T16E18 Jepun miliki lebih banyak stesen caj elektrik berbanding stesen minyak
Satu soal-selidik di Jepun menunjukkan bahawa negara itu mempunyai lebih banyak stesen untuk caj tenaga elektrik pada kereta berbanding bilangan stesen minyak. Soal selidik tersebut dijalankan oleh syarikat pembuat kereta Jepun, Nissan. Bilangan stesen caj tenaga elektrik kereta di Jepun adalah 40,000 buah berbanding 35,000 buah stesen minyak. Keputusan kajian tersebut membolehkan para pegawai di syarikat pengeluar kereta tersebut menyimpulkan bahawa kereta elektrik mempunyai masa hadapan yang cerah di sana kerana banyaknya infrastruktur atau kemudahan yang membolehkan para peminat kereta untuk memiliki dan menggunakan kereta berkuasa elektrik. Selain itu, penggunaan kereta elektrik dan hibrid di Jepun turut menerima sokongan daripada kerajaan Jepun yang memberikan subsidi untuk pemilikan kenderaan sedemikian. Bagaimana pula di Malaysia? Adakah kereta berkuasa elektrik mempunyai masa hadapan yang cerah? Mungkin apa yang akan dikatakan kepada kita hanya: ...