Iron Baju Susah Nak Iron
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Baru sahaja balik dari berlari di Dataran Nilai. Menghadap komputer riba ( laptop ) berjenama DELL sebentar untuk mengemaskini interpretZZ yang telah lama dibiarkan bersawang. Apabila disemak secara rawak pada kiriman ke 5 di halaman ke 12, Tedi terserempak dengan draft yang kandungi sekeping foto seperti di bawah ini. Ini adalah foto sehelai baju yang diperbuat daripada kain kapas yang amat sukar untuk digosok. Kain seperti ini selalunya memerlukan bantuan seterika berwap air ( steam iron ) untuk digosok. Malangnya ketika itu kami berada di rumah Mak Long di Sungai Besar di mana seterikanya telah lama tidak gunakan wap air kerana Mak Long lebih suka gunakan penyembur. Ketika inilah bala mula menimpa kerana beberapa faktor iaitu (a) jenis kain yang sukar digosok (b) seterika yang Tedi tiada pengalaman menggunakannya (c) sterika yang telah lama tidak dicuci. Mungkin kawan-kawan ha...