Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Diari Tedi

Apa itu komitmen?

Imej
Catatan Tedi Komitmen Sebuah pengajaran ringkas dari bilik mesyuarat 20140509  ·  Tedi Alkisahnya Tedi menghadiri satu mesyuarat laporan kemajuan. Tedi melaporkan bahawa tugasan yang diserahkan masih tidak dapat diselesaikan kerana ada beberapa halangan yang belum dapat diatasi sepenuhnya. Tiba-tiba cikgu bersuara: “Tedi tahu maksud komitmen?” Tedi diam. Tiada jawapan. “Komitmen itu maksudnya kena buat sama ada suka mahupun tidak.” Tedi tak pasti adakah cikgu itu mempersoalkan komitmen Tedi yang nampak riang ria dan balik tak berapa lewat berbanding kawan-kawan yang lain. “Memanglah... masalahnya bukan satu je komitmen.” — Tedi (dalam hati je lah) ✦ ✦ ✦ Pengajaran hari ini “Komitmen itu maksudnya kena buat sama ada suka mahupun tidak.” ...

Kereta mati 6 kali dalam perjalanan!

Imej
Isi Kandungan: 1. Kronologi Masalah Kereta 2. Punca Enjin Mati Tiba-tiba 3. Throttle Body & Penyelenggaraan Dugaan Perjalanan 100 Kilometer Hari ini sepatutnya Tedi bersekolah petang, dan pada waktu paginya Tedi temani Master ambil kereta di bengkel. Kereta yang mana? Proton SAGA BLM 1.3 MT tu lah. Master hantar kereta tu pada Sabtu lalu kerana nak tukar cakera klac (clutch plate) . Setelah ambil kereta pada jam 11 pagi, kami bergegas ke Bandaraya Kuala Lumpur . Tapi kami mula mengalami masalah setelah tiba di bandar tersebut apabila kereta kami tiba-tiba mati. Matinya tiadalah tersengguk-sengguk, tapi apabila perlahan di satu-satu tempat, tiba-tiba sahaja ia senyap, rupa-rupanya enjin mati. Nasib baik ia tidak berlaku semasa dipandu laju. Oleh sebab itu, Master mengambil keputusan untuk berpatah balik sejauh 50 kilometer dari Bangsar semata-mata untuk menghantar kereta itu ke bengkel ke...

Signal dan lampu kecemasan Proton SAGA BLM tidak berfungsi, tren, dan tol [T15J16]

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   Satu lagi masalah selepas kemalangan di MEX tempoh hari Pagi semalam Tedi teman Master ke bengkel kereta yang kami selalu pergi, sebabnya lampu isyarat kereta kami tidak berfungsi. Alkisahnya semalam kami baru sahaja ambil kereta kami dari bengkel Evergreen Auto Center selepas kerja pembaikan kerosakan akibat kemalangan yang kami alami di Lebuhraya MEX pada 5 Oktober lalu. Sepatutnya selepas ambil kereta tu hati kami riang gembira kerana dapat menggunakan kereta sendiri dan tak perlu lagi meminjam kereta orang lain, namun baru sahaja bergerak dari bengkel tersebut kami dapati lampu isyarat kami tidak berfungsi sama sekali. Lampu isyarat kanan kiri, lampu kecemasan, malahan lampu di dashboard yang menunjukkan lampu isyarat dibuka pun tidak berfungsi. Bunyi tik tak tik tak yang selalu kedengaran semasa memasang lampu isyarat pun langsung tak kedengaran, sunyi sepi semuanya. Ap...

