Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kuala Lumpur City FC (KL City)

Kedah 3 - 2 KL City

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ . Perlawanan yang sungguh epik! Sebaik sahaja sampai ke rumah selepas  makan colek di Kedai Makan Nasi Kerabu Aini , Master gelisah melihatkan Kedah Darul Aman FC ketinggalan 0-1 (minit 50). Kemudian Kedah berjaya samakan kedudukan 1-1 (minit 71) menerusi permainan cantik Kipre dan Fayadh, sebelum KL City kembali mendahului 1-2 menerusi sepakan sudut (minit 79). Lama juga Kedah mengekori dan Mummy pula mula mengejek Kedah kalah. Tetapi usaha pasukan Kedah yang tidak jemu menyerang akhirnya membuahkan hasil apabila mereka samakan kedudukan 2-2 (minit 93), dan kemudian jaringkan gol kemenangan 1 minit sebelum tamat permainan (minit 96). Senarai penjaring gol dan kedudukan Kedah dalam Liga Super Malaysia selepas habis perlawanan pada 20210424.   Aidil Kagum Kebangkitan Pemain Bukan ketua jurulatih Kedah sahaja kagum malahan mana-mana peminat bola sepak patut kagum dengan sem...

Popular