Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Diari sekolah Tedi

Semua Itu Silap Sistemmu

Imej
Sistem adalah satu alat untuk membantu manusia memudahkan kerja mereka. Malangnya manusia selalu anggap sistem adalah untuk selesaikan pekerjaan mereka. Apabila kerja mereka selesai dengan jayanya dengan bantuan alat tersebut mereka okay sahaja. Tapi apabila mereka hadapi masalah dengan kerja mereka, sistem disalahkan atau menjadi "kambing hitam". Tedi tak boleh hadap mereka yang negatif sebegini. Jika mereka tak mampu nak gunakan sistem itu dengan betul, usah gunakan. Jika mereka rasa alat itu tidak membantu, usah gunakan. Ini tidak, nak salahkan sistem, mentang-mentanglah sistem itu Tedi yang perkenalkan. Pisau.. pisau adalah alat untuk memotong. Ia boleh digunakan untuk menyiang ikan, tapi jika manusia tidak pandai siang ikan, adakah salah pisau? Ia boleh digunakan untuk mencederakan orang, dan jika ia digunakan untuk cederakan orang, adakah pisau yang salah? Padahal ia diciptakan untuk memudahkan kerja manusia. Atau mungkin sahaja manusia mahukan pisau yang bol...

[t16a29] Pertemuan dan Perpisahan

Imej
Lagu Pertemuan dan Perpisahan ni memang malar hijau. Ia tidak menghairankan kerana pertemuan dan perpisahan adalah norma kehidupan. Lagu ini terdapat dalam beberapa versi, tetapi kesemuanya menceritakan hal yang sama: Ucapan selamat tinggal Janji takkan lupakan hubungan persahabatan yang terjalin sekian lama dan memori yang dikongsi. saling mendoakan kesejahteran masinng-masing. Harapan untuk bertemu semula. Pada pendapat Tedi, kekuatan lagu ini terdapat pada liriknya yang ringkas dan iramanya yang berhantu. Lirik lagu Pertemuan dan Perpisahan versi lama Telah lama Tedi mencari lirik lagu ni akhirnya ketemu juga... Pertemuan dan perpisahan adat manusia biasa Hilang di mata tapi di hati tidak lupa Berdoalah kita agar aman dan sentosa Semoga dapat kita berjumpa di lain masa Jika salah dan silap harap dimaafkan Moga berkat aman dapat diabadikan Segala kenangan tidak akan dilupakan Tersimpul erat dalam ingatan berkekalan Pertemuan dan perpisahan adat manusia biasa...

[t16g15] Poster Pemilihan Pasukan Badminton Sekolah

Imej
Semalam, atau lebih tepat untuk disebut pada waktu petang semalam, lebih kurang satu jam sebelum tamat masa persekolahan, tiba-tiba sahaja presiden kelab raket minta Tedi sediakan poster untuk sesi pemilihan pemain badminton sekolah. Sesi itu akan diadakan pada malam ini di dewan badminton The Challenger di Petaling Jaya. Kelam-kabut Tedi dibuatnya, terpaksa mencari background sesuai melalui Google sebelum ditambah beberapa patah perkataan. Nasib baiklah siap walaupun menerima beberapa komen. Tak kisahlah nak komen pun, Tedi tak kisah. 20160715

[t15b12] Merah kepada hijau? atau hitam?

Imej
Hari ini Tedi tidak hadir separuh hari ke sekolah sebab lewat Setelah beberapa bulan menerima surat tunjuk sebab kerana lewat ke sekolah, maka Tedi telah diberi beberapa buah fikiran. Di antaranya ialah jangan hadir lewat ke sekolah. Apa punya cadangan lah tu kan? Walaupun benar tapi dah lewat, terlewat, bukannya melewat-lewatkan. Tapi apabila difikirkan semula, benarlah cadangan itu. Maka Tedi mengubah strategi. Apabila lewat, Tedi terus takkan pergi sekolah... hahahahaha... Jadinya nanti tiadalah rekod Tedi lewat ke sekolah kan? Ermmmmmm... Kepada kawan-kawan di luar sana, janganlah diikut perangai Tedi ni. 20150212

