Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Tedi mengkaji

Apakah itu syarikat Ali Baba?

Imej
Buah Fikiran Tedi Istilah “Syarikat Ali Baba” Mungkin Akan Lapuk? Apabila nama perniagaan tradisi bertembung dengan gergasi e-dagang dunia 20140813  ·  Tedi Istilah “Syarikat Ali Baba” sering digunakan dalam dua konteks: Maksud lazim istilah ini Merujuk kepada perbuatan pihak tidak beretika yang menggunakan individu atau syarikat bumiputera untuk mendapatkan kontrak — lazimnya dari kerajaan — sebelum kontrak itu dijual atau diserahkan kepada syarikat bukan bumiputera. Sebuah syarikat yang mempunyai seorang penama bumiputera yang digunakan namanya semata-mata untuk mendapatkan kontrak, di mana dia digaji hanya kerana status bumiputeranya. Tedi tak pastilah sama ada kegiatan ini masih berlaku kerana Tedi sudah lama tidak membacanya. Pada zaman dulukala, istilah syarikat Ali Baba atau perniagaan Ali Baba ini popular di dalam majalah dan akhbar. ...

[t18a27] Sejauh mana boleh memandu setelah lampu rizab bahan api menyala?

Imej
Malangnya, tidak terdapat piawai industri yang menentukan berapa banyak jumlah minyak rizab dalam tangki kereta atau sejauh mana kenderaan mesti dapat bergerak selepas lampu rizab bahan api menyala. Oleh itu, tiada jawapan konkrit yang diperolehi, tetapi berikut adalah beberapa petua yang mungkin membantu apabila kita cuba meneka berapa banyak minyak kereta yang tinggal setelah lampu rizab petrol atau diesel menyala. Saiz Tangki Memainkan Peranan Pertama, selain segelintir kenderaan jarak jauh , kereta jarang mempunyai tangki yang berasingan untuk menyimpan bahan bakar simpanan. Lampu rizab bahan api hanya menyala apabila paras tangki utama jatuh di bawah paras tertentu. Setiap model kereta berbeza, tetapi sebahagian tangki simpanan biasanya mengandungi sekitar 10 hingga 15 peratus daripada jumlah minyak keseluruhan. Jika kita ambil kiraan mudah, tangki minyak 40 liter mempunyai rizab 4 liter minyak. Maklumat ini penting untuk kami jimat minyak dan mengelakkan kehabisan bahan ap...

[t16l13] Mandi Air Sejuk di Kali

Imej
Salah-satu maksud perkataan "kali" ialah sungai Tedi kalau mengisahkan suasana kampung dalam karangan Bahasa Melayu, pasti Tedi akan selitkan perihal kesejukan air di kali. Kali adalah nama lain bagi perigi sungai. Jika ditulis " sejuknya air di kali " akan tampak lebih sastera berbanding "sejuknya air di perigi sungai" atau "sejuknya air di telaga" . Terima kasih kepada pembaca yang menegur mengenai perkataan kali bukanlah bermaksud perigi . Setelah merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat dan Kamus Pelajar Edisi Kedua , salah satu maksud perkataan "kali" ialah  sungai dan perkataan ini berasal daripada bahasa Jawa . Selalunya Tedi akan gunakan pula perkataan "dingin" untuk menggantikan "sejuk" hingga menjadi "dinginnya air di kali" , kerana perkataan dingin itu tampak macam sejenis kesejukan yang menyegarkan dan tidak menyeksakan. Tapi hakikatnya kesejukan air di kampung memang menyeksakan, sehingga ...