[t14d30] Hadiah pintu Majlis Perkahwinan Mak Lang Yan siap

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Apakah itu hadiah pintu? Sebenarnya Tedi hanya membabi buta memilih istilah "hadiah pintu" sebagai terjemahan langsung kepada isitlah "door gift" . Ia adalah cenderamata yang kita berikan kepada tetamu untuk menghargai kehadiran mereka ke majlis yang kita anjurkan. Boleh juga sebagai tanda kenangan. Kali ini hadiah pintu yang Mommy sediakan adalah untuk majlis perkahwinan Mak Lang Yan. Beberapa kumpulan hadiah pintu untuk majlis kenduri Mak Lang Yan sudah sedia Kali ini Mommy menggunakan konsep minimalis dan tema warna ungu. Tema warna itu tak boleh buat apalah kan sebab pengantin yang pilih, hehehe. Walaupun tema minimalis dipilih, isinya cuba dimuatkan dengan sesuatu yang orang ramai boleh gunakan pada kemudian hari, dan mengikut perkembangan zaman pada masa ini ia diisi dengan makanan ringan. Jika hanya diisi dengan makanan ringan tiadalah tanda kenangan ...

[t14e13] Nak vakum ke tak?

Imej
Perlukah daku melaksanakan tugasan ini? Alhamdulillah, jiran kepada jiran Master (bermakna jiran kami juga) rupa-rupanya telah mendapat cahaya mata. Punyalah kami tak sedar, maklumlah keluar semasa matahari terbit, sampai rumah tatkala mentari telah lama terbenam ke dasar laut. Tedi nak jadikan cerita, sepatutnya hari ini Tedi perlu menyedut-hampagas kawasan rumah kerana debu-debu telah lama menyelaputi kami. Walaupun tampak mudah, tugasan ini amat sukar bagi Tedi laksanakan ketika ada anak kecil perlu diambilkira... kali ini Tedi perlu laksanakannya dengan cekap dan amanah.   Namun, penyedut-hampagas itu kan bising? Jadi ia tentunya akan mengganggu gugat ketenteraman si anak kecil yang baru lahir itu. Pada mulanya Tedi bercadang melupakan sahaja niat murni Tedi ini, demi keamanan si anak kecil, namun ia bukanlah pilihan yang bijak kerana debu-debu ini pula akan mengganggu gugat keamanan hidup Tedi sekeluarga. Seharusnya Tedi memilih masa yang sesuai untuk melaksanakan tugasan yang...

[t16f28] Diari Mata Buntal

Imej
Pelik sungguh, tak dapat Tedi lelapkan mata pada ketika ini, berbeza dengan suasana Maghrib tadi di mana Tedi mudah saja terlelap. Mungkin ini penangan kafein yang ada dalam secangkir kopi yang Tedi minum semasa moreh tadi. Rasanya ini adalah kali ketiga Tedi ambil kafein dalam bulan puasa ini, menjauhi sasaran sifar kafein yang Master cuba terapkan pada diri Tedi. Rasanya okay juga Tedi tidak minum minuman berkafein kerana ia elakkan Tedi daripada dahaga pada siang hari puasa. Tadi Tedi cuba hantar kiriman baru ke interpretZZ, sempat siapkan satu sahaja, sedangkan Master nasihatkan Tedi supaya siapkan 10 kiriman sehari. Tujuannya ialah supaya kalau setiap kiriman tu dapat 7 pageviews, maka kalau 10 dah dapat 70.. hehe.. Tapi tak mampulah Tedi, asalkan dapat hantar satu post pun dah cukuplah buat diri Tedi ini. Tambahan tiada apa nak dicoretkan. Tapi alasan itu takkan pernah menjadi makanan Master. Katanya apa yang Tedi lakukan setiap hari boleh dijadikan sebuah cerita. Mungkin ...

[t16c04] Buang 302 tambah 320... bila nak kurus?

Imej
Usaha selama sejam akhirnya hancur sebegitu sahaja Hari ini Tedi telah berjaya membakar 302 kalori melalui aktiviti jogging selama sejam, mengambil jarak larian hampir mencecah 5 kilometer . Kemudian Master membawa Tedi dan Mommy ke KFC di Jalan Sultan, Petaling Jaya. Tedi memesan wrapper box yang kandungi seketul ayam goreng dan beberapa ketul nugget. Setelah habis makan Tedi baru teringat untuk memeriksa kalori dalam seketul ayam goreng KFC, ternyata ianya mengejutkan kerana mencecah jumlah 320 kalori . Hanya kerana seketul  ayam goreng dan suapan dalam masa beberapa minit, Tedi telah menghancurkan keberkesanan regim larian Tedi. Macam mana nak kurus kalau macam ni? Kepada kawan-kawan di luar sana, jika mahu makan ayam goreng KFC , pastikan anda berlari 5 kilometer untuk setiap ketul ayam KFC.   Ringkas Berlari 5 kilometer membakar 302 kalori. Kalori seketul ayam goreng ialah 320 kalori. KFC ialah tanda nama Kentucky Fried Chicken iaitu rangkaian restoran makanan se...

