Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel anjing

[t13f23] Ratapi pemergian rakan

Imej
Selepas bosan melayan kerenah mereka bergaduh menuntut perhatian, pemilik haiwan mungkin terkejut apabila ada haiwan perliharaan mereka meratapi kematian kawan sepermainan. Kanadka terpaksa membiarkan anjing kesayangannya, Mauja, "dimatikan" selepas 2 tahun setengah berperang dengan barah. Kemudian dia mendapati anjing dan kucingnya yang lain mula berperangai aneh, mereka tidur bersama, di tempat Mauja, satu perkara yang tak pernah mereka lakukan. Tedi tengok gambar ni pun dah dapat rasakan kesedihan mereka. Gracy dan Kooky tidur bersama di tempat Mauja yang terpaksa dibunuh kerana menghidap barah. http://www.reddit.com/r/pics/comments/1go0er/i_had_to_put_my_dog_mauja_down_last_saturday_i 20130623

Anjing pungut veteran jadi hero keluarga.

Imej
Tua bukan sebarang tua, anjing pungutan selamatkan 1 keluarga daripada terbunuh. Mereka yang terbaik ialah pemuda yang berguna kepada orang lain, namun jangan sangka golongan tua sudah tidak berguna kepada masyarakat. Chip membuktikan bahawa usia hanyalah angka (ayat yang manusia perempuan selalu guna untuk sedapkan hati mereka bahawa mereka belum cukup tua, sebab tu makin tua makin gedik perangai). "Tua-tua kelapa, makin tua makin berminyak." Itu yang terlintas di benak fikirian Tedi apabila mengetahui seekor kawan Tedi, anjing kacukan makmal berusia 13-tahun telah menyelamatkan 1 keluarga daripada terbunuh dek kebocoran gas. Anjing bernama Chip itu dipungut oleh puan Corry Barboza yang tinggal di Westport Massachusetts setelah mengetahui mengenainya melalui rancangan TV tempatan "Pick of the litter" , baru-baru ini. Puan itu semestinya rasa bersyukur dipertemukan dengan Chip. Ini mungkin hanya tuah bagi mereka yang tak beriman, namun bagi golongan mu...

Anjing jalanan

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Woof! Woof! Bisingla anjing-anjing  di luar rumah ni, Tedi nak tidur pun tak lalu. Anjing yang terbiar akan berkumpulan kerana mereka memang hidup dalam kumpulan. Banyaknya anjing, tak masuk akal pula sebab kawasan ni kawasan orang Islam dan Tedi tau orang Islam tak bela anjing (walaupun bela anjing tu tak haram ). Orang Islam bukan tak sayang anjing, bukan tak suka, tapi kerana patuhi perintah Allah S.W.T, maka mereka redha. Bukannya disuruh seksa anjing pun, cuma dilarang makan anjing, dan najis menyentuhnya . Bukannya tak boleh sentuh, cuma bila sentuh wajib dibasuh mengikut kaedahnya kerana anjing dikategorikan sebagai najis mughallazah (najis berat). Al- Quran pun ada sebut dibolehkan makan buruan yang diburu menggunakan haiwan pemburu yang terlatih . Haiwan apa lagi yang boleh digunakan untuk memburu? Harimau? Singa? Anjinglah yang sesuai. Master pun kata, "kita redha dan patuh, insya-Allah pada masa kemudian (di akhirat...

Tedi mengkaji Anjing Jadian

Imej
Anjing Jadian? Apakah itu Anjing Jadian? Kalau Serigala Jadian tu pernah la Tedi dengar. Hari ini seekor kawan Tedi menghantar sepucuk email. Dia mengkhabarkan mengenai Anjing Jadian. Tak pernah Tedi dengar pasal Anjing Jadian ni, maka Tedi pun melakukan sedikit penyelidikan.   Anjing Jadian yang digambarkan oleh  Master Dragon 09 . Sekadar gambar hiasan, gambar sebenar ada di bahagian bawah artikel. Bukan sekadar cerita biasa, kawan Tedi lampirkan gambar2 untuk menyokong cerita ini.   Beberapa carian yang Tedi lakukan menjelaskan bahawa Anjing Jadian (Weredog) sebagai: "Suatu makhluk yang boleh berubah bentuk daripada anjing kepada manusia dan sebaliknya." ~  http://en.wiktionary.org/wiki/weredog   "Anjing jadian adalah kata nama merujuk kepada sejenis setengah manusia, setengah spesis anjing. Apabila tidak dilihat, anjing itu akan menjadi manusia biasa, tetapi apabila ia dilihat, ia akan bertukar menjadi watak seperti anjing. Ia mungkin hasil daripada pengacuk...

Mimi & Wangcai, sungguh cool...

Imej
Seekor anjing yang cool dan temannya seekor kucing yang sungguh santai. Gila hebatlah pasangan 2 ekor ni! Bukan senang nak jumpa anjing dan kucing yang best friend, tambahan lagi apabila Sang Anjing menurut trend fesyen ala-ala K-POP dengan memakai kaca mata & telefon di lengan. Sang Kucing pulak bukan hanya bermain-main dengan Sang Anjing, malahan menunggang temannya itu apabila penat berjalan. Inilah kisah Mimi, seekor kucing dan temannya Mangcai, seekor anjing gangnam style dengan gelagat mereka yang menghiburkan di jalanan Kunming, China. Mimi, respect the don! Sumber berita:  Cat hitches a ride on sunglasses-wearing dog. Ada cerita menarik mengenai kucing berwajah dua di laman ini: " Jom Tengok: Venus. The Coolest Cat Ever? " 20130628

Popular