Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel zz-201409

Dinosaur bermuncung buaya, berkaki itik diperkenalkan

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Kandungan: Paradigma baru Diet Pertarungan: Spinosaurus vs T-Rex Filem Rujukan Pemangsa setinggi 50 kaki ini adalah satu-satunya dinosaur yang banyak menghabiskan masanya di dalam air. Raksasa yang dinamakan Spinosaurus aegyptiacus itu telah lama diketahui saintis melalui penemuan fosil beberapa lama dahulu, cuma kebanyakan tulang-tulangnya musnah di Jerman semasa Perang Dunia ke-2 . Sekarang, selepas 70 tahun, rangka baru ditemui di Maghribi yang memberitahu dinosaur ini adalah lebih akuatik daripada apa yang disangkakan. Spinosaurus mempunyai leher yang jinjang , tangan depan bercakar dan kuat , rahang yang kuat dan tulang padat seperti Penguin . Dia berenang di dalam air dengan kaki rata yang mungkin berselaput , seperti yang ditunjukkan dalam kajian oleh Journal Science yang baru diterbitkan. Konsep lama Spinosaurus, ketika ia disangkakan hidup di daratan. Raksasa ini juga ...

[t14i07] Bacaan ke 100 ribu

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Setelah sekian lama, akhirnya cecah juga seratus ribu paparan. Paparan ke seratus ribu ini adakah akan membawa impak yang besar kepada diri Tedi dalam dunia per-blog-an ini? Tedi tak tahu kerana ternyata Tedi masih tiada matlamat dalam dunia blog. Tedi mahu rehat dan santai-santai sambil menambah ilmu duniawi dan ukhrawi. Tak sangka coretan Tedi yang mengarut pun ada yang sudi membacanya. Walau bagaimanapun mungkin kunjungan akan berkurangan selepas ini dek penangan malware pada pekhidmatan pingbusuk.org.my . Sumbangan pingbusuk tu banyak juga dan cuma itu sahaja perkhidmatan yang Tedi suka guna, malas nak letak banyak-banyak dalam interpretZZ . Selepas ini kena bergantung kepada carian organik dan suapan sahajalah. Terima kasih semua.   Rekod Paparan interpretZZ [t21k22] Mencecah 2 Juta Bacaan Bacaan ke 1 juta [T18C26] 500000 kunjungi interpretZZ Bacaan ke 10,000...   ~2...

MH#30 Sunken City

Imej
Akhirnya Tedi berjaya menjejakkan kaki ke Sunken City, memandangkan kawasan ini masih baru, banyak yang perlu dijelajahi.   Pra-keperluan Perolehi  Sunken Souvenir  dari  Muridae Market Cartographe r 228,000 keping emas 90 Molten Glass Pangkat Diperlukan  Count/Countess   Pengenalan Kawasan Semuanya bermula di Stesen Shuttle Selaman Laut. Sebelum menyelam kita kena kumpul Oxygen Canisters sebagai bekalan ketika menyelam ke dasar laut nanti.   Salah satu helah adalah dengan mengumpul seberapa banyak oksigen, sebelum menyelam ke dasar laut dan kumpul barangan untuk naik-traf perangkap hidro. Taktik ini sebaiknya dimulakan dengan 500 oksigen sekali selaman. Helah kedua adalah kumpul 110 oksigen, menyelam, timbul, kumpul 210 oksigen, kemudian 510 dan seterusnya 1010. Taktik ini mengambilkira pembelian Fishy Fromage yang membantu meningkatkan kadar pengumpulan oksigen. Selam kejap, kemudian beli Fishy Fromage - kata kunci di situ.  ...

Naga Dataran Merdeka

Imej
Naga adalah seekor binatang mitos, mungkin semua orang tahu itu. Ia sama mitos macam Burung Garuda , Burung Pheonix , Unicorn , Ikan Duyung dan macam-macam lagi. Ada naga yang digambarkan berbadan seperti ular dan ada yang berbadan seperti biawak, ada yang berkepak, ada yang tidak berkepak, tapi yang selalunya kedua-duanya boleh terbang dan boleh mengeluarkan api daripada hidung atau mulutnya. 7 September 2014 - Tedi telah menemui beberapa ekor naga di Dataran Merdeka , tak sangka pula di Dataran Merdeka boleh bertemu si naga ini. Tedi tak tahulah apa sejarah naga Dataran Merdeka ni sebab nampak gaya macam naga ni naga Eropah sedangkan rakyat Malaysia rakyat Asia . Tak tahu jika ia adalah bawah pengaruh British atau tidak. Dan tidak pula Tedi tahu jika ia telah lama wujud bersama Dataran Merdeka atau Bangunan Sultan Abdul Samad yang berdekatan. Mungkin ia barang bersejarah atau cuma hiasan semata-mata...     20140907

Rebat Touch 'n Go (TnG) terakhir?