Contoh Nama Syarikat Unik

Izinkan Tedi berangan untuk memiliki sebuah syarikat, dan syarikat itu tentulah memerlukan satu nama yang unik dan mudah difahami orang. Mungkin nama syarikat yang unik adalah salah satu faktor untuk menjadi satu nama syarikat yang menarik? Dalam kelas kemahiran hidup dahulu Tedi dan kawan-kawan telah memilih nama Hijau Makmur Sdn Bhd untuk mewakili nama syarikat kami jika kami terlibat dalam industri hiasan landskap. Logo yang kami pilih adalah gabungan huruf HM yang kami bentukkan H sebagai pohon merimbun dan M sebagai rumput di perdu pokok tersebut. Namun kini nama Hijau Makmur itu mungkin sudah tidak gah. Kenapa nama syarikat perlu unik? Nama syarikat yang unik menjadikan perniagaan kita akan mudah dikenali dan diingati oleh pelanggan juga bakal pelanggan. Nama syarikat yang unik menjadikan kita lebih menonjol berbanding pesaing sekaligus menarik perhatian pelanggan apabila mereka mencari pembekal. Menghasilkan nama syarikat yang unik memerlukan perancangan dan apabila kita b...

Jenama Tayar Buatan Thailand

Imej
Karangan Tedi kali ini adalah mengenai jenama tayar yang dikilangkan di negara jiran Malaysia iaitu negara Thailand. Walaupun mungkin jenama tayar itu dikilangkan di Thailand namun tidak bermakna ia adalah produk Thailand, boleh jadi ia dikilangkan di Thailand untuk syarikat lain di luar negara Thailand. Susunan jenama tayar ini adalah menurut ejaan jenama tayar tersebut. Kandungan: Jenama Tayar Buatan Thailand Bridgestone Continental Falken Tire Firestone Hercules LEAO Maxxis Michelin Nika OTR Sentury Westlake Veento Yokohama Tayar Thailand ok ke? Bridgestone Bridgestone Corporation adalah syarikat multinasional yang mengeluarkan alat ganti kereta dan trak. Bridgestone telah ditubuhkan pada tahun 1931 oleh Shojiro Ishibasi di bandar Kurume, Fukuoka, Jepun. Nama Bridgestone adalah daripada terjemahan nama "ishibashi" sendiri yang bermaksud jambatan batu. Pada tahun 2017, Bridgestone adalah pengeluar tayar terbesar di dunia diikuti oleh Michelin (Perancis), Goodyear (Amerika S...

Apakah Saiz Resolusi Minimum untuk Cetak Gambar?

Imej
Baru sahaja sebentar tadi Tedi muatnaik gambar bayi Nor Aina ke dalam interpretZZ untuk menjadi kenangan. Resolusi gambar tersebut agak tinggi iaitu pada resolusi 3000 piksel lebar kali sesuatu saiz piksel panjang gambar. Tedi terpaksa kecilkan saiz gambar tersebut kerana tak mahu ruangan maya pustaka gambar interpretZZ penuh tetapi pada masa yang sama mahu gambar itu nanti cukup berkualiti untuk dicetak. Maka Tedi tertanya-tanya, apakah saiz gambar minimum untuk dicetak atau dicuci? Tedi telah mencari jawapannya melalui internet dan berikut adalah saiz resolusi minimum gambar kita untuk dicuci mengikut saiz-saiz tertentu: Cucian foto bersaiz 4" x 6" , resolusi imej sepatutnya  640 x 480 pixels minimum. Cucian foto bersaiz 5" x 7" , resolusi imej minimum sepatutnya  1024 x 768 pixels . Cucian foto bersaiz 8" x 10" , memerlukan resolusi imej minimum pada resolusi  1536 x 1024 pixels . Cucian foto bersaiz 16" x 20" pula memerlukan resolusi imej m...

[t16k24] Kenapa angkat wiper kereta?

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Ini adalah soalan ayang sering berlegar di minda Tedi, apabila melihat manusia mengangkat wiper kereta mereka apabila mereka meletakkannya di tempat letak kereta, lebih-lebih lagi apabila mereka meninggalkan kereta mereka untuk satu tempoh yang panjang. Apabila kereta diletakkan di tempat panas, dalam keadaan tertutup, suhunya boleh mencecah 70 darjah Celcius. Itu adalah suhu cermin hadapan yang tentunya akan memanaskan juga getah pada pengelap cermin hadapan kereta (windshield wiper). Pengelap cermin kereta yang kepanasan itu pula akan menyejuk pada waktu malam, ataupun apabila digunakan bersama air. Kitaran proses pemanasan dan penyejukan yang berulangan ini akan menyebabkan getah pada pengelap cermin kereta (windshield wiper) hilang daya elastiknya sekaligus menjadi keras dan rapuh. Elastik adalah sifat pada bahan yang menyebabkan ia kembali dengan segera kepada bentuk asalnya...

