Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel isu kesihatan

Faedah Berjalan Kaki kepada Manusia

Imej
Kemaskini: 20260305 Tubuh manusia diciptakan untuk berjalan kaki setiap hari. Tubuh manusia diciptakan untuk berjalan. Berjalan 30 minit sehari mengurangkan kadar menghidap diabetes lebih daripada separuh dan ia mengurangkan risiko manusia berusia lebih 60 menghidap kencing manis hampir 70 peratus . Berjalan mengurangkan risiko strok lebih daripada 25 peratus . Ia juga mengurangkan risiko barah serta diabetes dan strok. Kandungan Artikel Kesihatan Jantung & Saluran Darah Kesihatan Wanita & Kanser Kesihatan Lelaki & Kanser Kesihatan Mental & Emosi Kesan Fizikal & Imunisasi Perlindungan Daripada Selesema Tips & Sesi Berjalan Kaki Kesihatan Jantung & Saluran Darah Berjalan mengurangkan tekanan dara...

Tips Kurangkan 500 Kalori dalam Diet Harian Anda

Imej
Rancangan Turunkan Berat Badan Yang Berkesan & Sihat Tahukah anda, dengan mengurangkan pengambilan 500 kalori sehari, anda mampu menurunkan berat badan sehingga satu kilogram seminggu? Berikut adalah panduan mudah untuk kurus tanpa perlu menyeksakan diri. Ketam masak cili memang menyelerakan, tetapi kunci utama adalah kawalan saiz hidangan! 1. Kunyah Makanan Dengan Betul Kajian menunjukkan jika anda mengunyah makanan sekurang-kurangnya 20 kali sebelum ditelan, anda boleh mengurangkan sehingga 70 kalori per hidangan. Badan memerlukan masa 20 hingga 30 minit untuk sedar bahawa anda sudah kenyang. Dalam Islam, Rasulullah S.A.W juga menyarankan kita mengunyah sehingga 40 kali untuk memudahkan penghadaman. 2. Dapatkan Tidur Yang Cukup Tidur kurang 6 jam sehari akan merangsang hormon lapar yang dikenali sebagai Ghrelin . Dengan menambah satu jam waktu tidur, anda bukan sahaja meningkatkan metabolisme , malah boleh mengelakkan pengambilan lebih 300 kalori akibat rasa la...

[t16h09] Tergolek-golek di tengah malam

Imej
Gambar peneman malam Tedi yang sunyi. Dilema Tengah Malam: Adakah Sakit Boleh Berpindah Melalui Urutan? "Tatkala jari-jemari Tedi menaip kiriman ini, Tedi masih terjaga, tidak mampu melenakan mata..." Ini adalah kerana Tedi sedang tergolek-golek menahan sakit perut dan rasa loya di tekak. Rasanya seolah-olah mahu memuntahkan semua isi perut, walaupun sudah tiada apa lagi yang tinggal selepas tiga kali muntah. Ironinya... Tedi muntah-muntah setelah tolong urut Mommy yang sebelumnya mengalami simptom yang sama. Adakah sakit Mommy telah beralih kepada Tedi? Sebelum ini, Tedi sering memperlekehkan sesiapa sahaja yang sendawa apabila mengurut orang lain. Kononnya angin dalam badan manusia itu berpindah kepada si tukang urut. Lawak, fikir Tedi dulu. Tapi malam ini, Tedi pula yang mengalaminya. Tatkala Mommy sudah terlena, Tedi pula berguling-guling menahan ketidakselesaan. Baru tadi sahaja Tedi mulai cirit-birit melengkapi pakej sakit perut dan loya ini. Tedi masih tidak boleh ter...

