Kasut Asics Gel-DS Trainer kini kembali
Berita baik untuk para penggemar kasut Asics terutamanya kasut Asics Gel kerana syarikat pengeluar kasut jenama ASICS telah memutuskan untuk memperkenalkan kembali kasut Asics Gel-DS Trainer sebagai salah satu koleksi kasut Asics terbaru. Kasut larian klasik dengan teknologi moden Kasut klasik Asics Gel-DS Trainer ini mula diperkenalkan pada tahun 1995. Kasut Asics Gel-DS Trainer terkenal dengan keringanannya dan rekabentuknya yang membolehkan ia sesuai untuk semua jenis pelari. Untuk pelari tau, bukannya untuk bermain badminton, maklumlah sebelum ni Tedi banyak fokus kepada kasut badminton Asics seperti kiriman Tedi yang bertajuk Novak Djokovic pakai kasut ASICS , Panduan Pilih Kasut Badminton ASICS , dan Kasut Badminton Asics GEL-Rocket 7 . Bila baca balik semua kiriman tu rasa tak sangka pula Tedi macam taksub dengan kasut Asics ni. Bukannya apa, Tedi tengok ramai pemain amatur yang handal pakai kasut ni dan tak macam kita yang asyik-asyik Yonex atau Li-Ning. Bukannya tak su...