Kad Touch n Go tidak sah
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani. Selawat dan salam buat Nabi Muhammad, ahli keluarga baginda, dan para sahabat baginda. Wow... karangan ini memang menduga kesabaran kerana beberapa kali Tedi kehilangannya sebelum dapat kirim di sini. Pagi Khamis, 21 Jun 2018, kami tiba dari Kelantan pada waktu Subuh. Lebih tepat lagi waktunya di sekitar jam 5:15 pagi. Ketibaan kami ini adalah setelah melalui kembara selama 9 jam dari Wakaf Bharu di Kelantan Darul Naim ke Bandar Baru Salak Tinggi di Sepang di Selangor Darul Ehsan. Perjalanan kami lancar, kereta banyak juga tetapi tidaklah sesak. Master mengambil pendekatan malas memotong dalam kembara kali ini. Mummy cuti, tetapi Master pula terpaksa bekerja. Master agak mengantuk, almaklumlah baru sampai kemudian nak kena ke pejabat pula, jadi Master mengelak daripada memandu kereta ke tempat kerja pada hari ini. Sebagai alternatif, Master boleh menaiki tren ERL di stesen Salak Tinggi atau menaiki K...