aina ke klinik kerana hidungnya habis luka-luka dicakar olehnya. Aina kalau mengamuk memang kerjanya mencakar muka. Doktor cuma bagi ubat sapu dan tak benarkan apa-apa ditampal pada hidung bayi Aina sebab ditakuti akan jadi lebih teruk. Selepas itu kami ke kuarters polis Desa Aman di Kerinchi untuk survey kalau ada pengasuh di sana untuk jaga bayi Aina. Tapi tidak kesampaian. Master adalah berbual dengan makmum di surau di sana dan beliau tinggalkan nombor telefon untuk dihubungi. Selepas berpusing-pusing beberapa ketika di sekitar Bangsar South, kami ke Menara TM a.k.a Menara REbung untuk mengambil barang di sana. Dari Menara TM kami ke Midvalley pula untuk berbuka puasa dan cari telefon pintar Sony Ultra XA1. Tetapi sampai sahaja di sana, Chi...

Yayasan TM Menara TM Tower Run 2019

Imej
Yayasan TM Tower Run 2019: Nombor siri yang master gunakan untuk memanjat tangga-tangga Menara TM. Ini adalah acara pertama buat Master untuk tahun 2019 dan merupakan acara pertama dalam hidup Master memanjat menara TM. Ketika ini jam 08:19 pagi, manakala slot Men Open adalah pada jam 08:40 pagi. * refreshment * medal * men open * life made easier * TM Group * # Sunday, 10 November 2019, 08:19 # IMG_20191110_081955 # Kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A # Menara TM # Jalan Pantai Baharu, Ground Floor East Wing, Menara TM, 50672 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur #

Menara TM dan TM Annexe 1 dan TM Annexe 2

Imej
Tedi membesar bersama kenangan di sekitar Menara TM dan TM Annexe 1 dan TM Annexe 2. Tidak dapat Tedi lupakan bagaimana Menara TM gah di kawasan Jalan Pantai Baharu ketika kawasan Kerinchi masih belum dipanjat bangunan-bangunan tinggi. Malangnya pada zaman itu kamera digital adalah sesuatu yang eksotik. Laman ini akan menyimpan beberapa foto menara-menara tersebut sekadar apa yang ada. Menara TM, Bangsar  juga dikenali sebagai Menara Rebung di kalangan peminat filem Avengers ia dikenali sebagai Stark Tower kerana rekaannya yang hampir sama dengan rekaan menara filem superhero tersebut. TM Annexe, Bangsar terdapat 3 menara di mana 2 daripadanya milik TM, iaitu TM Annexe 1 dan TM Annexe 2 menara yang ketiga itu jika namanya mungkin Annexe 3 telah terbengkalai, dan kemudiannya disiapkan dan diduduki oleh Hotel Pullman Kuala Lumpur Bangsar. Persekitaran Menara TM, TM Annexe 1 dan TM Annexe 2 Koleksi gambar: 19 Februari 2019  |  28 September 2016: Puncak Rebung |...

Aina di Koptown Hotel Kuala Lumpur | 20180828

Imej
Malam ni Mommy kena deploy sistem baru yang merangkumi SST, sistem cukai terbaru untuk rakyat Malaysia yang diperkenalkan kerajaan. Deployment ini dijangka habis pada jam 2 pagi, satu rutin yang mungkin agak biasa bagi mereka yang bekerja di bidang IT yang terlibat dengan pelancaran sistem. Adalah tidak seronok untuk travel dengan bayi sejauh 50 kilometer pada awal pagi, maka kami memutuskan bahawa pilihan terbaik adalah untuk bermalam di hotel berhampiran pejabat Mommy.   Inilah Menara TM, bangunan terletaknya pejabat Mommy.   Ini pula bangunan KL Gateway yang boleh dilihat dari bangunan TM Annex.   Ini pula gambar bangunan TM Annex di mana deployment itu berlangsung. Inilah gambar lobi TM Annexe.   Gambar di luar Hotel Koptown yang kami inap pada malam ini. Di bawahnya ada Restoran Haslam.   Aina sedang berangan telefon Mommy. Badannya agak panas pada malam ini dan lidahnya luka sedikit.   Gambar Aina sedang membuat sepah dalam bilik ...

Popular