Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel _lukisan_

Gambar potret dilukis menggunakan hanya 1 loretan pen

Imej
Gambar potret ini dilukis menggunakan sebatang pen dengan 1 loretan sahaja Ia bermula di hidung dan berakhir di bahagian bawah. Mungkin tujuan asalnya adalah untuk promosi pen keluaran mereka. Tedi sangat mengkagumi lukisan potret seorang lelaki yang telah dilukis pada tahun 1884 ini kerana ia sangat teliti dan yang dahsyatnya lukisan ini ternyata menunjukkan bagaimana dakwat pen tersebut boleh bertahan. Hakcipta 1884 oleh Knowlen & Maxim.  

[t23k08] Maksud Warna Biru dalam Logo

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ [Kandungan] Maksud Warna Biru dalam Logo Contoh Penggunaan Warna Biru dalam Logo Pilihan Nada Biru yang sesuai dalam Logo Warna Lain yang sesuai dipadankan dengan warna biru Maksud Warna Biru dalam Logo Salah satu elemen penting dalam reka bentuk logo ialah warna. Warna boleh memberikan makna dan mesej tertentu kepada penonton. Biru, sebagai contoh, sering digunakan dalam logo syarikat atau jenama yang ingin menyampaikan kesan profesional , tenang , sihat dan boleh dipercayai .   Contoh Penggunaan Warna Biru dalam Logo Berikut ini adalah beberapa contoh logo biru dan maksudnya: Logo Facebook  berwarna biru tua untuk mencerminkan visi syarikat sebagai platform komunikasi dan rangkaian sosial yang luas dan stabil. Logo Pepsi berwarna biru muda untuk mencipta kesan segar, dinamik dan moden. Warna biru juga melambangkan minuman ringan yang sejuk dan menyegarkan. Logo Sams...

[t23i12] Maksud Warna Hijau dalam Logo

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ [Kandungan] Maksud Warna Hijau dalam Logo Contoh Logo Hijau dan Maksudnya Pilihan Nada Warna Hijau yang Sesuai Warna Lain yang sesuai untuk Dipadankan dengan Warna Hijau dalam Logo Penutup Maksud Warna Hijau dalam Logo Warna hijau dalam logo mempunyai banyak makna dan simbolik yang boleh digunakan untuk menyampaikan mesej atau identiti sesebuah organisasi, produk atau perkhidmatan. Makna warna hijau dalam logo biasanya dikaitkan dengan alam sekitar , kesihatan , ketenangan , pembaharuan , harapan dan pertumbuhan . Selain pada itu warna hijau pada logo melambangkan  kepercayaan , kestabilan , keselamatan dan kewibawaan . Dalam konteks logo, warna hijau boleh digunakan untuk menarik perhatian , menimbulkan emosi positif , mencipta kesan profesional atau menonjolkan nilai-nilai tertentu . Warisan budaya juga memainkan peranan penting dalam penggunaan warna hijau, sebagai cont...

Lukisan Kereta medium pensil

Imej
Kandungan:  Lukisan kereta dua dimensi (2D) ,  Lukisan kereta Proton Saga ,  Lukisan kereta Dodge Charge ,  Lukisan kereta Volswagen Beetles . Kelakar pula menatap kartun kartunis LAT ni yang mengisahkan keadaan apabila kereta Proton SAGA muncul di Amerika Syarikat. Ia menggambarkan Proton SAGA sebagai kereta kecil kompak yang mungkin kini lebih sesuai dikaitkan dengan Perodua Kancil, Perodua Viva, dan Perodua Axia. Lukisan kereta dua dimensi (2D) Gambar lukisan pensil kereta dua dimensi (2D) dari pandangan tepi menampakkan lampu depan, bumper depan, cermin sisi, tayar, pintu, tingkap, bumbung, ekzos, dan asap kereta. Asap kereta pun termasuk juga ka? Gambar di bawah ini menunjukkan lukisan pensil yang dikatakan adalah paten kepada kereta hatchback Honda yang bocor pada tahun 2016. Kereta apakah itu ya? Lakaran kereta futuristik dengan pensil sahaja. Lukisan kereta Proton Saga Hahaha, memang susah nak jumpa lukisan pensel kereta Proton SAGA lama seperti ...

