Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel makan-makan

Tedi singgah di Azman Tomyam | 20130603

Makan-Makan Pengalaman Makan Di Azman Tomyam Dan Dengkil Food Paradise بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم. اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Azman Tomyam Terletak Di Awal Susur Masuk Ke Dengkil Daripada Cyberjaya Through Jalan Pintasan Dengkil Tiba-tiba sahaja Master melencong masuk ke susur masuk Dengkil . Rupa-rupanya ada kedai makan di tepi tu dengan lampu berwarna-warni. Di situ terdapat kedai Azman Tomyam , kedai Dengkil Food Paradise , kedai cuci kereta dan juga bengkel kereta. Kedai cuci kereta tu buka lagi pada waktu itu, jadi bolehlah jika kawan-kawan nak basuh kereta pada waktu malam di situ. Sebenarnya Master berkenan untuk singgah di Dengkil Food Paradise tu tapi suasana di kedai makan tu gelap sahaja, tak bukak la tu. Jadi terpaksalah makan di Azman Tomyam , takkan nak naik kereta cari tempat makan lain pula kan? Master kata Nasi Goreng Seafood dia lebih baik daripada "ok la" tapi tidaklah "sedap sangat", c...

[t14h30] Makan malam di MR KB, Cyberjaya

Imej
Letihnya badan Tedi, bangun awal pagi pun masih keletihan? Tapi Tedi tetap mengambil peluang ini untuk mencoret sesuatu kerana pengalaman semalam rugi jika dibiarkan begitu sahaja. Kisah bermula apabila kami kelaparan dan mengisi minyak di Cyberjaya . Selalunya di Cyberjaya kami akan singgah makan di Restoran Saba atau Sanaa  (yang Master dah senaraihitam sebab khidmat dan hidangan tak memuaskan padahal masuk rancangan Jalan-jalan Cari Makan). Adalah sekali kami singgah ke Restoran Sedap Senghoti . Tapi malam itu, Master nak mencuba kedai lain pula, maka kami berlegar di kawasan The Domain . Persekitaran di sana agak meriah mungkin kerana ramainya warga Timur Tengah yang belajar di Malaysia, menetap di sana. Di kawasan yang ceria itu, ada satu kedai yang amat menarik perhatian dek rupanya iaitu Mr. Kabab & Biryani . Selebihnya, biarlah gambar yang berbicara. Mr. Kabab & Biryani menyediakan makanan tradisi Arab dan Pakistan.   Restoran ni ...

[t13f05] Bekal Mommy best!

Imej
Pagi tadi sebelum pergi kerja Master panaskan bekal Mommy. Pastu Master pecut laju pergi kerja sebab dah lewat. Sejam lak tu lewatnya! Selalunya 1 jam 30 minit je lewat. Bayangkan Master pecut mencecah 140kmj, yang pernah dibuat hanya sekali iaitu semasa berkejar ke Langkawi. Kereta2 besar tiba2 rajin pula beri laluan hari ni, semua ketepi, Tedi pun rasa bangga sikit la. Sampai di opis beliau, seperti biasa Master report kepada Mommy yang dia dah sampai opis . Contoh bekal yang boleh dibawa ke pejabat. http://emak2blogger.web.id/2012/09/29/nge-bento-yuuukkk/ Pastu Mommy balas dengan SMS yang berbunyi, "Budak2 ni kata best bekal memey, hi3x." Huk aloh Mommy ni, mestilah best, tengoklah siapa yang panaskan bekal tu pagi tadi... 20130605

Mommy ajak makan Japanese Soba

Imej
Tiba-tiba saja Mommy inform Master mengenai keinginan beliau untuk memakan Japanese Soba. Mengikut info yang diberi oleh Mommy, Japanese Soba itu boleh diperolehi di mana-mana Secret Recipe. "Tedi, sila kumpulkan maklumat berkenaan Secret Recipe yang berhampiran dengan laluan kita nanti." , arah Master kepada Tedi. Tedi pun segera mengerah bala tentera Tedi untuk mendapatkan maklumat berkenaan sasaran kami. Nampaknya di Cyberjaya ada 2 outlet Secret Recipe iaitu di CBD Perdana dan Shaftburry Mall . Balik nanti bolehlah singgah sana. Inilah agaknya rupa Japanese Soba yang diidamkan Mommy? Azlan Nohara: One Alhamdulillah of a day. Kawan Mommy kata makanan di Azman Tomyam sungguh menyelerakan. Mungkin ada yang pernah membaca kiriman Tedi mengenai Azman Tomyam yang agak negatif. Namun Tedi dah kata, cuba dulu baru leh nilai. Baru-baru ni kawan Mommy pergi ke sana dan order Siakap Stim, Siakap 3 Rasa & juga Tomyam. Ternyata mereka makan dengan penuh ...