KeMaS CTU membakar diriku

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Sebelum tidur rasa nak conteng sikit dalam interpretZZ ni.. hehe.. Pagi tadi duk godek-godek PosBO untuk keluarkan data pengguna yang berada di luar sana. Alhamdulillah sukses. Kemudian sibuk kacau Mr R untuk dapatkan status KeMaS CTU, minta database daripada beliau, kesian beliau asyik terganggu dek pertanyaan demi pertanyaan, sedangkan beliau masih bergelut nak siapkan KeMaS RFID. KeMaS CTU tu pun sebenarnya setelah Tedi periksa statusnya masih ada yang belum siap iaitu bahagian laporan. Tedi tanya dia sama ada dia dah bersedia biarkan Tedi ambil alih sistemnya itu, dan dia kata dia gembira berbuat demikian. Kalau Tedi lah kan, macam payah je Tedi nak bagi orang sambung bangunkan sistem yang Tedi mulakan. Sebab tu lah Tedi susah nak tukar sekolah... huhu. Transisi ini macam bertukar sekolah juga kepada diri Tedi kerana ia bagi Tedi peluang untuk mengekod semula. Tedi buka...

Kekecamukan dalam perperangan, tetapkan tujuan!

Imej
Adus, sudah 3 hari terdampar longlai di medan peperangan... Otakku amat kecamuk, tidak dapat ku ceritakan... Adakah aku terlalu memikirkan akan teori dan ideologi dalam pembangunan sistem ini? Kenapa tidak hanya, buat saja, asalkan jalan saja? Nanti jika projek ini tertunda, akan telinga ini mendengar, "jangan fikir sangat, jangan sibuk dan RnD, kena develop terus..." , Tapi pada masa lain, mulut yang sama akan berkata, "kita kena design bebetul, kena pecah2kan antara kod, kena guna object oriented..." Pada satu masa, aku berfikir, "kod sahajalah, apa yang pengguna dan cikgu mahukan adalah sistem siap walau dengan apa cara sekalipun" Satu masa yag lain, terfikir, "erm, cara ini salah, kerana tidak mengikut teori" Satu masa yang lain, "tak perlu design complicated sangat, yang penting mudah untuk difahami kawan-kawan..." Perperangan itu akan terus berlangsung sehingga masanya tamat... Dan Tedi perlu pantas memutus...

Bermain dengan Ionic.Zip dan EPPlus

Imej
Yeay... Hari ini Tedi ada satu misi. Misi untuk menggelitar satu folder yang mengandungi beberapa fail yang dipadatkan (zip). Kemudian kandungannya perlu diekstrak. Dan hasil ekstrak itu perlu dikeluarkan dalam satu fail Excel. Alhamdulillah misi Tedi berjaya! Pertama Tedi gunakan pustaka ionic.zip untuk bermain dengan fail yang dipadatkan. Kemudian Tedi gunakan pustaka EPPlus. Esok kena kemaskini fail Excel yang dihasilkan, kena teliti semula regex pattern yang digunakan kerana ada kandungan fail yang tidak diingini telah termasuk ke dalam fail Excel itu. 20150128

Latihan Badminton Siri Ke-2 di The Challenger

Imej
Latihan Badminton Bersama Nik Faiz Alhamdulillah, buat pertama kali Tedi sempat sertai latihan badminton anjuran TnG Racquet Club . Latihan diadakan di The Challenger Petaling Jaya. Jurulatihnya, Nik Ahmad Faiz Nik Abdullah adalah bekas pemain Malaysia yang kini mempunyai kedai sukan sendiri yang diberi nama Nikman Sports. Hari ini latihannya ada 2, yang pertama adalah bagaimana ambil bola belakang dan melangkah ke depan , dan yang kedua bagaimana cara sambut bola hadapan . Latihannya walaupun nampak ringkas tapi memang memenatkan macam baru lepas lari 100 meter. 20160416