[t17i24] Baby Aina Dibenarkan Keluar Hospital Putrajaya

Imej
24-September: Aina ditahan di Wad 2C Mungkin kawan-kawan semua tidak mengetahui bahawa baby Nor Aina telah dimasukkan ke Hospital Putrajaya pada hari Ahad, 24-September  yang lalu pada jam lebih kurang 8:30 pagi setelah bayi Nor Aina kami bawa ke Wad Kecemasan Hospital Putrajaya beberapa jam sebelum itu. Bayi Aina telah diberikan neb sebanyak 4 kali ketika di Wad Kecemasan Hospital Putrajaya tersebut, dan akhirnya setelah diperiksa oleh doktor pakar paedatrik, Aina diarahkan untuk ditahan di Wad Paedatrik atau Wad 2C. Setelah Master membayar deposit RM 100 , bayi Aina dibawa ke Wad Paedatrik 2C. Sejak itu bayi Aina telah menerima rawatan di Wad 2C Paedatrik sebagai suspek bronchillitis atau pneunomia kalau Tedi tak silap eja nama. Kedua-dua penyakit ini adalah berkaitan dengan jangkitan virus pada paru-paru. Bronchillitis adalah radang pada saluran pernafasan yang lebih kecil pada paru-paru manakala pneunomia adalah jangkitan virus pada bahagian saluran pernafasan yang lebih be...

Kesilapan ketika bedung bayi boleh jejaskan pertumbuhan mereka.

Imej
Kawan-kawan tahu apa itu bedung?   Bedung adalah teknik membalut bayi dengan kain .   Ia dipercayai membantu menenangkan bayi , mengelakkan bayi menangis dan membantu bayi tidur lena .   Adakah lebih baik bayi dibiarkan bebas bergerak supaya pertumbuhan mereka tidak terjejas? Bayi perlu dibedung, cuma jangan dengan teknik yang salah! Tapi jangan tanya Tedi macam mana nak bedung bayi sebab beruang tidak perlu dibedung.   Makcik kepada Mommy pun pernah memberi amaran kepada Mommy supaya bedung Sakinah ketika tidur supaya tidak terkejut dan diserang sawan . Sawan apa namanya, Tedi lupa pula. Mungkin sawan sangkut?   Siapa itu Sakinah? Tak perlu kenal siapa dia, tak penting pun...   Tetapi, professor Nicholas Clarke daripada Southampton University Hospital yang terletak di England menasihatkan ibu bapa bahawa teknik bedung yang salah akan menjejaskan pertumbuhan pinggang bayi mereka! "Untuk membenarkan pertumbuhan pinggang yang sihat, kaki bayi sepatutnya d...

Kelebihan bangun pagi

Imej
Dapat bersenam Menghirup udara segar pada pagi hari dapat memberikan tenaga untuk melakukan aktiviti seharian, dengan sedikit masa walaupun sekadar lima minit untuk bersenam, boleh menjadikan tubuh badan lebih bertenaga. Bersarapan awal Bersarapan awal pada waktu pagi merupakan antara perkara penting yang mesti dilakukan, dengan bersarapan tenaga dapat dijana untuk bekerja, belajar dan berfikir. Selain itu sarapan merupakan cara berdiet yang betul dan mampu mencegah kegemukan. Emosi yang stabil Cuba kita lihat, kebanyakan pekerja terlewat ke tempat kerja kerana bangun lewat. Kesudahannya mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, kemudian terlewat sampai ke tempat kerja dan dimarahi pihak atasan, Hasilnya emosi mereka akan terganggu pada sepanjang hari tersebut. Dapat menyelesaikan kerja dengan segera Menyambut hari baru Produktiviti kerja lebih baik Dengan tenaga yang terhasil daripada senaman dan sarapan, ia mampu memberikan hasil kerja yang lebih baik....

