Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Nilai Medical Centre

[t22a09] Aidan dan Aina disahkan dijangkiti HFMD

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Semalam semakin banyak ketulan kecil timbul pada bahagian kaki dan tangan Aina. Kami bawa Aina dan Aidan klini Amal Medik Kota Warisan untuk diperiksa. Doktor kata Aina dan Aidan mungkin dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut. Dia keluarkan surat rujukan kepada Nilai Medical Center. Sekitar Maghrib kami bawa Aina dan Aidan terus ke Nilai Medical Center. Selepas diperiksa doktor pakar disahkan bahawa Aina dan Aidan dijangkiti HFMD. HMFD adalah singkatan kepada Hand, Feet, and Mouth Disease atau dikenali sebagai penyakit tangan, kaki dan mulut. Tiada rawatan untuk penyakit ini cuma pesakit perlu dikuarantin selama 10 hari. Ia dianggap tidak kritikal cuma mungkin akan menjadi serius jika pesakit kekurangan air selalunya akibat kehilangan selera makan dan minum kerana sakit tekak dan ulser dalam mulut.   Kronologi Aidan dan Aina dijangkiti HFMD Setelah didalami dida...

Aina jatuh tangga terbelah dagu

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Penang FC 1-1 Kedah Darul Aman FC Master baru sahaja habis menonton perlawanan Liga Super di antara Penang FC dan Kedah Darul Aman FC yang menyaksikan Sherman selamatkan Kedah Darul Aman FC  apabila menjaringkan gol penyamaan untuk menjadikan keputusan seri 1-1.   Aina jatuh tangga dan terbelah dagu Aina pula pada masa itu sudah sibuk nak naik ke bilik di tingkat atas untuk tidur. Tiba-tiba sahaja dia tersungkur di tangga dan berdarah dagunya. Kami syak Aina terpijak puzzle yang bersepah di lantai. Master baru sahaja kosongkan kawasan itu dari permainan, tengok-tengok sudah ada mainan lain pula.  Banyak darah menitis, dan Master tengok dagu Aina terbelah. Memandangkan pada zaman kecilnya Master pun pernah jatuh tangga dan terbelah dagu, maka Master ambil keputusan untuk membawa Aina ke klinik. Mesti nak kena jahit agaknya. Mummy lap darah pada dagu Aina dan ...

Mummy Kena Denggi

Karangan ini adalah berkenaan Mummy yang menghidap demam denggi ketika ini. Topik-topik yang ada dalam karangan ini adalah seperti:  Kenapa Platlet Darah Merosot Semasa Demam Denggi? ,  Bagaimana Tingkatkan Bilangan Platlet dengan Cepat? ,  Perubatan di rumah untuk tingkatkan platlet , dan  Adakah buah Kiwi menaikkan bilangan platlet? . Kronologi Serangan Demam Denggi ke atas Mummy Mummy telah disahkan menghidap denggi setelah pemeriksaan darah dilakukan di Nilai Medical Centre pada jam kira-kira 11 malam hari Ahad, 24 Ogos. Mummy ke sana setelah mengalami gejala keletihan akibat demam yang dihidapinya bermula 21 Ogos 2019 iaitu hari Rabu. Sebelum itu pada hari Jumaat, Master membawa Mummy ke Klinik Siti Kota Warisan untuk diperiksa. Doktor kata Mummy demam biasa sahaja. Pada hari Sabtu demam Mummy sekitar 37 darjah Celcius sahaja, tapi Mummy kata dia sangat penat . Master bertanya kepada jiran-jiran setaman dan mula syak bahawa Mummy kena demam Denggi atau Inf...

Popular