Lukisan Rumah Di Tepi Sungai

Imej
Kerja sekolah Tedi seterusnya adalah untuk membuat satu lukisan yang menggambarkan sebuah rumah usang yang terletak di tepi sungai. Tedi dah pernah kaji pasal lukisan rumah usang pada tahun 2015 dahulu, maka kali ni Tedi nak cuba sesuaikan pula dengan kedudukan rumah di tepi sungai. Karangan ini akan merangkumkan beberapa lukisan rumah tepi sungai yang telah Tedi pilih sebagai sumber inspirasi. Lukisan Rumah Di Tepi Jeram Lukisan ini menggambarkan sebuah rumah kecil betul-betul di tepi sebatang sungai kecil. Keadaan sungai yang berbatu itu mungkin menunjukkan ia adalah jeram yang mencadangkan bahawa rumah ini terletak di atas bukit. Terdapat titi kecil betul-betul di sebelah hadapan rumah seolah-olah ia adalah satu-satunya jalan keluar masuk ke rumah tersebut. Sumber: lukisanindo.com Lukisan Rumah Barat Berhampiran Sungai Lukisan pensil hitam putih ini menunjukkan sebuah rumah gaya barat terletak tidak jauh dari sebatang sungai. Kelihatan denai dari rumah itu ke sungai, dan ...

[t21l31] Lukisan Haiwan Gajah

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Aina dan Aidan selalu meminta Master melukis gambar haiwan, jadi Master perlulah mencari gambar lukisan haiwan mudah untuk dijadikan rujukan. Kalau nak lukis yang complicated memang Master tidak berbakat. Oleh itu sebagai rujukan pertama, Tedi hidangkan koleksi gambar lukisan gajah yang mudah untuk ditiru MAster. Lukisan Gajah Minimalis dari PinClipart Sumber:  How To Draw Cute - Minimalist Elephant Drawing Clipart (#4864886) - PinClipart   ~20211231~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

[t14l20] Lukisan seorang nenek membelai kucing.

Imej
  Ramai kawan meminta bantuan Tedi untuk menyelesaikan kerja sekolah mereka. Mula-mula Tedi nak minta maaf kerana lambat membalas, setakat private message, Tedi layan setakat yang mampu. Berkenaan soalan mengenai lukisan seorang nenek tua membelai kucing, Tedi cuba bagi nasihat setakat yang mampu. Nasihat kali ini kita pandukan kepada beberapa contoh lukisan. Lukisan Komen Tedi Ini adalah contoh lukisan yang sungguh epik kerana berani mempertaruhkan latar-belakang berwarna hitam. Kalau lukis semasa peperiksaan, memang nahas! Lukisan ini menunjukkan seorang nenek dengan kedutan jelas di wajahnya sedang membelai kucingnya. Gambaran rumah usang juga turut membantu menggambarkan situasi di mana nenek ini berada. Mungkin sukar nak nampak keusangan rumah itu, tapi kehadiran meja yang ringkas agak membantu. Lukisan dua orang nenek berbual sambil salah seorang membelai kucing. Tedi tak galakkan lukisan seperti ini kerana ketelitian pada figura tidak jelas k...

[t18l18] Lukisan Lada Benggala

Imej
Karangan hari ini adalah mengenai lukisan lada benggala yang dipanggil capsicum oleh omputeh. Lada benggala sedap dimakan selepas dipanggang. Bagaimanakah cara nak lukis Lada Benggala agar tampak menarik dan sedap dimakan? Lukisan Lada Benggala Separuh Gambar di bawah ini adalah lukisan lada benggala kuning sebiji dan lada benggala merah dibelah separuh. Lukisan ini adalah lukisan warna air.   Lakaran Lada Benggala Hijau oleh Ashlin422 Ini adalah lakaran atau sketsa sebiji lada benggala berwarna hijau oleh Ashlin422. Apa yang menarik tentang lakaran lada benggala hijau ini adalah ia dilukis menggunakan perisian MS Paint, sebuah perisian ringkas oleh Microsoft. Lukisan ini telah dilukis pada tahun 2013. Sumber daripada ashlin422. Lakaran Pensil Lada Benggala  Ini pula gambar lada benggala yang dilukis menggunakan pensil oleh lironyan.com. Lukisan Lada Benggala oleh Arun Verma Lukisan lada benggala beserta bayang-bayang yang memanjang oleh Arun Verma.