[t17a14] Penggunaan Petrol Subaru XV STI

Imej
Semalam macam biasa tiba sahaja dari pejabat, Master akan cari makan malam. Kami tiba di rumah agak lewat, dalam lingkungan jam 9 malam, sebabnya kami bertolak lewat dari pejabat Master di Bangsar South kerana jalan yang sesak selepas hujan pada hari Jumaat. Lazimnya hari Jumaat memang akan sesak sebab bermulanya hari minggu di mana ramai manusia mencari tempat untuk berlibur, dan ramai juga yang memulakan perjalan keluar dari Kuala Lumpur untuk mencari tempat berehat. Master hantar Mommy ke rumah dulu kerana Mommy diet gula dan garam, manakala Master memerlukan makanan untuk mengisi perut yang agak kekosongan. Pada mulanya Master ke Gerbang Selatan untuk mencari sesuap nasi, tetapi kedai makan tersebut tutuplah pula. Akhirnya Master ke Nija untuk makan Roti Nan. Hendak dijadikan cerita, di situ Master terserempak dengan seorang pemilik XV STI. Berapa minyak XV kau pakai? Itu adalah soalan yang diajukan oleh pakcik tersebut kepada Master. Sambil itu dia memaklumkan bahawa XV mil...

[t22i27] Panduan main boling pemain kidal buat Master

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Lusa pejabat Master akan adakan sesi bermain boling di Bukit Jalil. Tak tahulah sama ada Master akan dapat turut serta atau tidak kerana pada masa ini Aina dan Aidan sedang demam, batuk dan selsema. Aina pula paling teruk keadaannya sehinggakan semalam dan kelmarin Aina diberi rawatan aerosol menggunakan nebuliser. Memandang sudah lama Master tidak bermain boling maka pada pagi ini Master meminta Tedi memberikan pencerahan mengenai pemilihan bola boling yang sesuai untik dirinya. Panduan ini adalah bersandarkan kepada kiriman sebelum ini bertajuk  [T15F06] Tips memilih bola boling .   Berat bola boling yang sesuai untuk Master Berat bola boling adalah dalam pound. Berat bola boling yang dicadangkan adalah 1 per 10 berat badan kita (dalam pound). Berat badan Master adalah 65.91 kilogram bersamaan dengan 145.30668 pounds. Jadi berat bola boling yang harus dipilih Maste...

[t19a23] Kelebihan menggunakan tayar Michelin

Imej
Apakah kelebihan menggunakan tayar Michelin? Itu adalah persoalan yang bermain di minda ramai orang kenapa tayar jenama Michelin ni asyik menjadi perhatian para pemandu. Karangan Tedi kali ini akan cuba mengumpul beberapa pendapat tentang kelebihan tayar Michelin ini. Michelin banyak pengalaman. ,  Tayar Michelin kuat mencengkam jalan. Michelin banyak pengalaman. Jawapan oleh: Robert Carver, pemandu lori kelas A, pada 9 November 2018. Saya adalah seorang peminat setia Michelin. Ada perbezaan di antara pengeluar tayar yang mula beroperasi sebelum televisyen dicipta dan syarikat pengeluar tayar yang baru beroperasi selepas kematian Steve Jobs, iaitu syarikat baru belum melakukan banyak kesilapan. Saya akan jelaskan. Seperti kata orang: "pakar adalah seseorang yang telah melakukan semua kesilapan yang boleh dilakukan dalam sesuatu bidang.". Hal ini sama juga jika digunapakai pada sebuah syarikat. Michelin telah ditubuhkan pada 1889 jadi mereka telah menghadapi pelbagai masalah d...