Baki Kuota Semasa Reset SAM

Imej
Alhamdulillah, hari ini berjaya siapkan laporan pertama menggunakan itext dan juga web services. Web services yang digunakan adalah framework WCF, Windows Communication Framework. Juga buat pertama kalinya Tedi gunakan stored procedure untuk dapatkan data daripada pangkalan data. Best juga guna stored procedure dengan Windows Communication Framework tu sebabnya dia terus jana complex type , jadi Tedi tidak perlu membina model untuknya secara manual. Tapi masalahnya pula untuk kontrak data, kena juga buat manual. Tadi ada jumpa juga manusia yang buat data contract tu secara automatik dengan menukar beberapa konfigurasi, tapi ada pendapat yang kata lebih bagus untuk pisahkan entity dengan data contract kerana mereka adalah dua perkara yang berbeza. Jadi laporan permo "Baki Kuota semasa reset SAM" sudah beres, sebenarnya belum selesai pun sebab masih ada beberapa field yang gunakan value hexadecimal yang sepatutnya ditukar dahulu kepada ASCII. alamak, Tedi dah men...

Menari... meminta... yong tau foo

Imej
Hari ini satu kelas sibuk menari. Sebabnya hari Sabtu nanti sekolah kami ada persembahan sempena Hari Sekolah. Kelas Tedi buat lakonan drama hantu dan ada sedikit tarian. Letih jugalah nak menari, kelam-kabut kami semuanya. Pada esok hari, kami nak kena buat raptai persembahan di hadapan ahli jawatankuasa Hari Sekolah, di mana semua kelas terlibat. Hari ini Tedi keletihan   Kelam-kabut selain menghadiri latihan tarian, Tedi kena juga siapkan kerja sekolah. Tadi ada isu baru pula apabila Kelas 7 memaklumkan bahawa kami tak boleh gunakan FTP, kena tukar kepada sFTP. Lebih malang lagi apabila pustaka yang Tedi gunakan selama ini tampak tidak menyokong sFTP. Puas Tedi cari pustaka baru namun semuanya kena beli. Jadi Tedi menguar-uarkan kepada satu kelas meminta bantuan mereka jika mereka ada pustaka yang sesuai dengan kerja sekolah Tedi itu. Esok Tedi akan berdiskusi dengan mereka dan semoga kerja Tedi siap esok. Bang, dua ringgit bang...     Jam 2 ...

Ujian Asap pada hujung minggu

Imej
Tiba-tiba petang semalam mendapat informasi mengenai satu ujian yang akan diadakan. Ujian yang dinamakan Ujian Asap kepada Ujian Penerimaan Pengguna untuk subjek CBO itu akan diadakan pada hari ini. Tedi dan kawan-kawan terpaksa turun padang pada hari ini untuk membantu perlaksanaan ujian tersebut. Maka terpaksalah Master menghantar Tedi ke Kerinchi pada hari ini, sekaligus melupakan hasrat beliau untuk ke Pusat Selenggara PROTON yang berdekatan. Cadangnya Master nak tukar cakera klac kerana proses penukaran gear agak tidak lancar dan prestasi pecutan kereta Proton SAGA BLM IAFM 1.3MT milik Mommy semakin berkurangan. Berkenaan ujian yang dinamakan Ujian Asap itu, Tedi sendiri pun tidak pasti apa tujuannya dan Tedi pun tidak pernah mendengarnya. Adakah ia memang nama ujian itu? atau ia satu istilah? Yang pasti ramai yang berasap kerana kena datang ke sekolah pada hujung minggu. Kawan Tedi kata Ujian Asap itu adalah sejenis Ujian Tekanan . Tapi Tedi rasa mungkin ia adala...

Bagaimana membalas surat tunjuk sebab lewat hadir ke sekolah?