[T17K16] Lukisan Sebuah Menara Usang

Imej
Karangan kali ini bukanlah satu karangan pun tetapi hanyalah satu coretan mengenai lukisan-lukisan sebuah menara usang untuk dijadikan rujukan persekolahan Tedi. Contoh lukisan menara yang usang satu menara sahaja. Gambar lukisan menara usang di dalam hutan yang dah roboh sebahagiannya dari Burnchurch Castle. Gambar di atas menunjukkan lukisan sebuah menara lama Grande di kawasan bukit lukisan menara condong Teluk Intan Gambar di atas pula adalah lukisan menara lama Teluk Intan yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Intan yang dikelilingi bangunan kedai dan gerai bergerak. Gambar di atas menunjukkan lukisan pensil sebuah menara tangki air lama. 20171116

T19L17 Lukis Obor-obor

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   Tadi dah siapkan draft kertas kerja untuk Analisa Keperluan Pengguna. Insya-Allah esok akan dibentangkan jika ketua projek tidak menyibukkan diri beliau. Kalau beliau sibuk pun Tedi tidak merisaukan diri, kerana Tedi bolehlah buat kerja-kerja amal yang lain... amal la sangat... hahaha... Esok Proton Saga BLM 1.3 MT IAFM Duel Blitz Monster mungkin akan keluar bengkel. Tedi tak sabar dah nak bertemu beliau. Gayatlah naik kereta Subaru XV STI yang tinggi tu. Alhamdulillah, ini adalah kiriman ke 1000 Tedi dalam interpretZZ ni.. semoga akan berterusan mengirim... manalah tahu boleh jadi sumber rezeki. Aduhai.. nak kena siapkan lukisan obor-obor pula dah... Tedi dah lah kaku tangan kalau bab melukis ni, diminta pula melukis obor-obor. Manalah Tedi reti... huhu... Obor-obor ni dah lah lembik macam agar-agar macam mana Tedi nak serlahkan kelembikan beliau dalam lukisan? ...

T18K03 Air Terjun dan Menara

Imej
Bukan senang nak cari koleksi lukisan air terjun dan menara ni, lebih-lebih lagi menara usang. Tapi dapatlah juga Tedi cari beberapa lukisan air terjun dan menara untuk dijadikan ilham melukis lukisan sebuah menara usang di tepi air terjun. Lukisan menara usang pula boleh dirujuk pada hasil carian Tedi sebelum ini dalam kiriman bertajuk " Lukisan Sebuah Menara Usang ".   Menara Rapunzel di tepi air terjun Gambar di bawah ni kalau kawan-kawan minat kartun mungkin kenal bahawa ia adalah lukisan menara rahsia di mana Rapunzel disembunyikan. Menara ini terletak di tepi air terjun di dalam sebuah hutan.   Bangunan Menara Berdindingkan Air Terjun Okay, gambar di bawah ini pula adalah lukisan sebuah bangunan yang ada menara dan terletak berhampiran air terjun seolah-olah air terjun tu jadi tembok buat bangunan tersebut. Lukisan air terjun dan menara oleh Andrew Bosley.   Pulau Seribu Air Terjun Di bawah ini adalah lukisan bertajuk Pulau Seribu Air Terjun. Tiada men...

Lukisan Sungai Berbatu

Imej
Baiklah, setelah lama menyepi, kiriman Tedi kali ini adalah berkenaan kerja sekolah untuk melukis gambar pemandangan sungai yang berbatu. Kedengaran macam senang kan?. Kandungan: Lukisan sungai berbatu oleh Daydre Hamilton Lukisan sungai berbatu oleh Karen Ilari Lukisan jeram biru berbatu Tammie Temple Lukisan Sungai Gatlinburg oleh Max McKenzie Lukisan cat landskap sungai batu Impressionist Lukisan tarikan air Blue Ridge Parkway oleh Tina Duncan Lukisan pensil pemandangan gunung sungai batu pokok By the way , Tedi sebenarnya tidak menyepi, cuma Tedi hanya mengirim karangan yang  backdated , iaitu kemaskini kepada coretan lama, kebanyakannya tambahan gambar-gambar kenangan untuk ditatap pada suatu masa nanti. Bercerita pasal sungai berbatu ni selalunya kita nak gambarkan keadaan sungai yang cetek dengan air melalui celahan batu, jadi lukisan jeram juga sesuai untuk lukisan sungai berbatu. Sungai berbatu bermaksud sungai yang mengalir melalui batu-batu. Lukisan sungai berbatu oleh D...

Popular