Apa gunanya lampu kabus?
Benarlah sangkaan Tedi selama ini bahawa lampu kabus tiadalah sangat berfungsi. Ini kerana Tedi mendapati bahawa apabila Master memasang lampu kabus pada waktu malam, tiadalah cahayanya menambah sangat kepada suluhan yang lebih terang. Jadi kenapa kereta ada lampu kabus? Persoalan ini selalu bermain di minda Tedi... adakah lampu kabus itu hanya sekadar hiasan? kenapa dipanggil lampu kabus? Semua itu terjawab apabila pada 1 Mei lalu kami menggunakan laluan Simpang Pulai - Lojing - Gua Musang untuk ke Kelantan dari Perak. Pada waktu itu jam menunjukkan jam 1 pagi. Hampir tiada kenderaan yang melalui jalan itu pada waktu itu dan beberapa kenderaan yang ada pun begitu pantas meninggalkan kami. Keadaan jalan yang diselubungi kegelapan malam agak menyeramkan, namun cabarannya agak menyeronokkan. Sehinggalah kami tiba di Lojing dan tiba-tiba satu makhluk putih menyerbu ke arah kami. Master agak terkejut dan suluhan lampu tinggi agak menyilaukan pandangan. ...