[t16k19] Kekurangan Iodin Boleh Jadikan Bayi Anda OKU

Imej
Sejenis garam mineral yang sering terlepas pandang oleh ibu mengandung adalah Iodin. Kajian oleh Web MD menunjukkan bahawa ibu mengandung dan ibu yang menyusu badan sering kekurangan Iodin. Apakah faktor berlakunya kekurangan iodin pada ibu mengandung dan ibu yang menyusukan anak? Para pengkaji di American Academy of Pediatrics yakin bahawa kekerapan mengambil makanan telah diproses memainkan peranan, kerana kandungan garam dalam makanan telah diproses tidak di-iodin-kan. Satu kaji selidik yang diterbitkan dalam British Journal of Nutrition yang melibatkan 1026 wanita di seluruh United Kingdom yang sedang mengandung atau mempunyai anak yang berumur sehingga 36 bulan, menunjukkan bahawa ibu yang sedang hamil tidak mengambil makanan kaya iodin seperti susu dan keju, telah membantutkan perkembangan otak anak mereka. Iodin diperlukan untuk menghasilkan hormon tiroid yang penting untuk perkembangan fetus (janin). 96% ibu mengandung yang diselidik sedar tentang zat umum yang dicadangk...

[t16c04] Buang 302 tambah 320... bila nak kurus?

Imej
Usaha selama sejam akhirnya hancur sebegitu sahaja Hari ini Tedi telah berjaya membakar 302 kalori melalui aktiviti jogging selama sejam, mengambil jarak larian hampir mencecah 5 kilometer . Kemudian Master membawa Tedi dan Mommy ke KFC di Jalan Sultan, Petaling Jaya. Tedi memesan wrapper box yang kandungi seketul ayam goreng dan beberapa ketul nugget. Setelah habis makan Tedi baru teringat untuk memeriksa kalori dalam seketul ayam goreng KFC, ternyata ianya mengejutkan kerana mencecah jumlah 320 kalori . Hanya kerana seketul  ayam goreng dan suapan dalam masa beberapa minit, Tedi telah menghancurkan keberkesanan regim larian Tedi. Macam mana nak kurus kalau macam ni? Kepada kawan-kawan di luar sana, jika mahu makan ayam goreng KFC , pastikan anda berlari 5 kilometer untuk setiap ketul ayam KFC.   Ringkas Berlari 5 kilometer membakar 302 kalori. Kalori seketul ayam goreng ialah 320 kalori. KFC ialah tanda nama Kentucky Fried Chicken iaitu rangkaian restoran makanan se...

[t13i13] Amoeba pemakan otak serang Louisiana

Imej
Telah menyebabkan kematian seorang budak lelaki 4-tahun di Louisiana. Sebelum ini seorang budak perempuan nyaris maut setelah diserang Amoeba yang sama ketika mandi-manda di sebuah taman tema yang mempunyai dasar kolam berpasir. Amoeba yang dikenali sebagai Naegleria fowleri itu dipastikan berada dalam sistem bekalan air di St. Bernard Parish. Amoeba ini berupaya memakan otak manusia dan akan menyebabkan penyakit primary amebic meningoencephalitis . (Tedi pun tak tahu apa kejadahnya tu, tapi mungkin kita boleh kaji nanti.) Penyakit ini boleh membawa maut dalam masa 12 hari. Louisiana Department of Health and Hospitals  menyatakan bahawa amoeba itu disahkan ada di Louisiana selepas para pegawai mereka menguji contoh air daripada pili yang bersambung dengan saluran paip air di Violet dan Arabi, berhampiran New Orleans. Apakah dia? Arabi - sebuah tempat di St. Bernard Parish, Louisiana. Louisiana - sebuah negeri di selatan Amerika Syarikat. Violet - sebuah tem...