Tedi terbang ke Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Imej
Alhamdulillah, dapat jua Tedi meluangkan masa untuk menconteng diari Tedi ini.   Pertama kali mencuba apps Blogger-Droid dan Blogger Ikon aplikasi Blogger-Droid Selalunya kalau Tedi tiada laptop, memang Tedi tak kemaskini diari Tedi ni, tapi malam ni Tedi saja-saja nak cuba conteng diari guna Nexus 7 . Memang menyampah menaip dalam tablet yang bersaiz 7 inci ni, asyik salah taip. Tedi gunakan Blogger-Droid pada mulanya, tapi apabila Tedi save as draft , nak edit semula, ia cuma keluar editor dalam format html, malaslah Tedi. Akhirnya kena edit gunakan apps Blogger . Blogger-Droid lebih mudah untuk karang post dengan gambar dan beberapa jenis penggayaan, cuma masa edit keluar template berasaskan html pula. Blogger boleh taip teks bodoh je, tapi lebih baiklah daripada guna html.   Dari Putrajaya Sentral ke LCCT, KLIA Sepang 4 September 2013, Rabu - Tedi terbang pada jam 20:20 menggunakan penerbangan yang Tedi tak berapa nak gemar, AirAsia. Sebelum terbang, k...

[T15F06] Tips memilih bola boling

Imej
Yey.. hari ni nak pergi bermain bowling di Kompleks Sukan Airport Nilai. Mommy akan ada perlawanan bowling pada minggu hadapan bersama teman sepejabat, jadi pada hari ini Master akan membawa Mommy pergi bermain bowling di gelanggang bowling paling hampir. Kami pun pergilah berlatih di lokasi yang sesuai untuk bermain boling di Nilai iaitu Kompleks Sukan Airport Nilai. Tedi pun tentulah terpaksa turut serta dalam permainan bowling tersebut. Orang tua-tua kata, jika mahu menduga laut yang dalam, janganlah kail sejengkal cuma, maka Tedi perlulah menuntut ilmu bagaimana cara mahu bermain bowling. Tedi perlu tahu bagaimana cara memilih bola bowling dan apakah bola bowling yang sesuai untuk Tedi. Kali ini Tedi mahu belajar bagaimana cara memilih bola bowling yang betul dan sesuai dengan diri kita. Pilih bola bowling yang lubangnya muat jari kita. Tedi pilih bola bowling yang takkan tersangkut di jari semasa melontar. Biar longgar jangan ketat lubang jari tu. Pilih berat bola b...

T14E10 Projek menukar ballast elektronik

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   Sebuah lagi projek usahasama Tedi dan Master berjaya dilaksanakan. 20140510, kali ini kami menukar ballast sebiji lampu di bilik air. Kali ini kali yang kedua kami menukarnya, tak tahulah kenapa ballast lampu itu suka merosakkan dirinya. Kami memulakan usaha murni ini dengan menuju ke Bandar Baru Nilai untuk membeli ballast yang bersesuaian. Kiranya kami bertaruh jugalah sebab ballast lampu yang pelik ini sukar didapati dan selalunya kami cari di deretan kedai lampu di bandar Puchong . Beli ballast lampu Sampai di sebuah kedai, "Tauke, ballast lampu ada" "Ada." Tauke itu segera meminta anak buahnya membawa ballast yang diperlukan. Ballast itu juga kadangkala disebut choke . Kemudian anak buahnya datang dan membawa seketul ballast . Master terkulat-kulat merenung ballast itu kerana ia amat berbeda dengan ballast yang kami cari. "Tauke,...