Kajian: Penggunaan petrol Proton Saga BLM 1.3M Mid-line

Imej
Akhirnya siap juga tugasan yang Master assign kepada Tedi selama ni. Tajuk tugasan:  Sila anggarkan  jarak (kilometer) sebuah Proton Saga BLM 1.3M Midline boleh pergi untuk 3 bar pertama   Disediakan oleh: Tedi yang comel   Disediakan untuk: Master   Tarikh hantar: Mei 2013   Masalah Master ingin mengetahui jangkaan jarak (dalam kilometer) yang boleh dicapai oleh sebuah kereta Proton Saga BLM 1.3M Middle Line bagi 3 bar pertama pada tolok sukatan petrol. Laporan Keputusan Kajian Melalui kajian yang telah dilaksanakan mengikut kaedah sukahati Tedi la, Tedi mendapati bahawa:   bar   pertama boleh mencapai sehingga 160 KM bar   kedua boleh mencapai sehingga 100 KM bar ketiga boleh mencapai sehingga 60 KM jumlah purata jarak bagi ketiga-tiga bar  pertama adalah 320KM Guna petrol jenama apa pun, lebih kurang macam itulah keputusannya Semakin lama sangkut dalam traffic jam  maka lebih pendek jarak yang boleh dica...

[t14k22] Siapa Annie dalam lagu Smooth Criminal nyanyian Michael Jackson?

Imej
Tadi Master tunjukkan kepada Tedi klip video "Smooth Criminal" nyanyian Michael Jackson. Walaupun Tedi tak berapa kenal siapa dia ni, Tedi agak tertarik dengan lirik lagu dia. Dalam lagu tu disebut beberapa kali, "Adakah awak okay, Annie?" Dan lagu tu menceritakan mengenai seorang wanita bernama Annie yang diserang oleh seorang penjenayah licik dipanggil "Smooth Criminal" . Dan pakcik Michael Jackson ni tak habis-habis bertanya, "Adakah awak okay, Annie?" Bila mendengar perkataan itu diulang banyak kali dan penceritaan dalam bait-bait lagu tu, Tedi mula yakin, mesti lagu ini mengenai sebuah kes jenayah ke atas seorang wanita. Maka Tedi mula menggelitar siapakah Annie tersebut? Apa yang terjadi kepadanya sehingga dimasukkan dalam lagu? Setelah beberapa pembacaan, rupa-rupanya watak Annie tu merujuk kepada Resusci Anne , sebuah patung yang digunakan dalam latihan bantuan CPR. Dalam latihan itu frasa, "Adakah awak okay Annie?...

[t18f08] Kenapa tayar botak tepi bahagian luar tayar?

Imej
Tayar depan kereta Proton Persona Elegance 2009 kelihatan mengalami tayar botak pada bahagian luar tayar. Hal ini agak membingungkan sebab Master selalu pam tayar, sepatutnya tayar botak di bahagian tengah tayar terlebih dahulu. Agak bahaya apabila sisi tayar botak terlebih dahulu kerana bahagian sisi tayar kurang kuat berbanding bahagian tengah tayar. Ini adalah jawapan yang Tedi perolehi semasa kaji kenapa tayar kereta haus di bahagian tepi. Apabila sisi sebelah dalam tayar, atau sisi sebelah luar tayar haus lebih cepat berbanding bahagian lain tayar, ia bermaksud penjajaran tayar (wheel alignment) diperlukan. Terdapat camber yang berlebihan pada penyerap hentakan (suspension) bahagian depan menyebabkan tayar bergantung terlalu banyak sama ada ke bahagian dalam atau luar dan meletakkan terlalu banyak beban kepada satu sisi tayar. Kereta tersebut mungkin perlukan penjajaran tayar, tetapi kesilapan penjajaran boleh sahaja berlaku disebabkan oleh spring mendap, sendi bola yang telah hau...

[t21l21] Berapa Banyak Oatmeal Perlu Dimakan untuk Menurunkan Kolesterol?