Makan malam di Warong Sanget

Imej
Bosan asyik singgah di restoran yang sama untuk makan malam, kami mencuba makan di Warong Sanget pula. Warong Sanget adalah sebuah kedai makan kecil yang terletak di tepi Jalan Dengkil - Bangi . Makanan yang dijual adalah masakan panas tipikal kedai Melayu yang biasa. Namun masakannya ternyata agak bagus berbanding beberapa kedai makan yang selalu kami singgah. Masakannya seolah ringan daripada segi rasa dan ada hiasan pula. Selain itu ada Kerang Bakar yang rasanya agak segar berbanding kedai lain, tapi kawan-kawan kena cuba sendiri lah, mungkin Tedi je berpendapat sedimikian. Dari segi kebersihan dan hiasan, okay, tidak memualkan dan ada beberapa dekorasi menggunakan papan Carrom dan gitar (yang boleh dimainkan jika anda mahu). Dari segi tandas, Tedi tak pernah masuk. Dari segi menu, tiada pula Tedi nampak disediakan. Secara keseluruhannya, untuk sebuah warung, ia memang terbaik! Jadi Tedi uar-uarkan di sini semoga perniagaan mereka mendapat perhatian dan semoga mereka ...

Besarnya Mydin Mall Seremban 2

Imej
Semalam saja je pergi merayap ke MYDIN Mall di Seremban 2. MYDIN Mall Seremban 2 yang baru dibuka pada 13 Disember 2013 lalu. Saiznya mungkin 2 kali ganda MYDIN Mall USJ dengan bangunan 4 tingkat. Terletak di Jalan S2 B7 dengan ruangan meletak kereta yang banyak dan percuma. Lebih kurang 30 minit dari Sepang dengan menaiki kereta. Mungkin ramai yang dah tahu, kami kalau shopping  selalunya ke MYDIN Mall USJ . Jiran-jiran dan rakan-rakan pun terkejut kerana kami shopping jauh-jauh ke USJ. Jadi bila MYDIN Mall dah dibuka di Seremban 2 ni, kami pun tak mahulah melepaskan peluang cuba shopping  di sana. Semalam kami cuba 2 jalan, semasa pergi kami gunakan jalan B38 Labu . Jalan negeri 2 lorong yang agak menyeksakan jika ada lori. Semasa pulang pula kami lalu Lebuhraya Utara Selatan sebelum keluar di Nilai . Perjalanan mengambil masa 30 minit lebih kurang. Apabila bangunan MYDIN Mall Seremban 2 ni kelihatan dari jauh, kami dah tahu ia bangunan yang b...

Pesta Durian @ Muzium Telekom

Imej
Pagi ini Tedi bangun dengan kepala pusing. Mungkin ini natijah Tedi makan durian banyak-banyak semalam. Durian yang Tedi makan itu adalah di sebuah event  yang dianjurkan Muzium Telekom bertajuk Durian Party 2013 . Dengan bayaran RM 15 (lima belas ringgit sahaja), kami makan macam-macam durian. Jenisnya adalah durian kampung. 3 biji durian pertama yang kami ambil, cuma 1 yang rasanya sangat lazat. Kemudian kami ambil sebiji lagi, tawar. Seterusnya Master  gi tanya mana durian kampung yang sedap? "Maaflah bang, saya pun tak tahu nak cakap sebab ni durian kampung." Tapi pakcik tu kemudiannya pilih sebiji selepas tengok isi dan bagi ke Master. Memang sedap. Selepas tu Master pilih durian yang serupa macam tu dengan saiz sederhana atau kecil, dan tengok isi dia kekuningan. Alhamdulillah, 2 biji yang Master pilih tu sedap. Kami sampai sana jam 7.30 malam dan habis makan jam 8.00 malam. Ada surau disediakan walaupun kecil. Hari ini last  jadi sesia...

Ikan masin itu eksotik.

Imej
Petang tadi temani Master makan tengahari di Anis Puteri. Tedi balik je sekolah tadi, Master jemput dan bawa Tedi pergi teman dia makan di Restoran Anis Puteri Pantai Dalam . Restoran ini terletak berdekatan dengan Stesen Komuter KTMB Pantai Dalam, jadi kita boleh mendengar keretapi dan komuter melintas sambil makan-makan di sana. Macam tu la kot nama kedai makan tu. Penuh kedai makan tu, mungkin kerana masakannya yang ke-Kelantan-an. Bukan sahaja ada nasi kukus, lauk-pauk, ulam-ulaman, malahan ada juga kuih-muih tradisi Kelantan . Master tidak berapa menggemari masakan di sana kerana lauk-pauk dan gulai-gulai di sana agak manis rasanya. Inilah restoran yang Master pergi dengan kawan-kawan-kawan beliau. Gambar-gambar boleh tengok di  http://hamydy.wordpress.com/2011/11/30/restoran-dangau-anis-putri-corner-pantai-dalam/ , memandangkan gambar ini diambil pada tahun 2011, Tedi harap ini adalah kedai yang sama di lokasi yang sama. Tak perasan pula Tedi ada perkataan Dangau di...