T15K03 Cari raket Voltric di Sports Direct Subang Jaya

Imej
Master telah berjaya mengumpulkan beberapa rakan untuk bermain badminton Semalam, 03 November 2015 - kami segera bergegas ke Sports Direct Subang Jaya untuk melengkapkan peralatan bermain badminton kepunyaan kami sekeluarga. Tujuan utama adalah untuk membeli 1 raket dan sepasang kasut buat Mommy. Sebabnya raket yang ada agak berat, dan mommy pun tak punya kasut badminton, kalau kasut jogging tu ada 3 pasang kalau tak silap. Malangnya main badminton tak boleh pakai kasut jogging, takut terseliuh kaki kerana kasut jogging punyai tapak tebal untuk serap tekanan semasa berlari, manakala kasut badminton punyai tapak rendah lebar untuk kestabilan. Persediaan kali ini adalah kerana Master dan beberapa rakan sepejabat telah merancang aktiviti bermain badminton bersama keluarga pada hujung minggu ini, di mana diharapkan aktiviti akan menjadi aktiviti pejabat mereka sama ada secara mingguan atau bulanan. Raket Yonex siri Voltric VS Nanospeed Sebelum pergi ke Sports Direct Subang Jaya, ...

11 Oktober

Imej
Dah lewat ni, sepatutnya Tedi sudah kena masuk tidur ni... Alhamdulillah, petang tadi dekat jam 7 malam berjaya juga Tedi membuatkan proses kemaskini ID Cincin Kekunci berfungsi dengan baik. Puaslah Tedi belek dan belek, sehingga akhirnya terpaksa Tedi debug baris demi baris sebelum Tedi kenalpasti bahawa punca masalah adalah disebabkan oleh nilai yang tidak tepat pada 3 set 3 jenis Kunci Terpelihara Global Platform . Ia menyebabkan proses penulisan ke dalam Modul Capaian Terpelihara tidak dapat dilakukan kerana proses pengesahan gagal. Tedi tak faham juga kenapa 6 set pembolehubah yang berlainan yang Tedi umpukkan dengan 3 set Kunci Terpelihara yang berlainan boleh pula tiba-tiba mendapat nilai yang sama? Tidak pernah Tedi melihat perkara sebegitu. Memandangkan fungsi itu disediakan oleh pelajar lain, Tedi biarkan sahajalah, asal ia berfungsi. Tadi Mommy tanya, siapa Budak Baik? Biarlah rahsia... hehe... Tengahari tadi Tedi berbual dengan seorang pemilik Myvi. Terkejut j...

Kuga! Kuga! Kuga!

Imej
6 Jun 2014, 10:04 pagi : Tedi mencari Sakinah yang baru bangkit dari tidur. Cari punya cari rupa-rupanya dia ada dalam bilik bacaan. "Sakinah buat apa tu?" "Eik... " , balas Sakinah pendek, sambil merenung 2 ekor makhluk. Rupa-rupanya Sakinah sibuk bertegur sapa dengan Tetot dan Pogy di bilik bacaan... "Owh, Sakinah borak dengan Tetot ek?" "Etot.."  "Ha'ah, nama dia Tetot.." Sakinah pandang semula Tetot dan tiba-tiba memanggil, "Kuga!" "Bukan Kuga la, nama dia Tetot, dia tu katak!" "Kuga" "Kuga" "Kuga" Kuga! Kuga! Kuga!... kata Sakinah. Lantaklah Sakinah oii, malas Tedi nak layan... Kuga pun, kuga la... 201406