[T17L02] Kenapa Najis Bayi Berwarna Hijau

Imej
Karangan kali ini adalah tentang si bayi Nor Aina yang warna tahinya kini berwarna hijau. Kenapakah tahi bayi boleh berwarna hijau? Berikut adalah jawapan yang Tedi perolehi melalui laman sesawang di serata dunia tentang apa punca najis bayi hijau. Pemakanan sayuran hijau oleh bayi atau ibunya yang menyusu badan Pengambilan titisan atau makanan tambahan yang kandungi zat besi. Terlalu banyak foremilk bagi bayi yang menyusu badan sahaja. Foremilk atau susu awalan adalah susu ibu pada awal sesi menyusu apabila payudara penuh dengan susu. Foremilk kandungi kadar laktosa (gula susu) yang tinggi dan rendah lemak dan kalori. Foremilk bersifat nipis, berair, dan kelihatan putih atau kebiruan. Jangkitan Mungkin bayi alami jangkitan kuman dalam perutnya. Bayi perlu mengambil antibiotik untuk meredakan jangkitan kuman tersebut. Jangkitan kuman dalam usus pun boleh sebabkan najis hijau. Jangkitan kuman selalunya disertai dengan demam. Cirit-birit Najis hijau berair dengan ...

T17C07 Kebaikan Muzik ke atas Jantung, Otak, dan Kesihatan Manusia

Imej
Alhamdulillah, setelah mengambil masa selama lebih kurang tiga hari tiga malam untuk menyiapkan kiriman ini, akhirnya ia berjaya juga disudahkan. Tersengguk-sengguk jugalah Tedi dibuatnya kerana ia memerlukan beberapa pembacaan yang agak berat. Berikut adalah beberapa kebaikan muzik: 1. Meningkatkan Kemahiran Visual dan Percakapan 2. Memelihara Kesihatan Otak Usia Tua 3. Muzik Menggembirakan Manusia 4. Degupan Jantung, Nadi, dan Tekanan Darah 5. Meningkatkan Kualiti Tidur 6. Tingkatkan Kekebalan Badan dan Kurangkan Kesakitan 7. Kurangkan Kemurungan dan Kerisauan Sumber foto: Mainkan musik cadas.. gadis berjilbab ini jadi perbincangan di ranah musik metal dunia.

Cara Paling Seram Untuk Kuruskan Badan

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Apa salahnya kuruskan badan dengan kaedah yang menyeramkan kalau ia berhasil... kan? Filem seram dirakam bertujuan untuk menakutkan manusia sehingga ke usus mereka, tetapi pada masa yang sama filem seram juga boleh menakutkan manusia sehingga terbakar segala kalori dalam badan mereka. Fakta ini ditemui dalam satu kajian oleh University of Westminster . Kajian itu menyatakan secara purata, keseraman dalam tempoh 90 minit boleh membakar 113 kalori – jumlah yang terdapat pada satu bar coklat. Filem The Shining membakar paling banyak kalori iaitu 184 kalori – yang bersamaan dengan 25 minit melakukan kerja rumah. Filem Jaws di tempat kedua dengan pembakaran 161 kalori manakala The Exorcist membakar 158 kalori. Fakta-fakta ini amat buat Tedi menyampah kerana Tedi berlari 5 km pun dapat bakar 300 lebih kalori, jumlah yang terdapat pada seketul ayam goreng . Kajia...

Malaysia negara ke-56 terbahagia di dunia

Imej
Nampaknya Tedi bukanlah seekor beruang yang rajin ber-travellog. Ayat di atas mungkin cukup sebagai alasan untuk Tedi masih tidak mencoretkan kisah jalan-jalan Tedi di Sabah. Lagi naya, Tedi tak sebut pun Tedi dah balik dari Sabah pada 7 September 2013 merangkap hari Sabtu yang lalu... hehehe... Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menerbitkan Laporan Kebahagiaan Dunia 2013. Merujuk kepada tajuk di atas, Earth Institute yang bertapak di Columbia University dengan sukacitanya telah menerbitkan 1 laporan bertajuk " World Happiness Report 2013 " yang meletakkan setiap negara daripada 156 buah negara di dunia mengikut susunan kebahagiaan rakyatnya. Kajian ini adalah bagi selang masa 2010 sehingga 2012. Malaysia menduduki tempat ke-56 dengan 5.760 mata. Perbandingan dengan unjuran tahun 2005 sehingga 2007 pula mendapati rakyat Malaysia semakin tidak bahagia dengan penurunan 0.377 mata. Berikut ranking kebahagiaan bagi Malaysia dan negara-negara jiran. Singapura (...