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Setelah sekian lama tidak menebus rebat Touch 'n Go, kini khabar tidak enak pula diterima. Rebat GFTP terakhir kami tebus berjumlah RM 129 (seratus dua puluh sembilan Ringgit Malaysia) hasil transaksi selama 3 bulan.   Kami adalah pengguna utama Touch 'n Go menggunakan SMARTTag dan juga laluan bertol di Malaysia yang tercinta ini. Setiap hari kami akan melalui 4 buah tol dengan jumlah transaksi minimum RM 8.20 (Ringgit Malaysia lapan dan dua puluh sen). Jadi dalam sebulan kami akan melakukan sekurang-kurangnya 80 kali transaksi tol menggunakan Touch 'n Go. Jumlah transaksi sebegitu melayakkan kami menikmati rebat bulanan 20% yang dianjurkan kerajaan melalui Government Frequent Traveller Programme   (GFTP) yang diberikan kepada mereka yang melakukan transaksi Touch 'n Go sebanyak 80 kali sebulan.  ***** GFTP kini tinggal kenangan. Dengan tamatnya program ini, Tedi tak tahu mana nak cari makan... ***...

Baru Tedi faham tujuan Konfrontasi Indonesia-Malaysia

Imej
Tedi sempat ke rumah kelahiran HAMKA di Tasik Maninjau semasa ke Padang. Ekspedisi ke Padang kira ok, tapi satu pengalaman yang amat menarik adalah mendengar sejarah mengenai HAMKA di rumah kelahirannya di Tasik Meninjau , Padang, Indonesia. Salah satu kisah adalah mengenai kemasukan ideologi komunis di Indonesia yang dibawa oleh Sukarno di atas alasan menentang Amerika. Sukarno tampak relevan untuk menentang Amerika Syarikat namun dia telah memilih sekutu yang salah apabila berbaik-baik dengan komunis yang memegang fahaman atheist atau tidak percayakan Tuhan. HAMKA menentang komunis. HAMKA adalah salah seorang alim-ulama yang menentang kuat situasi ini dan beliau menjalankan siri ceramah menerangkan siapakah sebenarnya komunis kepada rakyat Indonesia. Komunis bertapak di Jawa dan cuba menyebarkan pengaruhnya di kepulauan Nusantara. Namun tentangan Nusantara amat kuat terhadap komunis. Oleh itu mereka memerlukan satu objektif yang boleh menyatukan rakyat Indonesia di bawah ideo...

MSS di MYDIN Mall Seremban 2

Imej
Ha... rapat-rapat! Tedi ada satu cerita... Tersebutlah kisah pada zaman ini terdapat sebuah gedung diberi nama akan ia MYDIN Mall Seremban 2 . Arakian  hendak dijadikan cerita di gedung ini terdapat sejenis makhluk diberi nama MSS . Apakah ia MSS itu? Itulah MYDIN Self Scan atau dalam Bahasa Melayu disebut Pengimbas Layan Diri MYDIN . ... Adapun MSS itu rupanya amatlah pelik.. hendak dikatakan petak, rupanya bujur, namun tidak pula ia bujur sirih.. Warnanya kelabu tahi anjing disertai warna kuning diraja pada sesekian bahagiannya. Tercatat pula padanya perkataan rumawi - Motorola. Ia mempunyai tangkai seperti gayung air. ... Ajaibnya sang MSS ini ia memancarkan cahaya merah. Apabila terkena sahaja cahaya merah itu kepada sesuatu barang, akan tertulis perkataan-perkataan rumawi. Ada juga nombor-nombor tercatat padanya. Dikatakan orang pada zaman ini, itulah nama dan harga barangan yang bakal dibeli dan dibayar kepada si penjual - pakcik Mydin. Jika tidak jadi membe...

Hentikanlah berbohong atas nama Islam dengan alasan ambil sumber lain.

Imej
Seringkali Tedi merasa malu dengan perangai umat Islam di Malaysia ini. Apabila berlaku sesuatu isu yang menginjak maruah umat Islam, terutamanya kalimah Allah, mereka secara tiba-tiba akan menjadi wira, wira papan kekunci! Contohnya Tedi pernah membaca kiriman mengenai seorang gadis melumurkan najis dan darah haid di atas bendera ISIL yang ada kalimah Allah. Dan hari ini ada pula kiriman yang wanita itu dah mati, dibayar tunai oleh Allah subhanahu wa ta'ala. Tapi sahihkah berita itu? Tedi mengkaji dan mendapati bahawa gambar yang digunakan adalah gambar dari sebuah kemalangan pada tahun 2008 di San Paolo, Brazil . Manakala tiada pula berita mengenai kematian si Aliaa Magda Elmahdy.   Foto seorang gadis kemalangan BMW pada tahun 2008, mungkinkah foto ini digunakan untuk menghentam Aliaa Magda Elmahdy. Jika Aliaa masih hidup dan dia tahu kiriman sebegini, pastinya dia ketawa berdekah-dekah dan memperlekehkan seluruh umat Islam. Jika itu berlaku, siapakah sebenar...

Popular