Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Miguel Almiron

Benitez nafi mahu beli Miguel Almiron

Imej
Kebelakangan ini gamat dengan berita mengenai minat Newcastle United Football Club ke atas Miguel Almiron, sehinggakan presiden Atlanta memberi amaran kepada NUFC untuk membuat tawaran serius jika mahukan Miguel Almiron . Tetapi kem Newcastle United menafikan berita itu di mana pengurus Newcastle, Rafael Benitez, menafikan berita mengenai minat Newcastle United untuk membawa masuk penyerang Atlanta United, Miguel Almiron. Benitez menyatakan bahawa dia tidak pernah membuat sebarang kenyataan untuk mendapatkan Miguel Almiron, tetapi dia mendengar ada seseorang mendakwa Newcastle United telah membuat tawaran tersebut. Dan selepas itu, kami berkata 'Tidak, kami tidak membuat apa-apa tawaran' . Benitez menyatakan bahawa pihak akhbar tak semestinya akan dapat tahu jika Newcastle United membuat tawaran ke atas mana-mana pemain. "Kami tidak akan menghebahkan tentang minat kami ke atas mana-mana pemain. Jika kami membuat tawaran, pemain tersebut akan tahu, kami akan tahu dan ...

Amaran presiden Atlanta kepada Newcastle: Sediakan tawaran serius untuk Almiron

Imej
Presiden Atlanta, Darren Eales menegaskan mereka tidak akan menjual Miguel Almiron untuk bayaran murah. Terdapat pasukan dari Liga Perdana Inggeris yang berminat dengan Almiron, seperti Newcastle, Tottenham dan Arsenal yang dikatakan sedang menanda pemain itu. Tetapi Eales menegaskan bahawa Almiron hanya akan dilepaskan pada harga yang dikehendaki oleh Atlanta. Almiron dan rakan sepasukannya bersedia untuk perlawanan akhir MLS menentang Portland Timbers pada malam ini (Sabtu). "Saya telah melihat beberapa perkara yang menggembirakan di dalam akhbar, dengan jelas kami tidak akan meminjamkan salah seorang pemain kami dan kami pastinya tidak akan membiarkan mereka pergi untuk bayaran yang sedikit seperti yang saya lihat dalam beberapa laporan," katanya kepada Sky Sports . "Jika tawaran itu betul dan serius, kita akan pertimbangkan, tetapi bukan untuk angka-angka lucu yang saya lihat yang disebut dalam akhbar."

Popular