Imbasan 3-D kasut tumit tinggi menghancurkan kaki, secara terperinci dan menakutkan

Imej
Sekian lamanya orang menyatakan penggunaan kasut tumit tinggi akan mendatangkan masalah. Imbasan X-Ray 3D yang menunjukkan kerosakan yang berlaku ke atas kaki seorang wanita yang memakai kasut tumit tinggi. Namun kaum wanita takkan pernah peduli, asalkan mereka dapat berjuang dalam keadaan menjulang seperti Bambi berjalan di kolam beku. Tedi mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada semua kaum wanita manusia di luar sana supaya sudah-sudahlah ber-obsesi dengan kasut tumit tinggi. Kini buat kali pertama, podiatrists telah dapat melihat kecacatan sebenar yang disebabkan oleh kasut tumit tinggi, dan kerosakan itu "lebih teruk" daripada yang dipercayai sebelumnya.  Setelah mengkaji imbasan 3D kaki seorang wanita yang memakai kasut tumit tinggi, pakar bedah ortopedik Andy Goldberg terkejut apabila melihat cara tulang di kaki sedang terkehel dan berpotensi menjadi cacat.  Walau bagaimanapun, berita itu tidak mungkin membuat perbezaan yang besar untuk p...

Bungkusan rokok berjenama akan dilarang

Imej
Pembungkusan rokok seragam oleh Ireland meniru langkah Australia Ireland mungkin akan menjadi negara kedua untuk menguatkuasakan pembungkusan rokok tanpa disertakan jenama . Langkah ini akan menyebabkan semua bungkusan adalah seragam tanpa jenama , tanpa tanda niaga dan juga tanpa gambar . Setakat ini hanya Australia yang menggunakan pendekatan itu. Lebih 5200 rakyat Ireland mati setiap tahun kerana rokok Industri tembakau Ireland mengutuk langkah itu dengan alasan penjualan tembakau haram akan meningkat dan memberi kesan buruk kepada ekonomi. James Reily, Menteri Kesihatan Ireland menegaskan keputusan itudiambil setelah meneliti fakta-fakta berikut: industri tembakau perlu rekrut 50 perokok baru setiap hari untuk kekalkan kadar merokok semasa. 78% perokok dalam tinjauan mula merokok seawal umur 18 tahun menunjukkan industri tembakau fokus kepada kanak-kanak untuk gantikan perokok yang berhenti atau telah mati. Pembungkusan seragam akan hapuskan 1 kae...

Makanan manis sebabkan kehilangan ingatan.

Imej
Kita sedia maklum bahawa diabetes (penyakit kencing manis) mengancam organ-organ seperti hati, buah pinggang dan mata. Namun satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Neurology mendakwa bahawa peningkatan kadar gula dalam darah pada manusia berusia 50-tahun ke atas boleh menyebabkan kehilangan memori. Kehilangan memori itu boleh berlaku walaupun mereka tidak berada dalam tahap pra-diabetik. Kajian itu melibatkan satu ujian ingatan yang diambil oleh 141 warga tua yang masih sihat, menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai tahap glukosa yang rendah lebih mudah mengulang perkataan. Penerbit kajian itu, Agnel Floel berkata peningkatan tahap gula dalam darah memusnahkan saluran darah , mengakibatkan pengurangan aliran darah dan zat makanan ke sel-sel otak. Semoga fakta terbaru ini membantu manusia menjaga pemakanan mereka. Fakta ini juga boleh membantu rakyat Malaysia menerima hakikat penarikan subsidi gula adalah satu langkah drastik untuk menjaga ingatan mereka. ...

