Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Master berbicara

Ucapan di antara Allah & Nabi Muhammad S.A.W.

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Master cerita pasal Israk Mikraj tadi, dia dapat daripada khutbah minggu lepas. Cerita Master tu boleh dibahagikan kepada beberapa tajuk:  Ucapan Nabi Muhmmad sollallahu 'alaihi wassalam kepada Allah subhanahu wa ta'ala  |   Allah subhanahu wa ta'ala menyambut dengan ucapan salam  |   Kemudian Nabi Muhammad sollallahu 'alaihi wassalam ucap salam lagi & tak lupa salam untuk hamba2 Allah yang soleh sekali  |  Komen Tedi pasal 3 ucapan tahiyyat ni:  |  Rujukan: Rupa-rupanya bacaan tahiyyat yang manusia Muslim duk baca dalam solat itu adalah ucapan2 di antara Rasulullah sollallahu 'alaihi wassalam dan Allah subhanahu wa ta'ala. 3 ucapan itu ialah: Ucapan Nabi Muhmmad sollallahu 'alaihi wassalam kepada Allah subhanahu wa ta'ala "Segala ucapan selamat yang berkat-berkat (berganda-ganda) dan doa yg baik-baik semuanya untuk Al...

[t18l14] Lebih Tegang Tak Semestinya Lebih Kuat

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Itulah kata-kata Master kepada beberapa budak-budak yang ikut bermain badminton bersamanya pada malam itu. Kanak-kanak anak-anak jiran Master sibuk berkata kepadanya nak tukar tali raket badminton mereka supaya lebih tegang. Tapi Master kata, tidak semestinya pukulan bulu tangkis akan jadi lebih kuat jika kita gunakan tali badminton yang lebih tegang. Jika kita adalah pemain badminton biasa-biasa, tali badminton yang kurang tegang adalah lebih baik kerana ia akan bertindak sebagai spring yang melantunkan semula bulu tangkis, sekaligus membantu menjadikan pukulan kita lebih kuat atau laju semasa bermain badminton. Tetapi jika kita adalah pemain badminton yang hebat, dan mempunyai kekuatan pergelangan tangan yang hebat juga, maka kita boleh gunakan penyesuaian tali raket badminton yang lebih tegang. Apabila ditanya apakah logiknya tali tegang tak hasilkan pukulan lebih laju? Master ...

[t13e05] Beza Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat... master berbicara.

Tedi bagi laluan la untuk Master berceloteh pagi ni, sempena pilihanraya umum yang ke-13 pada tahun 2013. Master kata (tiru style Tun Dr. Mahathir) : Barisan Nasional adalah parti pelbagai kaum melalui gabungan parti2 berasaskan kaum masing2. Pakatan Rakyat pula merupakan gabungan parti pelbagai ideologi di mana setiap parti komponen tidak berasaskan kaum tetapi berdiri atas ideologi masing2. Contohnya PAS di atas prinsip Islam, PKR mungkin atas prinsip sosial, manakala DAP mungkin atas dasar demokratik. Ironinya, Barisan Nasional sering mencanang Pakatan Rakyat mementingkan dasar perkauman. Bagi Master, tuduhan itu tidak benar sama sekali kerana setiap komponen Pakatan Rakyat boleh dianggotai mana2 kaum asalkan mereka patuh kepada ideologi parti tersebut. Mempunyai 1 parti yang dianggotai oleh banyak parti komponen yang berasaskan kaum mungkin multi-racial, namun tidak menjadikan Barisan Nasional lebih anti-perkauman berbanding Pakatan Rakyat. Ini cuma pendapat ilmiah. t...

Biar rumah sempit, tapi ...

Imej
Rumah? Tedi nak beli rumah ka? Takde la. Buat apa Tedi ada rumah, bukan Tedi duk rumah pun sebab kebanyakan masa Tedi kan habis di sekolah? "Biar rumah sepit, jangan pemikiran sempit!" Ini pesan arwah tok mommy kepada Master. Dia nasihatkan Master kita mesti berlapang dada terima tetamu walau sesusah mana kita. Tetamu perlu dilayan sebaik mungkin supaya mereka senang hati apabila berada di rumah kita. Jarang benar kami melawat arwah dan keluarganya yang terletak di Taman Ehsan di Kepong. Tips rekabentuk rumah sempit agar nampak lebih luas Hasilnya tetamu akan suka hadir ke rumah kita walau sekecil mana pun rumah kita. Bila tetamu datang tu jangan la kita duk bermasam-muka. Hal ini sering jadi pada kaum wanita contohnya di antara ibu mertua dengan menantu. Hindari sikap itu. Lupakan permusuhan. Kalau ada apa yang tak suka, jangan disimpan dalam hati. Banyaknya pesanan arwah tok Mommy kepada Master, membuatkan Master berhasrat berjumpa beliau lagi. Di antara...

Membujur lalu, melintang patah!

Imej
Hari ini berdiskusi bersama Master untuk 1 peribahasa yang Tedi rasa sangat susah nak tafsir. Peribahasa itu ialah: " Membujur lalu, melintang patah! " Tedi sengaja letak tanda seruan pada hujung peribahasa di atas supaya orang tahu yang nak sebut peribahasa ni kena guna nada keras/melawan . Makna: " Tiada apa yang dapat menghalang. " Ungkapan setara masa ini: " Lawan tetap lawan! " ??? Tak sesuai kot? hehehe. Adakah ini salah satu situasi sesuai dengan peribahasa "Membujur lalu, melintang patah"? Anwar Ibrahim Club Negeri Johor Sangkaan Tedi: Tedi sangkakan maksud peribahasa ini ialah " Kita kena menurut keadaan, kalau tidak kita mendapat susah. " Tedi bersangka begitu dengan anggapan "Membujur lalu" bermakna: kita tak mendatangkan ancaman kepada orang lain, kita diberi laluan/kebebasan . Manakala "melintang patah" Tedi sangkakan: jika kita melawan, kita akan terima hukuman . Rupa2nya sangkaan...

Usah dikunci stereng kereta itu

Imej
Mommy pernah berbicara bahawa pada suatu hari ada seorang ustaz datang ke pejabat beliau dan memberi ceramah. Salah satu ayat yang diungkapkan oleh si ustaz itu adalah, "cintanya, sayangnya manusia pada kereta sehingga ke kedai pun kunci stereng, padahal kereta biasa-biasa pun". Master yang memandu kereta biasa-biasa saja berasa agak sentap. Sentap bukan kerana kata ustaz tu kena batang hidungnya iaitu stereng kereta dikunci Master walau di mana pun, sekalipun di surau atau masjid, kerana cintakan kereta itu. Tapi Master sentap kerana kata ustaz tu agak kurang tepat. Master kunci stereng kereta itu hanya sebagai usaha tambahan untuk menjaga harta yang diamanahkan kepadanya, sebelum beliau bertawakal kepada Allah. Bukankah kunci kepada tawakkal adalah usaha? Bukankah masyhur kisah bagaimana Rasulullah SAW menyuruh seorang sahabat menambat haiwan kenderaan beliau ketika sahabat itu ke masjid? Master mengunci stereng kereta itu kerana cuba mengamalkan apa yang Rasululla...

Popular