Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel haiwan

[t13e31] Tikus Dijumpai di Marikh? Imej Misteri Curiosity Rover Kejutkan Peminat UFO.

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Misteri Planet Marikh: Adakah Curiosity rover NASA benar-benar merakamkan imej seekor tikus di permukaan Planet Merah, atau adakah ia sekadar ilusi optik batu batan? Ikuti kupasan penuh misteri ini. Isi Kandungan: Penemuan "Tikus Angkasa" oleh Curiosity Teori Pareidolia (Ilusi Batu) Kupasan & Teori Kaum Tikus oleh Tedi Sumber Rujukan Berita Penemuan "Tikus Angkasa" oleh Curiosity Curiosity rover milik NASA telah merakamkan pemandangan debu-debu oren, permukaan berbatu dan yang menarik ialah gambaran menyerupai seekor tikus di Planet Marikh. # Ilustrasi: Pemandangan permukaan Marikh yang di...

Dolfin nazak dijadikan bahan berposing...

Imej
Apa kejadahnya sampai tiada hati perut untuk tolong haiwan yang sedang cedera tu? ... Bangga la konon!   Lebih teruk daripada babi? ... Sekumpulan pelancong tanpa perasaan di wilayah Hainan, China, telah membuat keputusan yang membingungkan Tedi apabila mereka menarik seekor ikan lumba-lumba yang cedera keluar dari air dan bergambar dengannya. Bukankah mereka sepatutnya menolong haiwan tersebut? Ikan lumba-lumba itu mungkin cedera akibat berlanggar dengan sebuah bot nelayan, dan kemudian meninggal dunia akibat pendarahan yang berlebihan. Macam mana tak berlebih-lebih keluar darah, sudah cedera, tak dirawat dengan segera. Tindakan para pelancong itu telah menerima kutukan di atas platform media sosial China, Sina Weibo. "Dolphins, sebagai mamalia banyak berkembang, mempunyai IQ hanya sedikit lebih rendah daripada manusia. Tetapi orang-orang dalam gambar-gambar itu lebih teruk daripada babi," tulis seorang pengguna Sina Weibo. ... Ikan Lumba-lumba yang cedera tidak dapa...

Haiwan: Tupai Merah yang kehairanan

Imej
Seekor Tupai Merah menambat hati para penduduk di sebuah kawasan luar bandar apabila ia kehairanan dengan sebuah patung anjing. Tupai ini mungkin kehairanan melihat patung anjing yang kaku tidak bergerak seperti haiwan-haiwan lain.   Ciuman atau cuba menghidu?   Merenung tepat wajah sang "anjing" bagaikan menunggu reaksi.   Melompat-lompat di sekitar "sang anjing" dan berdiri untuk mendapatkan pandangan lebih dekat.   Menunjukkan pelbagai gerakan akrobatik dan bergantung di kepala dan mengintai melalui mulut "sang anjing"   Menjamu selera  setelah penat melakukan pemeriksaan.  

Lemur akan pupus tidak lama lagi jika tiada bantuan tiba.

Imej
Lemur, haiwan primat  yang tinggal di kawasan hutan di tempat-tempat seperti Madagascar, adalah kumpulan mamalia yang paling terancam di dunia.  Sembilan daripada 103 spesies Lemur yang ditemui di Pulau Madagascar adalah pada risiko kepupusan, kerana pembalakan berleluasa, perlombongan dan juga  pemburuan.  "Ia adalah lebih mudah untuk menangkap Lemur daripada burung," - ahli primatologi, Tovonanahary Rasolofoharivelo. Jika sesuatu tidak dilakukan tidak lama lagi untuk membantu orang-orang miskin di negara ini mencari jalan lain untuk menyara hidup ini, Lemur akan pupus dalam 20 hingga 25 tahun akan datang, menurut Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam (IUCN).  IUCN mendakwa bahawa dengan kira-kira $10 juta, program boleh dirancang bagi penduduk tempatan menjana pendapatan, seperti menanam kacang atau penternakan babi dan ayam, untuk menyediakan pilihan lain kepada aktivit penebangan hutan.   Sumber bacaan Tedi :   Furry lemurs 'could be wip...

