[T17J21] Aina raikan Pak Teh graduasi di Konvokesyen ke-14 UniKL di PICC
Apa khabar semua? Mungkin kekawan semua sudah tidur tatkala Tedi baru terjaga daripada lena. Ada dua forms yang perlu disediakan, manakala banyak forms lagi memerlukan sentuhan terakhir untuk memastikan modul kad kredit sedia untuk diuji. Baiklah, karangan pada malam ini adalah tentang aktiviti kami sekeluarga pada hari Sabtu yang lalu iaitu pada 21 Oktober. Pada sebelah paginya kami ke Hari Keluarga yang dianjurkan oleh syarikat Mommy bekerja yang diadakan di Bangi Wonderland. Kami pergi sekejap sahaja kerana suasana di sana tidak sesuai untuk bawa bayi bersama. Pada jam sebelas pagi kami bertolak pulang ke rumah kerana Tok Mak, Tok Ayah, dan Pak Teh Judin singgah sebelum ke Majlis Konvokesyen ke-14 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya a.k.a Putrajaya International Convention Centre (PICC). Tok Mak, Tok Ayah, dan Pak Teh Judin bertolak ke PICC dulu sebelum kami turuti. Kami memilih untuk bertolak selepas Zuhur, tambahan Master pun perlu sediakan p...