[t21f07] Sirih dalam Peribahasa Melayu
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Kandungan: Maksud "sirih" , Senarai peribahasa: Ada sirih hendak makan sepah Ayam berinduk, sirih berjunjung , Hitam-hitam kereta api, putih-putih kapur sirih Lenggang bagai sirih jatuh, tak tahu di tampuk layu Seduit dibelah tujuh, sirih sehelai dicabik-cabik Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai Seikat bak sirih, serumpun bak serai Sekebat bagai sirih Sirih berlipat datang sendiri Sirih pulang ke gagangnya , Sirih naik, junjungan patah Sirih naik, junjungan naik Umpama sirih, menjalar dulu kemudian melilit, barulah memanjat ke pucuk junjung Sirih memang rapat dalam budaya orang Melayu, tetapi kanak-kanak pada zaman ini mungkin tak kenal pun apakah itu sirih. Jadi jika anda tidak kenal maka anda takkan dapat menghubungkan peribahasa yang menggunakan sirih ni. Pertama anda harus tahu bahawa sirih itu adalah sejenis tumbuhan. Daun sir...