Untung telur timbul, untung telur tenggelam

Imej
Seperti biasa pada waktu pagi Tedi akan sediakan 2 biji telur sebahagian masak buat Master. Caranya mudah sahaja iaitu dengan merebus air. Kemudian masukkan kedua-dua biji telur itu ke dalam sebuah jag. Masukkan air panas ke dalam jag itu. Biarkan sehingga air itu sejuk. Namun, sesuatu hal yang menarik berlaku pada minggu lalu apabila ada sebiji telur tu tak mahu tenggelam. Selama Tedi menyediakan telur sebahagian masak, inilah pertama kali Tedi temui telur tak mahu tenggelam. Apabila selesai mandi, Tedi segera mengeluarkan telur yang direndam. Tedi mulakan dengan telur yang tenggelam... cantik isinya. Diikuti dengan telur yang timbul... Tedi pecahkan ke dalam bekas yang berbeza. Apabila Tedi ketuk sahaja dengan sudu, ia terus mengembang dan retak dalam banyak arah. Ia mahu meletup namun nasib baik ia tidak meletup! Rupa-rupanya telur itu sudah busuk dan mungkin itulah telur yang dipanggil telur tembelang. Kalau meletup, sudah pasti Tedi akan demam dan cuti sekolah sela...

Balik atau tak balik?

Imej
Dilema betul memikirkan di antara kehendak dan keperluan... Hari ini di pejabat Master rata-rata manusia berbicara mengenai kepulangan ke kampung yang dilanda musibah banjir. Mereka akan pulang dengan membawa barang-barang keperluan terutamanya makanan. Selain itu ada juga yang mengumpul derma untuk membantu kawan-kawan yang menjadi mangsa banjir. Kami pula masih berkira-kira hendak pulang atau tidak? Kerana tiket kapal terbang sangat mahal. Jika hendak beli yang murah, tentu saja pada hari yang agak tidak sesuai. Boleh saja beli tiket yang mahal itu, dengan harapan kepulangan kami nanti akan berbaloi. Tapi kadangkala terfikir juga jika harga tiket itu disalurkan kepada saudara-mara yang menjadi mangsa. Alternatif lain mungkin sahaja pulang dengan kereta tapi dengan jalan yang rosak selepas banjir, ia agak merbahaya... Tedi berasa, baiklah pulang sahaja, kurang-kurang menjenguk keluarga, walaupun Tok Ma melarang kerana bekalan air bersih tiada di sana. Kalau Master dapat cuti...

Sarapan di Medan Selera Kota Warisan

Imej
Pagi tadi sekitar jam 7.30, kami hantar Mommy ke Stesen ERL Salak Tinggi. Sudah menjadi kegemaran 1Malaysia untuk menikmati Nasi Lemak pada pagi hari. [Kredit gambar: masak-masak] Mommy ada kelas pagi ni di UITM Puncak Alam, maka seperti hari bekerja kami keluar rumah awal untuk hantar Mommy. Selepas hantar Mommy, Master ajak Tedi bersarapan pagi di Kota Warisan, di sebuah medan selera di sana, di Jalan Warisan Megah 1/6, kalau Tedi tak silap. Peta menggambarkan kedudukan medan selera Kota Warisan. Makan nasi lemak sebab beberapa minggu yang lalu Master makan di sebuah gerai di sana, rasanya sedap dan menyelerakan. Tapi tadi, rasa nasi lemak tu kurang, adakah mungkin kerana Tedi kenyang? Tak logik pula sebab semalam Tedi tak makan ikan, makan sushi je kot... Inilah yang menjadi masalah kepada peniaga makanan di Malaysia, mereka tidak konsisten, sekejap sedap, sekejap tidak. Mereka seharusnya meniru francais makanan luar yang menyediakan piawaian tertentu untuk penye...

Banyak bloglist

Imej
Banyak bloglist dalam interpretZZ ni. Itu belum masuk yang Tedi tak sempat kemaskini, kalau kemaskini tentu lagi banyak berjuta-juta lemon. Bloglist ini penting bagi Tedi sebab di sana ada banyak kiriman yang Tedi gemari. Malangnya Tedi rasakan kehadiran bloglist itu menambahkan berat badan Tedi... eh... memberatkan blog Tedi ni. Hal ini diakui oleh satu pembaca interpretZZ yang setia, iaitu diri Tedi sendiri (Tedi memang suka baca interpretZZ... hahahaha) Jadi Tedi merancang nak memindahkan semua senarai blog ikutan Tedi ke satu laman yang terasing. Setelah Tedi mengkaji apa alternatif yang wujud di luar sana, akhirnya Tedi berjaya memindahkan bloglist yang ada banyak kiriman tu... semoga selepas ini interpretZZ akan lebih laju supaya senang Tedi baca tulisan sendiri. Inilah hasil tangan Tedi... hehehe... 20140428

