[t18k06] Aina ketika 1 tahun 8 bulan 15 hari
Makan-Makan Singgah Lagi di Nasi Kukus Sambal Tumis Kok Lanas Sekali lagi kami ke Nasi Kukus Sambal Tumis Kok Lanas yang Tedi pernah kisahkan sebelum ini . Ini mungkin kali kedua kami sekeluarga ke sini dan kali ketiga buat Master . Biasalah kan Mommy mesti nak cari makanan Kelantan dan ini tempat baru buat Mommy dan kira masih fresh , belum jemu dan bosan lagi. Memandangkan Tedi dah pernah ceritakan perihal kedai makan Nasi Kukus Sambal Tumis Kok Lanas ni, tiadalah masa untuk Tedi ulangi lagi. Nak cari tajuk untuk karangan ini pun sudah cukup payah kerana Tedi bukan nak ceritakan lagi mengenai gerai makan Nasi Kukus Sambal Tumis Kok Lanas . Aina dan Ayam Bakar Cuma kali ini nak kongsi gambar Nor Aina sedang makan ayam bakar dengan peel mengada-ngadanya tu. Biasanya Aina tak suka makan ayam macam Master tapi entah kenapa kali ini Aina gemar pula makan ayam bakar tersebut, siap makan seketul drumstick . Setakat tengok gambar kolaj di atas tidak menggambarka...