Buka Puasa di Avillion Port Dickson

Imej
Tedi tak suka buffet Ramadan kerana bagi Tedi ia adalah suatu bentuk pembaziran di mana kita berbelanja untuk sesuatu yang tidak perlu. Tapi Tedi faham ada syarikat yang mahukan pakej berbuka buffet Ramadhan untuk menghargai para pekerja mereka. Berita baik bagi mereka yang berada di sekitar Port Dickson kerana mereka ada pakej buffet Ramadhan yang dinamakan Nostalgia Ramadan. Ia adalah pakej berbuka dalam suasana kampung. Mungkin fokusnya adalah masakan tradisional Melayu. Pakej dewasa adalah berharga RM 75 ( tujuh puluh lima Ringgit Malaysia), manakala untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun perlu membayar RM 30 (tiga puluh Ringgit Malaysia). Masa makan adalah dari jam 7 malam sehingga 10 malam, sudah pasti kena tunggu dulu waktu Maghrib sebelum suap makanan tapi dah boleh ambil makananlah pada waktu itu. Mengenai masakan di Avillion Port Dickson, kawan Master kata tak sedap. Tedi tak biasa makan Di hotel tapi bagi Tedi makanan seperti nasi goreng dan mi goreng di Avillion Port D...

Sakinah di Tanjung Bidara: bahagian 1

Imej
Ini kali pertama kami sekeluarga sampai di Tanjung Bidara Setelah hampir 2 jam perjalanan dari Salak Tinggi, kami singgah makan dulu di Pengkalan Balak, satu kawasan di tepian pantai. Tak sempat pula Tedi merayau ke sekitar kerana sibuk melahap. Ini riak muka si Sakinah kalau ada sesiapa yang dia tak berapa nak ingat, cuba mendukungnya. Ini lauk Asam Pedas Melaka, tapi Tedi tidak berasakan sebarang kepedasan sama ada secara harfiah atau badaniyah. Apa Tedi cakap ni? Kami dapat chalet yang berhadapan dengan laut, bolehlah kami meninjau kapal yang lalu di Selat Melaka. Chalet yang disediakan mengandungi 3 bilik, 2 tandas, ruang tamu dan tiada dapur. Lorongnya pula adalah jalan mati jadi kenalah berundur selalu. Budak yang tak comel ni suka sangat main air liur... tak fahamlah Tedi...

Berbuka puasa ala carte di Restoran Suasana, Abdullah Hukum, Bangsar.

Imej
Penghujung bulan puasa 2013 ini disertai buka puasa bersama kawan-kawan Mommy. Cerita ini berlaku pada Khamis lepas (1 Ogos 2013). Kawan sepejabat Mommy ajak berbuka puasa. Pada mulanya Amarin Thai. Tedi taknak sebab dekat rumah pun ada almari. Lepas tu mereka pun tukarlah ke Restoran Suasana di Abdullah Hukum berhampiran Stesen LRT Abdullah Hukum, berhadapan Sungai Kelang dan Midvalley Megamall. Hehehe, acah je. Sebenarnya Amarin Thai tu dah ditempah penuh, maka kami tak dapatlah nak berbuka puasa di sana. Buka puasa di Suasana ni mestinya ala carte sebab takde pitis (duit / wang / ongkos / money). Murah je, RM 30 sekepala (murahlah sangat, hahaha). Mommy la tu tempah yang paling banyak lauk, bukannya habis pun. Ini kalau orang kafir yang kelaparan tengok ni, mesti mereka salah faham bulan puasa ni bulan berpesta makan. Makanan di sana bolehlah dikira biasa-biasa je, kata Master. Tapi Tomyam dia boleh tahan juga la. Master yang hantu pedas tu tersedak sebab pe...

Berbuka puasa di Eden Catering, PICC Putrajaya.

Imej
"Alhamdulillah, akhirnya dapat juga Tedi siapkan kiriman ini. Ayat-ayat cintanya dah lama Tedi karang, tapi terpaksa diperukkan dalam draft sementara Tedi memaksa diri Tedi ini untuk merajinkan diri edit gambar yang ada."  - Tedi yang comel. Buffet pun, buffetlah, asalkan dapat berbuka puasa bersama di Putrajaya. Sebelum ni Master pernah meminta bantuan Tedi untuk mencari lokasi sesuai untuk berbuka puasa secara ala-carte di Putrajaya . Tapi Tedi memang tak ketemu, tambahan Tedi sibuk dengan kerja sekolah yang menimbun. Akhirnya Master setuju juga untuk adakan majlis berbuka secara buffet. Kali ini kawan-kawan Master yang uruskan. Mereka jumpa dua tempat yang sesuai iaitu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya  (PICC)  dan Kelab Tasik Putrajaya. Yang kedua tu Tedi tak berapa pasti, tapi ada kena-mengena dengan tasik. Akhirnya mereka memilih untuk berbuka (iftar) di PICC. Dipendekkan cerita, majlis iftar itu berlangsung petang Sabtu lalu (20 Ju...

Popular