Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal

Nur Madihah mahu tukar pengajian ke UK, AS

Imej
KOTA BHARU 16 Ogos - Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal , 19, yang kini menuntut dalam bidang fizik di Universiti Sains dan Teknologi Jordan berhasrat untuk bertukar tempat pengajian ke United Kingdom (UK) atau Amerika Syarikat (AS) . Menurutnya, hasrat itu kerana dia melihat peluang lebih luas wujud di negara berkenaan yang lebih kerap membuat penemuan-penemuan baru dalam bidang sains dan teknologi. "Tidak dinafikan memang saya yang memohon menyambung pelajaran di sana (Jordan) tetapi selepas setahun, apa yang boleh dikatakan saya rasa masa muda perlu dipacu lebih laju apatah lagi dengan dana Bank Negara Malaysia (BNM), saya harus memanfaatkan itu semua. "Dengan menempatkan diri lebih awal bersama saintis-saintis di negara yang berpaksikan sains dan teknologi, ia lebih membantu saya mendepani perkembangan terkini dalam bidang itu," katanya ketika ditemui  Utusan Malaysia  di rumahnya di sini hari ini. Nik Nur Ma...

Ekstra: Nik Nur Madihah

Imej
Ralik mencari tips belajar, akhirnya Tedi bersua dengan akak Nik Nur Madihah.   Dah lama tak dengar khabar akak ni, semoga dia belajar dalam pelajaran dan menjadi suri contoh kepada muslimah di Malaysia. Jika kawan-kawan tak kenal siapa beliau, kakak Nik Nur Madihah ni adalah pelajar yang mendapat keputusan 20A dalam SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) di mana 19 A1 dan 1 A2. Keputusan itu tampak lebih membanggakan apabila beliau adalah dari keluarga susah dan kita boleh kata ibu bapanya tidak belajar tinggi mana. Ini boleh menjadi satu aspirasi kepada semua pelajar bahawa kemiskinan dan kesusahan hidup takkan jadi penghalang untuk kita berjaya. Kejayaan dalam SPM bukanlah satu destinasi akhir dalam kehidupan namun ia adalah pintu untuk para pelajar melangkah jauh terutamanya untuk memasuki universiti atau institusi pengajian tinggi. Ia adalah tiket penting terutama bagi mereka yang tidak berduit. Jika anda ada duit tentu tidak jadi kesusahan nak belajar di mana pun, tetapi jika an...

Popular