Imej
Surat balasan kepada surat tunjuk sebab dek kelewatan hadir ke sekolah perlu dijawab dengan ringkas dan tepat. Penggunaan tatabahasa yang betul adalah sangat perlu. Penjelasan atas kelewatan perlu diberikan dengan jelas. Elakkan nada memberi alasan. Hilang semangat kesekolahan apabila diberi surat tunjuk sebab. Contoh surat tunjuk sebab yang Tedi gunakan: Rujukan Tedi: Tedi/Comel/Tunjuk-Sebab/2014/0001 TEDI Kelas 1 Comel 25 November 2014 GURU BESAR Sekolah Tedi belajar sekarang Cikgu, SURAT PENJELASAN LEWAT HADIR BELAJAR Pertama, Tedi ingin meminta maaf di atas kelewatan Tedi ke sekolah. Tedi sedar sikap itu amat tidak professional bagi beruang yang comel seperti Tedi. Kedua, sekadar untuk makluman Tedi tinggal jauh dari sekolah dengan jarak 50 kilometer, hadir ke sekolah menaiki kereta, dan faktor trafik amat memberi kesan. Di samping itu Tedi perlu menghantar Mommy ke pejabat beliau terlebih dahulu. Ketiga, tapi Tedi ama...

Pelancaran selesai, cabaran baru bermula.

Imej
Tadi selesai satu majlis pelancaran salah sebuah projek sekolah Tedi. Kelam-kabut juga Tedi sepanjang hari menyiapkan apa yang patut. Lagi kelam-kabut apabila apa yang selama ini diuji dengan baik, tiba-tiba sahaja tidak berjalan! Nasib baiklah dapat sedikit ilham. Nasib baiklah ada rakan sekerja yang boleh membantu menyelesaikan sedikit cabaran yang dihadapi. Hari ini balik lewat, esok ada kerja sekolah yang lain menanti... Tedi kepenatan... 11 November 2014

Teruskan Hidup... RaFID, CaTU, dan POSCon

Imej
Hari semalam adalah hari yang agak menekan jiwa kerana permainan tuduh dan menyalahkan orang lain telah bermula. Ini adalah hal biasa apabila ada insan yang mahu melindungi diri mereka dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan mereka tidak terjejas. Mereka rela memusnahkan masa depan, periuk nasi dan juga maruah pihak lain demi menjaga kepentingan diri. Nasib baiklah GM memberi motivasi kepada kami semua dengan ungkapan, "kita tidak mahu melindungi diri kita, kita tidak mahu menyalahkan pihak lain, kita cuma teruskan dan memberikan penyelesaian" . Tedi bertungkus-lumus menyiapkan kod untuk RaFID semalam dan alhamdulillah berjaya menyudahkannya. Tapi pada masa yang sama muncul pula persoalan tentang CaTU, bila masanya projek itu akan mula diuji? Dan pada waktu petangnya muncul pula persoalan tentang penggunaan bandwith oleh POSCon daripada satu client di luar. Ironinya bandwidth itu menghala ke satu server yang telah lama ditinggalkan. Persoalan demi persoalan, dan Tedi...

Ideologi - bukan mudah untuk dicanai

Imej
Sepanjang usia Tedi bergelumang dalam kelas pengkodan, Tedi banyak berorientasikan kepada Model Berasaskan Objek (MBO). Jadi perkara pertama yang terlintas dalam benak fikiran Tedi apabila diminta mereka satu projek berasaskan web dan menggunakan bingkai kerja .Net , adalah ASP.Net MVC . Namun apabila memikirkan pengalaman Tedi yang mengalami kesukaran untuk membimbing kekawan menggunakan MVC ketika menggunakan bingkai kerja Java dulu, Tedi tak jadi menggunakannya. Jika kekawan yang sudah biasa dengan MBO pun sesak nafas menguasai MVC, apatah lagi dengan mereka yang sudah terbiasa dengan pengkodan berstruktur dan Pembangunan Aplikasi Deras (PAD) yang mengutamakan kepada kod di belakang elemen. Jadi Tedi bertukar arah memilih ASP.Net Webform 4.0 . Namun kini Tedi pula yang kesesakan, kerana masih terikut dengan kaedah MVC, hasilnya bingkai kerja yang Tedi hasilkan untuk projek kali ini agak bercelaru, seperti diri Tedi sendiri. Mungkin kekawan mahu tahu apa itu MVC? MVC a...