Perpecahan interpretZZ

Imej
Akhirnya waktu yang telah lama dijangkakan akhirnya tiba jua. Master telah melarang Tedi daripada menggunakan akaun beliau untuk membuat coretan dalam interpretZZ ini. InterpretZZ asalnya adalah akaun blog milik Master yang digunakan beliau untuk memuatnaik gambar-gambar yang agak biasa namun punyai nilai sejarah, di mana itulah sebabnya Master memilih nama interpretZZ sebagai mewakili perbezaan terjemahan minda manusia dalam meneliti sesuatu yang dilihat mata. Kemudian Master mengalami kesibukan dan akhirnya interpretZZ terbiar berdebu sebegitu sahaja. Sehinggalah Tedi menjejakkan kaki ke sini di mana Master meminjamkan profil blogger beliau untuk Tedi sadurkan dalam semua coretan di sini. Namun seketika tadi Master mengumumkan bahawa Tedi perlu gunakan akaun Tedi sendiri dan Master akan memadam akaun beliau daripada halaman interpretZZ. Ini adalah kerana Master mendapati bahawa Google telah menyatukan profil pengguna Google sehingga mungkin akan membuatkan orang salah sangka b...

Tedi survey homestay Lui Selatan

Imej
4 Mei 2014: Kami mula mencari rumah inap desa (homestay) untuk diduduki semasa kenduri kahwin Mak Lang Yan nanti. Pencarian kami kali ini di Felda Lui Selatan 1 , salah satu rancangan Felda yang berhampiran Felda Sungai Lui . Mungkin menginap di kawasan Felda tidaklah seseronok menginap di bandar terhampir iaitu Bandar Bera atau Bandar Sri Jempol , tapi ketika kenduri, jarak perjalanan amat diambil kira. Ini hanya perkongsian maklumat dan bukan iklan, sekadar membantu sesiapa yang mengalami kesukaran seperti kami ini, jadi lebih baik kawan-kawan pergi lihat sendiri situasi di sana. Tedi bagi gambar je la ek, senang sikit nak dibaca. Homestay D'Kedai Tok Kassim, No: 7,8,9, Jalan Pasar, Felda Lui Selatan 1, 72120 Bandar Sri Jempol, Negeri Sembilan . Telefon mobil 013-3577304 (Kassim) atau rumah 06-4691621 . Harga RM 250 dan RM 150 (buat masa ini). Bahagian hadapan, nampak kecil je kan? Ada kedai makan di sebelahnya, tapi tak pasti ia beroperasi atau tidak....

Selamat tinggal InterpretZZ ???

Imej
Pagi ini Tedi bersiap-sedia, merelakan satu pemergian. Pakcik Fikri telah berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia . Dan dia memerlukan sebuah komputer riba untuk membantu menyelesaikan tugasannya. Bantuan biaya belajar masih belum diterima dan zaman sekarang pula zaman siber, maka komputer adalah amat penting kepada mereka para penuntut ilmu. Di atas sebab-sebab itu, Master meminta Tedi meminjamkan komputer riba Tedi yang juga markas rasmi interpretZZ . Tedi rela, kerana nak bagi duit, Tedi tak punya, komputer riba usang ini sahaja yang boleh Tedi hulurkan buat mereka yang pernah menghulurkan RM 20 kepada Master ketika dia masih belajar, walaupun keluarga Pakcik Fikri sangat memerlukan duit ketika itu. Kata Master, RM 20 yang diterimanya itu takkan terbayar sampai bila-bila. Selamat tinggal, interpretZZ... ada jodoh kita bersama semula... Adakah ini bakal menjadi kiriman terakhir interpretZZ? Ayam goreng Asmara di Padang, Indonesia, yang Tedi ketemui ke...

Popular