[t15d27] Aduhai Sakinah
Kali ini memang Sakinah ini membuat kejutan dan perbuatannya kali ini membuatkan seisi rumah hingar... Terkejut Tedi melihat foto yang dikirim oleh Mak Ngah Zira tu. Dahsyat betul keadaan si Sakinah tu. Bapa Sakinah yang tiada di kampung turut terkejut melihat keadaan anaknya. Tedi mati-matilah ingatkan Sakinah cedera parah, rupa-rupanya dia dah habiskan gincu neneknya... Kepada kaum ibu di luar sana, berhati-hatilah dan awasi anak perempuan anda, walau sekecil mana pun dia, kerana wanita dan gincu bibir berpisah tiada. 20150427