FTPS.. oh FTPS...

Imej
Tedi perlu tahu apakah itu FTPS untuk digunakan dalam projek sekolah Tedi. Pagi ini Tedi nak menelaah sedikit kerja sekolah untuk esok hari. Semua ini berkaitan dengan masalah satu sistem di sekolah Tedi yang seringkali tersangkut semasa pemindahan fail dalam rangkaian tertentu. Buat masa ini kami gunakan HTTPS yang mungkin menyumbang kepada keperlahanan itu. Oleh sebab itu Tedi perlu mencuba teknik baru untuk pemindahan fail tapi perlu kekalkan penggunaan port sedia ada iaitu 22 dan 443. Contoh sambungan FTPS gunakan WIN-SCP Apakah itu FTPS? satu jenis peningkatan kepada FTP (File Transfer Protocol / Protokol Perpindahan Fail) yang melibatkan penambahan kebolehan Transport Layer Security (TLS) dan protokol kriptografi Secure Socket Layers (SSL). Turut dikenali sebagai FTP-ES, FTP-SSL dan FTP Secure. Kesesuaian dengan IIS IIS 6 tidak sokong FTPS. IIS 7.0 sokong FTPS melalui FTP 7 tapi kena install berasingan. ...

Pesan Cikgu

Imej
Tedi masih bertungkus-lumus untuk menyiapkan kerja sekolah yang diberikan... Entah apa masalah sehinggakan isu capaian menggunakan HTTPS masih belum ada penyelesaian. Tedi diberi masa sehingga minggu ini untuk menyelesaikannya. Sedangkan minggu ini Tedi dan keluarga akan sertai Hari Keluarga di Pulau Pangkor. Ini bermakna Tedi kena siapkan ia pada hari ini juga... Ini masanya Tedi mengenang kembali semua pesanan cikgu-cikgi Tedi... Kalau dapat sahaja kertas soalan, harus bawa bertenang. Abaikan soalan yang susah, cari yang boleh dijawab (dahulu) di halaman seterusnya. Ingat kembali formula-formula penting (atau kata kunci). Abaikan soalan yang susah, cari yang boleh dijawab (dahulu) di halaman seterusnya. Jika tiada soalan yang boleh diselesaikan, kembali ke halaman pertama (pangkal jalan). Kalau tak boleh juga, lantak Tedi lah, sebab cikgu dah pesan!

Cakap Perlahan-lahan

Imej
"Tedi, mari ke sini." "Panggil sekali Encik AD" , tambah Cik D Panggilan Cik D itu agak memeranjatkan kerana memang jarang ketua kelas Tedi tu memanggil Tedi untuk sebarang perbincangan. Jika dipanggil ketua kelas, itu bermakna ada sesuatu yang tidak kena. Jika ada sebarang isu, kita boleh saja bercakap perlahan-lahan (slow talk). Lebih bagus jika disertai beberapa cawan coklat panas. Betul tak kawan-kawan? Kredit: https://www.vitamindcouncil.org/health-conditions/pneumonia/ "Saya ada hal nak bincangkan mengenai kehadiran kamu. Oleh kerana Encik AD adalah mentor kamu, maka dia saya jemput untuk turut serta dalam perbincangan ini." Tedi tersenyum. Tak sangka sama sekali ketua kelas Tedi itu akan terjebak dalam permasalahan ini. "Puan R maklumkan saya bahawa untuk bulan lepas kamu telah lewat hadir ke sekolah melebihi 3 kali. Oleh itu dia mahu saya cakap perlahan-lahan dengan kamu, untuk mengetahui mengapa kamu selalu lewat? Adakah ...

Popular