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Master sudah mula mengunyah oatmeal kerana kebelakangan ini Master sudah banyak makan McDonalds'. Terasa banyak kolestrol menyumbat saluran darah. Mungkin itu juga punca Master semakin banyak sakit kepala dan mual-mual pada tahun ini? Tetapi Master makan oatmeal begitu sahaja barang 2 - 4 sudu sehari, namun macam tiada kesan, jadi Master meminta Tedi mengkaji berapa sudu oatmeal perlu ditelan sehari? Berikut ialah penemuan Tedi, selamat membaca.   Oatmeal ialah pilihan yang bagus sama ada anda menjadikannya ringkas atau menghiasinya dengan buah, biji dan kacang. Tetapi selain hanya sebagai semangkuk kebaikan yang layak untuk Instagram, oatmeal menawarkan faedah yang sangat mengagumkan. Oatmeal diberi istilah mil oat atau emping oat dalam Bahasa Melayu. Oat ialah sejenis tumbuhan bijirin. Makan hanya satu setengah cawan oatmeal yang dimasak sehari boleh menurunkan...

[T16F12] Syafakallah syafakillah syifaan ajilan

Imej
Pagi tadi selepas Subuh ada seorang penduduk taman kami dimasukkan ke wad kerana mengalami kesakitan di bahagian pinggang. Malangnya Master baru sahaja baca mesej Whatsapp yang jiran-jiran hantar sekitar jam 10 pagi dan petang ni Master minta Tedi carikan doa untuk orang sakit untuk dihantar kepada jiran Master itu. Ini adalah doa dalam Bahasa Arab yang Tedi jumpa: "Syafakallah/ syafakillah syifaan ajilan, syifaan la yughadiru ba'dahu saqaman" Dan maksud doa itu dalam Bahasa Melayu adalah seperti berikut: semoga Allah menyembuhkanmu secepatnya, dengan kesembuhan yang tiada sakit selepasnya.   Kalau ikut ilmu Bahasa Arab yang terhad pada diri Tedi ini, setiap kalimat itu bermaksud seperti ini. Syafakallah / syafakillah : Allah sembuhkan kamu Syifa : sihat La: tidak Ba'da: selepas, ba'dahu: selepasnya Saqaman: kesakitan? Pakcik itu mungkin ada penyakit buah pinggang tapi masih belum dipastikan lagi kerana perlukan pemeriksaan doktor. Sebenarnya ...

Bolehkah kucing minum madu?

Imej
Kelakar pula pertanyaan kawan Tedi ni, tapi Tedi pun nak tahu jawapannya. Daripada beberapa laman web yang Tedi lawati, semuanya menyatakan bahawa Kucing boleh diberi minum madu , dan kucing boleh minum madu , namun kucing tidak perlukan madu . Kucing boleh minum madu, namun sistem penghadaman dan deria rasa mereka tidak dicipta untuknya. Elakkan pemberian madu berlebihan. Selalunya madu diberi ketika mahu memberi kucing makan ubat. Sumber:  http://www.montessoricats.com/scottishfoldkittens12-23-09.html Namun jika kawan2 mahu memberi madu kepada Kucing perliharaan kawan-kawan kerana beliau menghidap masalah pernafasan atau penyakit lelah, ia takkan membantu . Kunjungi pakar veterinar kucing kawan-kawan untuk masalah itu. Laman web  http://cancatseat.net/honey  pula menyatakan bahawa kucing memang boleh diberi minum madu dan kebiasaannya kucing sukakan benda-benda manis. Namun pemberian madu kepada kucing haruslah dalam sela masa 1-2 sudu seminggu sahaja. Pemberian ma...

Naiktaraf Java 7 ke Java 8 untuk Spring 3.2.12

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   Master meminta bantuan Tedi untuk mengkaji kesediaan Spring Framework 3.2.12 dinaiktaraf daripada JAVA 7 kepada JAVA 8? Rumusan Laporan Kesediaan Spring 3.2.12 untuk menggunakan JAVA 8: Pada dasarnya versi 3.x 3. hanya menyokong sehingga Java-7 sahaja. Sekiranya kita mahu berhijrah ke Java-8 kita harus menggunakan versi Spring 4.x. Pada masa ini kita menggunakan springWebMvc : 'org.springframework: spring-webmvc:3.2.12.RELEASE'. Spring 3.2.12 masih boleh dioperasikan di atas JAVA 8 dengan binaan sasaran JAVA 7.   Pelbagai Versi Spring Framework: Spring Framework boleh didapati dalam beberapa versi seperti berikut 5.2.x adalah barisan pengeluaran terkini (biasanya tersedia pada akhir September 2019). 5.1.x ialah arus perdana semasa (sejak September 2018), disokong sehingga Q1 2020. 5.0.x memasuki fasa EOL (penghujung hayat) pada Q2 2019. Sebagai ihsan kepad...

