Musuh terbaru GOOGLE memusnahkan kabel gentian optik!
Ramai sedia maklum bahawa Google sering bercakaran dengan Apple. Seteru Google banyak sekali termasuklah Apple, Bing, Facebook, kerajaan China dan Yahoo. Persaingan mereka itu melibatkan banyak masa dan wang. Namun kini ada musuh yang lebih ganas menghantui Google berbanding musuh tradisinya si Apple. Siapa sangka Sang Jerung pemangsa semulajadi bisa menjadi musuh kepada Google. Tak sangka musuh mereka kali ini datang dari kalangan kawan-kawan Tedi iaitu Sang Jerung. Sang Jerung telah diumumkan melanggar dan mengunyah kabel fiber optik bawah laut milik Google yang merentasi Lautan Pasifik sejauh 100,000 (satu ratus ribu) batu. Dikhabarkan bahawa Sang Jerung keliru dengan denyutan elektrik yang dihasilkan kabel tersebut yang menyerupai denyutan elektrik yang dihasilkan mangsa mereka. Kabel gentian fiber optik milik Google dilindungi bahan menyerupai Kevlar yang sering digunakan sebagai bahan utama jaket kalis peluru. Sebagai langkah perlindungan, Google tidak meminta bantuan Abang Long ...