[t13f23] Ratapi pemergian rakan

Imej
Selepas bosan melayan kerenah mereka bergaduh menuntut perhatian, pemilik haiwan mungkin terkejut apabila ada haiwan perliharaan mereka meratapi kematian kawan sepermainan. Kanadka terpaksa membiarkan anjing kesayangannya, Mauja, "dimatikan" selepas 2 tahun setengah berperang dengan barah. Kemudian dia mendapati anjing dan kucingnya yang lain mula berperangai aneh, mereka tidur bersama, di tempat Mauja, satu perkara yang tak pernah mereka lakukan. Tedi tengok gambar ni pun dah dapat rasakan kesedihan mereka. Gracy dan Kooky tidur bersama di tempat Mauja yang terpaksa dibunuh kerana menghidap barah. http://www.reddit.com/r/pics/comments/1go0er/i_had_to_put_my_dog_mauja_down_last_saturday_i 20130623

[t13g27] Mati dihempap lembu yang jatuh dari bumbung.

Imej
Nampaknya memang benar ajal maut itu di mana-mana. Kawan-kawan mesti kenal Singa Allah yang bernama Khalid al-Walid R.A . kan? Beliau begitu cintakan mati syahid namun akhirnya mati di atas katil. Medan perang yang penuh kucar-kacir dan bahaya itu tidak menghadirkan maut yang didamba, sebaliknya katil tidurnya yang aman damai, menyaksikan kematiannya. Joao Maria de Souza, 45 tahun mati kerana terlalu lama menunggu rawatan.

Olinguito: spesies mammalia terbaru.

Imej
Spesies mammalia terbaru dijumpai di Benua Amerika dalam tempoh 35 tahun. Kawan-kawan pernah dengar nama Olinguito?   Tedi pun tak pernah dengar. Mula-mula Tedi sangkakan ia nama sejenis spageti dek namanya yang ala-ala Italiano itu.   Rupa-rupanya Olinguito merupakan seekor haiwan berjenis mammalia yang baru sahaja dikenalpasti a.k.a ditemui di Hemisfera Barat Bumi dan lebih tepat lagi di Benua Amerika.   Olinguito ini adalah daripada keluarga Rakun (Raccoon) yang ditemui di Hutan Andean.   Penemuan ini memecah rekod sejarah sebagai penemuan Mammalia pertama di Benua Amerika dalam 3 dekad. Mungkin tak jumpa dah penemuan seperti ini. Dan penemuan ini juga bagi Tedi merupakan penemuan pertama melibatkan haiwan yang masih hidup yang Tedi tahu. Tak tahulah haiwan yang Tedi tak tahu.     Ciri-ciri Olinguito.   Haiwan karnivor a.k.a makan daging (maging). Berbulu kemerahan atau berwarna karat (macam rambut budak perempuan zaman sekarang). Berukuran sepanjan...

Haiwan: Siput Gergasi Afrika a.k.a Siput Babi Gergasi

Imej
Kandungan: Siput Babi dalam Bahasa Inggeris Siput Babi bernafas melalui apa? Siput Babi makan apa? Siput Babi bertelur Gambar  Siput Gergasi Afrika / Giant African Land Snail Ramai blogger salah faham dengan menyatakan siput ini hanya boleh didapati di Afrika. Kenyataan itu boleh dikatakan silap kerana siput ini telah diberitakan menyerang Miami Florida . Bila Tedi lihat sekali imbas nampak Siput Gergasi Afrika ni macam Siput Babi yang popular di Malaysia? Tedi pun tak pasti kenapa dipanggil Siput Babi? Mungkin sebab dia suka sondol apa ada dalam laluannya tak kira apa jua pun? Setelah Tedi melakukan kajian melalui Google ternyata bahawa Giant African Land Snail ini adalah Siput Babi dengan nama saintifiknya  Achatina fulica . Siput ini adalah siput daratan dan berjalan menggunakan perut dan bernafas menggunakan paru-paru. Siput Babi berasal dari Afrika sebelum dibawa ke India pada kurun ke-20 dan merebak ke benua Asia. Siput Babi dianggap sebagai haiwan p...

