[t25i13] Himpunan Peribahasa Melayu tentang Ajaran dan Nasihat
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØَÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØَÙ…َّدٍٍ Berikut adalah peribahasa yang berkaitan dengan ajaran. Maksud peribahasa ajaran ini sering dikaitkan juga dengan perkara berikut: Nasihat : sinonim kepada ajaran, panduan, dan saranan. Mendengar, Menurut : sikap menerima ajaran. Sia-sia : ajaran yang tidak berkesan. Degil : tidak mahu menerima ajaran. Kebaikan, Kesusahan : kesan daripada menerima atau menolak ajaran. Bodoh : tidak memahami ajaran. Murid : orang yang menerima ajaran. Guru : orang yang memberi ajaran. Air di daun keladi / Air di daun talas Maksud peribahasa : Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia. Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai air titik ke batu. b. Kalis bagai air di daun keladi). Bagai air titik ke batu Maksud peribahasa : Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia. Peribahasa lain yang sama makna: Air di daun keladi / Air di daun talas . Secara umumnya Tedi bersetuju bahawa menitikkan a...