Pusat Rawatan Tradisional Pak Raja Tukang Urut Siber

Imej
Susah juga nak cari tukang urut wanita di sekitar Sepang ni... Tapi sebenarnya tak cari pun di sekitar Sepang ni, Mommy duk tanya Master manalah Master punyai pengetahuan. Master cadangkan Mommy bertanya dalam group WhatsApp wanita, Mommy tak tanya kot... Jadi Master tanyalah kepada kawan beliau yang tinggal di Bangi yang berurut dengan seorang pakcik ini kerana masalah tulang belakang. Semoga maklumat ini berguna buat Mommy. Maklumat niaga Pusat Rawatan Tradisional Pak Raja Nama Pusat Pusat Rawatan Tradisional Pak Raja Nama Pengamal Lelaki Raja Kamaruddin Raja Ahmad Nama Pengamal Wanita  Hajjah Animah Alamat  No 16 Jalan Megah 4, Taman Megah, Batu 10, Cheras, 43200 Kajang, Selagor. Nombor Telefon Bimbit  012 - 203 1937  019 - 269 1040  Laman web:   Utusan.com: Pak Raja Tukang Urut Siber  Waktu rawatan 9 pagi sehingga 9 malam Perkhidmatan yang disediakan di Pusat Rawatan Tradisional Pak Raja Urut...

Pening Kepala

Walaupun pening kepala boleh terjadi kerana kesan sampingan akibat pengambilan beberapa ubat tekanan darah tinggi, ia tidak disebabkan oleh tekanan darah tinggi. Walaubagaimanapun, pening tidak boleh diabaikan, terutamanya jika berlaku secara tiba-tiba. Pening kepala yang mendadak, kehilangan keseimbangan atau koordinasi dan masalah untuk berjalan adalah tanda amaran strok.

Mulut gatal natijah makan keropok

Imej
Kenapa mulut gatal setelah makan keropok ikan? Sedap je Tedi kunyah keropok ikan, sebelah kanan keropok lekor dari Terengganu, manakala sebelah kiri pula keropok ikan. Tapi itulah, semasa makan keropok lekor tiada masalah pun, sedap je, tapi semasa makan keropok keping, rasa gatal-gatal mulut. Gatal pun gatallah, Tedi tetap sambung makan. Selalunya apabila makan keropok gatal, Tedi akan kata ikan yang digunakan untuk pembuatan keropok tu jenis gatal. Tapi kemudian terfikir pula, ikan apa yang gatal? Bermain di fikiran, mungkin bukan salah ikan, tapi salah cara pembuatan keropok ikan itu sendiri? Mulut berasa gatal adalah tindakbalas alahan. Melalui bacaan awal, rasa gatal di mulut adalah salah satu tanda alahan, jadi mungkin Tedi alah kepada ikan-ikan tertentu? Selain alahan disebabkan jenis-jenis ikan tertentu, yang mana Tedi tiada masalah makan ikan segar, tindak balas alahan boleh disebabkan oleh pengambilan ikan yang buruk atau dah busuk. Tedi percaya fakta yang kedua itu ...

Otak dibersihkan ketika tidur.

Imej
Manusia mungkin tahu betapa pentingnya tidur pada waktu malam, namun para saintis masih tidak tahu mengapa? Kini para penyelidik dari University of Rochester di New York mengemukakan satu teori baru. Teori ini dikemukakan hasil kajian mereka ke atas Sistem Glimfatik ( glymphatic ). Sistem ini mungkin ada hubungan bau-bau bacang dengan Sistem Limfa ( lyphatic ) yang terkenal membantu tubuh manusia mempertahankan diri mereka daripada anasir-anasir asing (virus/ bakteria). Sistem Glimfatik baru sahaja ditemui pada tahun lepas . Ia berfungsi menyingkirkan bahan kumuh daripada otak sebelum membawanya ke hati . Semasa tidur, para pengkaji mendapati Sistem Glimfatik ini mempunyai kekuasaan 10 kali lebih kuat (atau aktif). Kenapa? Mereka belum ada jawapannya namun mereka spekulasi bahawa pada masa tidur, kurang tenaga digunakan oleh tubuh , dan tenaga ini dapat disalurkan kepada Sistem Glimfatik tersebut. Nampak gaya persoalan Tedi selama ini mungkin akan menemui jawapannya ...

Popular