Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel penyu

[T14D13] Travelog Mabul hari ke-3

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Kandungan:  Mabul Turtle Hatchery Hari ini adalah hari terakhir kami berada di Pulau Mabul di Sabah di Malaysia ini. Oleh sebab itu kami menghabiskan masa pada hari ini untuk merayau sekeliling pulau buat kali terakhir sebelum bergerak pulang ke Semenanjung Malaysia. Mabul Turtle Hatchery (Tempat Penetasan Penyu Mabul) Salah satu aktiviti yang menarik perhatian di Pulau Mabul adalah program penetasan penyu. Tapaknya kecil sahaja terletak agak jauh dari pantai diapit oleh kawasan kampung dan kawasan resort. Secara ringkasnya ini adalah projek yang ditaja oleh Scuba Junkie melibatkan kerjasama dari pusat-pusat menyelam di sini dan para penduduk pulau. Ini tidak menghairankan kerana tentunya kehadiran penyu akan menambah daya tarikan kepada aktiviti menyelam di sini dan kebanyakan pusat pelancongan di sini menawarkan pakej menyelam. Apa-apa pun ini adalah usaha yang m...

T12I11 Penyu dan kami

Imej
Kandungan:  Bulatan Penyu di Kuala Terengganu ,  Arwah Tokki Master bawa balik telur penyu ,  Kenapa telur penyu haram? ,  Cara masak telur penyu ,  Cara makan telur penyu ,  Rasa telur penyu ,  Telur penyu di Pulau Kapas . Penyu adalah haiwan yang agak dekat di hati Master kerana beliau dilahirkan di negeri dan daerah di mana penyu bertelur di Malaysia iaitu di daerah Marang dalam negeri Terengganu. Pantai yang menjadi pilihan penyu untuk mendarat itu ialah Rantau Abang. Gambar dua ekor penyu di laut dalam Bulatan Penyu di Kuala Terengganu Master bercerita pada suatu masa dahulu ada monumen seekor penyu di bulatan jalan di Kuala Terengganu, mungkin namanya ialah Bulatan Ladang. Setiap kali melewati jalan itu pasti Master dan adik-adiknya akan mengintai jika ada telur penyu di bawah monumen tersebut. Gambar replika seekor penyu di Bulatan Ladang di Kuala Terengganu pada tahun 1991 sebelum digantikan oleh replika Batu Bersurat. # Sumber: ...

Ditembak mati kerana melindungi penyu

Imej
Jairo Mora Sandoval, 26, mati selepas beberapa minggu meminta bantuan polis  melalui kiriman Facebook untuk menangkap pencuri telur penyu. Dalam banyak2 berita yang Tedi baca, berita inilah yang paling mendukacitakan. Tedi log dalam interpretZZ pada hari ini supaya menjadi kenangan pada suatu hari nanti. Inilah penyu Costa Rica yang cuba dilindungi oleh Mora Sandoval. Penyu ini dikenali di Malaysia sebagai Penyu Belimbing. Kesian penyu-penyu ni, kehilangan seorang manusia yang sanggup membahayakan diri untuk melindungi mereka. Mencintai sesama makhluk merupakan salah satu ajaran Islam. Maklumat mengenai Penyu Belimbing di wikipedia. Bagaimana pejuang nasib kaum haiwan daripada kaum manusia dibunuh oleh kaumnya sendiri semata-mata kerana perjuangan beliau menghindarkan kepupusan penyu. Sebelum kematiannya dia mengirim ke Facebook satu rayuan yang di antara kandungannya ialah: "Bolehkah kalian menghantar mesej kepada pihak polis supaya datang ke Pantai Moin "...

Semporna sambut Minggu Penyu.

Imej
Disambut bersempena Hari Penyu Dunia pada 16 Jun. 5 buah sekolah menengah mengambil bahagian dalam pertandingan menghasilkan replika penyu daripada bahan terbuang. Hasil pameran kreatif yang dihasilkan para peserta beserta dengan mesej berkaitan penyu, telah dipamerkan dan dihakimi pada pembukaan Turtle Exhibition yang dianjurkan oleh WWF-Malaysia , Perpustakaan Negeri Sabah dan Pejabat Pendidikan Daerah Semporna yang bertempat di Perpustakaan Semporna . Majlis itu berlangsung pada 19 Jun lalu. Pertandingan itu dimenangi oleh SMK Datuk Panglima Abdullah , diikuti naib juara SMK Tagasan dan SMK Agama Tun Sakaran di tempat ketiga. Pemupukan awal kesedaran terhadap perlindungan penyu di kalangan murid sekolah diharap akan membantu kelansungan hidup kawan Tedi ni. Kumpulan komuniti Wanita Pulau Omadal pula mengadakan jualan kraftangan daripada daun pandan di mana hasilnya akan digunakan untuk menyokong usaha pelindungan di Semporna Priority Conservation Area . ...

Fotogenik: Senyuman memukau Sang Penyu.

Imej
Takrifan fotogenik tidak semestinya hanya untuk Nasha Aziz! Tedi bukanlah seekor beruang yang fotogenik kerana Tedi tidak pernah pandai ber-posing di depan kamera. Kalau setakat berpusing depan kamera tu memang kegemaran Tedi. Mommy pun memang tak fotogenik langsung sebab asyik pejam mata, sebab tu la kalau Tedi snap foto Mommy, Tedi ambil 10 keping sekaligus! Insya-Allah dalam 10 keping foto Mommy tu, adalah sekeping yang jadi, itu pun kalau nasib baiklah. Penyu yang Tedi tak pasti namanya ni, mungkin Ponyo nampak berbeza dan mempunyai bakat di depan kamera. Tengok sahajalah senyumannya yang memukau itu, kalah Erra Fazira yang poyo itu. Mungkin Ponyo boleh menjadi penyu selebriti selepas ini dan punyai jenamanya sendiri? [ Sumber rujukan Tedi untuk coretan ini ] 20131004

Penyu mati tersangkut pukat di Marang, Terengganu

Imej
Sedih sungguh mendengar berita kematian kawan Tedi ni, tapi itulah taqdir. MARANG – Seekor Penyu Hijau agar atau nama saintifiknya ‘Chelonia mydas’ seberat lebih 100 kilogram dipercayai mati tersangkut pada pukat nelayan sebelum ditemui mati terdampar oleh orang ramai dan kaki pancing di Pantai Kelulut di sini, kelmarin. Seorang penduduk ditemui di tempat kejadian, Awang Muda Mohamad , 46, berkata, penyu yang ditemui itu dipercayai mati lebih dua hari lalu sebelum hanyut ke pantai berdasarkan keadaan bangkai yang sudah mulai reput dan berbau. Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati kepala haiwan hampir pupus itu juga tercedera.   “Ada kemungkinan penyu ini mati tersangkut pada pukat nelayan berdasarkan kecederaan pada kepalanya. Penyu jenis ini biasanya mati tersangkut pada pukat tunda atau jaring pukat pari sebelum dibuang ke laut lalu dihanyutkan ombak ke pantai,” katanya. Sementara itu, Jabatan Perikanan Terengganu ketika dihubungi Sinar Harian juga tid...

Popular