Kembali kepada gaya lama

Imej
Sebelum 2013, Master sentiasa memandu tidak melebihi 100 kilometer sejam! Namun gaya memandunya mula berubah apabila Tedi sibuk dengan projek di sekolah. Master terpaksa memecut untuk menghantar Mommy dan Tedi. Jarak perjalanan yang agak jauh, memakan 160 kilometer sehari mendesak Master untuk memecut lebih pantas supaya dapat menjimatkan masa. Boleh sahaja memecut, tapi akibatnya, tanggung sendirilah.  Belia Muda: Rempuhan lampu merah boleh membawa maut! Namun semua itu berubah, apabila tiba-tiba sahaja, Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, pakcik Najib Razak menghebahkan keputusan pihak kerajaan Malaysia untuk mengurangkan "subsidi" petrol kepada rakyat jelata sebanyak 20 sen seliter. Pakcik Najib Razak dan konco-konconya memaklumkan penjimatan itu akan membantu kepada pembangunan negara Malaysia yang tercinta ini. Selain itu duit 20 sen itu juga khabarnya akan dapat digunakan untuk disalurkan melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia yang lebih popular seba...

Prestasi merosot...

Imej
Menurut kajian yang telah Tedi jalankan dan laporkan kepada Master sebelum ini, Proton Saga BLM 1.3M Mid-line boleh mencapai 320 kilometer dalam 3 bar pertama. Kalau kawan2 tak faham apa yang Tedi maksudkan, boleh rujuk laporan Tedi yang bertajuk " Estimate jarak (kilometer) sebuah Proton Saga BLM 1.3M Midline boleh pergi untuk 3 bar pertama " Mengikut kajian itu, kereta Mommy boleh pergi sejauh 320 kilometer dengan kelajuan 100kmj-120kmj . Namun, minggu lepas Master telah memecut dengan purata 120kmj-140kmj. Kesannya penggunaan petrol meningkat. Jika sebelum ini boleh pergi 320km, sekarang hanya 220 kilometer - 270 kilometer sahaja. Ini bermakna pengurangan jarak daripada 50 kilometer sehingga 100 kilometer . Trend  ini dijangka akan berterusan pada minggu ini memandangkan Tedi ada perbincangan berkumpulan sepanjang minggu ini. Projek HUR telah bermula, diskusi pun bermula, sibuk sepanjang minggu. Lupakanlah tentang kajian itu. Insya-Allah jika ada rezeki leb...

Syiah tu maksudnya apa?

Imej
Tedi lihat Master terkedu sebentar apabila diajukan soalan itu. Mengikut pembacaan Tedi, ada juga Syiah yang macam Mazhab Shafie di mana mereka ini ok kerana Syiah ini pada asalnya, imam yang "dilantik" itu pun tidak mengadakan mazhab Syiah. Jika benar pemahaman Tedi, ini sama sahaja seperti mereka yang Ahli Sunnah tapi melanggar syariat dan ajarannya. Sebab itu ulama berkata untuk menepis semua dakyah adalah melalui pemahaman ke atas manhaj Ahli Sunnah wal Jama'ah itu sendiri.  http://www.al-ahkam.net/home/sejauh-manakah-nahjul-balaghah-itu-benar-benar-dari-ali-ra *** Tambahan soalan itu datangnya daripada seorang budak sekolah rendah yang baru di darjah 5. "Tak tahulah pula maksudnya" - jawab Master. Apabila Tedi tanya jika Master tiada perasaan malu ketika mengaku yang dia bebenar tidak tahu jawapannya, Master jawab. "Lebih baik mengaku tidak tahu daripada memberi jawapan yang menyesatkan orang lain." Maksud menyesatkan i...

Popular