Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pulau Mabul

[T14D13] Travelog Mabul hari ke-3

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Kandungan:  Mabul Turtle Hatchery Hari ini adalah hari terakhir kami berada di Pulau Mabul di Sabah di Malaysia ini. Oleh sebab itu kami menghabiskan masa pada hari ini untuk merayau sekeliling pulau buat kali terakhir sebelum bergerak pulang ke Semenanjung Malaysia. Mabul Turtle Hatchery (Tempat Penetasan Penyu Mabul) Salah satu aktiviti yang menarik perhatian di Pulau Mabul adalah program penetasan penyu. Tapaknya kecil sahaja terletak agak jauh dari pantai diapit oleh kawasan kampung dan kawasan resort. Secara ringkasnya ini adalah projek yang ditaja oleh Scuba Junkie melibatkan kerjasama dari pusat-pusat menyelam di sini dan para penduduk pulau. Ini tidak menghairankan kerana tentunya kehadiran penyu akan menambah daya tarikan kepada aktiviti menyelam di sini dan kebanyakan pusat pelancongan di sini menawarkan pakej menyelam. Apa-apa pun ini adalah usaha yang m...

[T14D12] Aktiviti di Pulau Mabul Sabah hari ke-2

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Suasana di kawasan kampung Pulau Mabul Sabah pada jam 07:04 pagi. Kelihatan anak-anak Pulau Mabul Sabah sedang menuju ke Masjid Maqbul untuk belajar mengaji. Sayangnya ini sahaja gambar mereka yang Tedi sempat rakam dan kelabu asap pula tu. Kelihatan juga gerai menjual pisang goreng. # Saturday, 12 April 2014, 07:04 # 20140412-mabul (10).JPG # Canon EOS 500D # Beberapa buah bot nelayan yang disimpan di daratan di Pulau Mabul Sabah. # Saturday, 12 April 2014, 07:05 # 20140412-mabul (11).JPG # Kamera DSLR Canon EOS 500D ƒ/7.1 1/50 18 mm ISO100 # Gambar sebuah bot fiber bernama Cyber Shot dan ada label Yamaha (mungkin bot fiber ini menggunakan enjin bot sangkut Yamaha) ditambat pada tiang sebuah rumah air di Pulau Mabul. # Saturday, 12 April 2014, 07:07 # 20140412 # 20140412-mabul (15).JPG # Kamera DSLR Canon EOS 500D #   Kedai Runcit di Pulau Mabul Kelibat Kedai Runcit Fattah ini pula membuatkan Tedi tertanya-tanya bagaimanakah...

Pulau Mabul, Sabah hari 1

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Pengalaman bercuti di Pulau Mabul tentulah bermula dengan ketibaan kami di Pulau Mabul tersebut menaiki bot berbangku kayu. Siri pengalaman percutian interpretZZ di Pulau Mabul boleh dicari di sini:  interpretZZ - melancong ke Pulau Mabul Sabah . Tiba di Scuba Jeff Sipadan, Pulau Mabul   Pulau Mabul hari 1. Bot yang kami naiki tiba di Scuba Jeff Sipadan ( scubajeffsipadan.com) pada jam 3:01 petang. Kelihatan papan tanda memaparkan Scuba Jeff Divecenter yang menawarkan bilik dan makanan kepada penyelam dengan harga MYR 70 (tujuh puluh Ringgit Malaysia). Ada bot fiber di hadapan Scuba Jeff Sipadan, mungkin bot fiber ini yang akan kami naiki untuk snorkelling nanti. # Friday, 11 April 2014, 15:01 # 20140411 # 20140411-mabul (114).JPG # Gambar dirakam menggunakan kamera DSLR Canon EOS 500D # Pulau Mabul, Semporna, Sabah # https://goo.gl/maps/dVynosxWhGiiwnnJ9 #   Ketibaan kami di Pulau Mabul disambut aksi anak-anak Bajau L...

Bergerak ke Semporna

Imej
Kembara ke Pulau Mabul ini bermula apabila seorang kawan Master mengajak Master untuk mengikuti rombongan mereka. Seksyen:   Terbang ke Lapangan Terbang Tawau  |  Bergerak ke Semporna dari Tawau  |  Tiba di Semporna Master kemudiannya memaklumkannya kepada Mummy, dan Mummy memaklumkannya kepada Mak Ngah Umie yang kemudiannya memaklumkannya kepada kawan-kawan beliau. Hasilnya kami membentuk satu rombongan yang memerlukan 2 buah van untuk melancong ke Pulau Mabul di Sabah. Tak banyak gambar yang Tedi pernah kongsikan dalam interpretZZ tentang aktiviti kami di Mabul, salah satu gambar yang interpretZZ kongsikan adalah melalui kiriman bertajuk " Biarkan dia dengan besinnya ", iaitu gambar anak Bajau Laut di sana. Terbang ke Lapangan Terbang Tawau Memandangkan kami dari Semenanjung Malaysia tentulah kena terbang atau naik kapal untuk ke Sabah yang terletak di Kepulauan Borneo. Malangnya setakat ini gambar terawal Tedi temui adalah ketika kami dalam kapal terbang...

Popular