Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel travelog Johor T16A dan Melaka T16B

Melaka Duck Tours di Melaka di Malaysia

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Pengalaman Menaiki Melaka Duck Tours & Menghayati Keindahan Masjid Selat Isi Kandungan: • Masjid Selat di Melaka • Kenderaan Amfibia: Melaka Duck Tours • Pemandangan Bandar Melaka dari Selat Melaka Masjid Selat di Melaka Masjid Selat adalah sebuah masjid yang agak baru pada masa gambar ini diambil. Ia dibina di kawasan yang ditambak di pinggir Selat Melaka dengan konsep masjid terapung yang sangat unik. Masjid Selat Melaka dari kenderaan amfibia Melaka Duck Tours yang kami naiki. # 20160201 # Monday, 1 February 2016, 12:22 | Sony D2533 | Peta: Google Maps ↑ Kembali ke Kandungan Kenderaan Amfibia Bot Itik Melaka Duck Tours Tedi pun tak tahulah sama ada ini sebuah bot atau bas, dah macam kenderaan pengangkut askar pun ada. Tedi pandai-pandai je sebut ini kenderaan amfibia sebab ia boleh bergerak di darat dan di laut. Barisan tempat duduk dalam kenderaan amfibia Bot Itik berwarna kuning. # 20160201 # Monday, 1 Fe...

T16B01 Hasil Beli-belah di Johor Premium Outlets

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Assalamu'alaikum semua. Baiklah, kiriman ini sepatutnya pendek sahaja kerana ia untuk menjawab soalan Mummy. Bila beli purse berwarna krim berjenama Fossil? atau soalan Di manakah beli beg duit krim berjenama Fossil? Melalui carian di Google Photos dapat diketahui bahawa beg duit tersebut mungkin dibeli pada 20160131 di Johor Premium Outlets (JPO) ketika kami bercuti di negeri Johor Darul Takzim yang terletak di selatan negara Malaysia. Gambar ini diambil ketika kami bermalam di ZZZ Hotel, Plaza Mahkota, Melaka . Gambar barangan berjenama Fossil yang Mummy beli di Johor Premium Outlets pada 20160131 yang terdiri daripada jam tangan, beg tangan dan dompet. # Monday, 1 February 2016, 02:39 # 20160201 # DSC_2172 # Gambar diambil di OYO 44032 ZZZ Hotel Melaka # ~20160201~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

ZZZ Hotel, Plaza Mahkota, Melaka

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Sampai di Melaka hampir jam 2 pagi Episod terjah Melaka pada jam 2 pagi dari Johor Premium Outlets . Sampai sahaja di sana kami melilau cari hotel. Nasib baik ada beberapa hotel bajet di sekitar bandar Melaka. Hotel yang nampak menarik pada kami pada masa itu adalah ZZZ Hotel . Alamatnya adalah No 21, Jalan Plaza Mahkota 5, Plaza Mahkota, Bandar Melaka , Malaysia . Ia adalah hotel dengan kategori hotel bilik, menawarkan harga murah untuk disewa. Ia menyediakan sarapan pagi berupa hidangan ringan seperti roti bakar dan kuih-muih. Ia mempunyai wifi, air-cond, dan juga TV. Sarapan ringkas yang disediakan ZZZ Hotel. Okaylah untuk alas perut dengan harga hotel bajet. # Monday, 1 February 2016, 11:24 # 20160201 # DSC_2211.JPG # Sony D2533 # Plaza Mahkota, 75000 Malacca # https://goo.gl/maps/7B9Q2MyVNq8pvYWA8 # ZZZ Hotel turut menyediakan wifi percuma kepada para pelanggannya. ZZZ Hotel adalah sebahagian daripada NIDA Rooms yang sediakan apl...

Popular