Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Grant Hanley

[t17j11] Grant Hanley ingin sertai Newcastle

Imej
Grant Hanley tetap mahu sertai Newcastle manakala Blackburn Rovers bertegas dengan mahukan yuran perpindahan yang tinggi. Grant Hanley dijangka akan meminta penjelasan tentang kedudukannya di Blackburn Rovers kelab itu menolak dua tawaran pembeliannya oleh Magpies. Dipercayai bahawa Hanley berkeinginan untuk berpindah ke Tyneside tetapi Rovers tampak enggan melepaskan kapten mereka itu. Tawaran £3.5 juta dan £4.5 juta setakat ini ditolak tatkala Blackburn meminta jumlah di sekitar £6 juta. Kelab itu mempunyai kedudukan kuat dalam perbincangan ini kerana kontrak Grant Hanley masih berbaki dua tahun. Hanley pula berasa dia telah berkhidmat dengan baik selama 8 tahun dan mahu mencari pengalaman baru. Penolakan tawaran pembelian oleh Blackburn Rovers adalah halangan pertama dalam siri pembelian  pra-musim buat Newcastle United setelah pembelian lancar beberapa pemain iaitu Matz Sels, Jesus Gamez, Dwight Gayle, Matt Ritchie and Issac Hayden . Newcastle Unite...

Popular