Peti Sejuk Hitachi Inverter R-W720P3M mula bermasalah
Pagi ini seorang pakcik datang untuk memeriksa peti sejuk inverter berjenama Hitachi di rumah kami. Peti sejuk itu mula membuat masalah pada hari Sabtu dan Ahad lepas di mana ia berbunyi bising dan akhirnya peti bahagian bawah mula kurang sejuk. Peti sejuk kami adalah berjenama Hitachi dan menggunakan teknologi inverter. Ia mempunyai 3 pintu iaitu 1 di atas untuk sejuk beku, dan 2 di bawah untuk ruangan sejuk biasa. Walaupun ada 3 pintu sebenarnya ia cuma ada 2 ruang sahaja iaitu atas dan bawah dan tidak dibahagikan kri dan kanan. Masalah ini perlu dibaiki segera sebab Mummy simpan bekalan susu badan di ruangan sejuk beku tersebut. Mummy telah membuat laporan kepada Pusat Khidmat Pelanggan Hitachi namun hasilnya agak hampas kerana tiada panggilan balasan daripada pusat tersebut, sehingga Mummy mendapatkan khidmat pakcik tersebut untuk memeriksa peti sejuk Hitachi tersebut. Hasil pemeriksaan pakcik itu mendapati peti sejuk Hitachi inverter kami tu gagal defrost (nyahbeku) menyebab...