Haiwan: Harimau Emas

Imej
Comel tak? Harimau Emas atau Harimau Belang Emas atau Harimau Strawberi merupakan harimau unik yang mengalami perubahan gen. Hanya boleh didapati di kalangan harimau dalam kurungan, ia bukanlah spesis baru tetapi harimau yang mengalami perubahan warna. Harimau Emas mempunyai bulu perang atau keemasan pucat dan jalur merah-coklat (bukan hitam seperti harimau belang), pewarna harimau emas berasal daripada sifat resesif yang dirujuk sebagai "jalur lebar" yang menjejaskan pengeluaran warna hitam semasa kitaran pertumbuhan rambut. Warna harimau yang berbeza daripada harimau belang biasa dengan jalur oren-dengan-hitam berlaku secara semula jadi, tetapi dalam peratusan yang sangat kecil. Jika dijejaki kelihatan Harimau Emas dalam kurungan berasal daripada seekor harimau putih bernama Bhim, iaitu anak kepada seekor harimau Amur separa putih bernama Tony. Tony dianggap nenek-moyang kepada harimau putih di Amerika Utara. Bhim adalah pembawa gen jalur lebar dan menularkannya kepada bebe...

[t13g21] 5 saudara yang comel!

Imej
Yang manakah paling comel di antara mereka ni? Masing-masing ada identiti sendiri dan wajah mereka kadangkala kelihatan nakal. Ada yang ada jambul, ada yang bertelinga mencacak. Gamaknya mereka ni memang up-to-date dengan dunia fesyen? Alpacas berhampiran kaki Cotopaxi Volcano, Ecuador (© Steve Bloom Images/Alamy)  http://www.stevebloom.com/ Tak dapat Tedi nafikan kecomelan mereka ini. Dah lama Tedi tak hantar kiriman seperti ini, mengambil gambar daripada web dan dipamerkan di blog ini tanpa sebarang cerita yang sesuai.   Tapi 5 ekor Alpaca ni menggoda Tedi untuk berkongsinya dengan kawan-kawan. Kalau kawan-kawan cari sendiri pun pasti akan ketemu gambar yang lagi comel.   Maka Tedi tanpa segan silu mahu promo laman  http://www.stevebloom.com/  yang penuh dengan gambar-gambar hidupan liar.   Kerja yang bagus, Steve Bloom! 21 Julai 2013, 20130721

[t13f26] Tedi Kejar Burung

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Tedi terjaga daripada tidur apabila bunyi bising menyelubungi alam. Alhamdulillah, rupa-rupanya hujan lebat menyirami bumi berjerebu ini, setelah hampir seminggu rasanya tidak hujan. Tedi lihat jam, owh, sudah jam 6 pagi, masa yang sesuai untuk Tedi memandikan diri dan berwangi-wangian. Sesuai dengan rupa Tedi yang cute ini, eloklah pula diserikan dengan haruman yang menggoda jiwa. Seperti pagi-pagi yang lain, Tedi meminta bantuan Iron Man untuk menyiapkan pakaian sekolah Tedi. Nak tahu apa kerja si Iron Man? Silakan baca " Ada apa dengan Iron Man? ". http://blogdebrinquedo.com.br/2012/05/01/ursinhos-de-pelucia-dos-vingadores/ Ketika Tedi menemani si Iron Man, kedengaran suara yang agak merdu di luar jendela. Tedi intai di sebalik tirai kamar dan Tedi mendapati seekor haiwan yang kurang cute berbanding Tedi seolah-olah sedang mencari sesuatu. Selalunya Tedi faham bahasa...

[t13f18] Diserang kerana kongsi daging BBQ!

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   Tedi memang tak setuju manusia "suap" makanan kepada haiwan liar. ... Daging Kambing Bakar BBQ   Suap tu bukanla hulur makanan ke mulut haiwan tu, tapi bagi makanan kepada haiwan liar.   Apabila melihat kes sebegini, Tedi akan jadi sedih disebabkan oleh beberapa faktor: makanan itu belum tentu sesuai dengan haiwan itu, sedangkan manusia pun diracuni makanan mereka sendiri. Tengok je lah kes darah tinggi, kencing manis, dan lain-lain lagi. Bezanya manusia ada hospital. haiwan liar itu akan terganggu cara hidup asalnya, dia akan bergantung kepada manusia, contoh terbaik ialah monyet yang curi makanan manusia di Tasik Dayang Bunting di Langkawi. Monyet atau beruk atau kera? Tedi tak pasti, tapi berhati-hati ketika di sana. Jadi kepada manusia di luar sana, tak payahlah tunjuk yang kamu tu kononnya baik sangat dengan berkongsi makanan kamu tu kepada haiwan liar!  ...

Bapa Dolly mahu klon Woolly Mammoth pula

Imej
Selepas "kejayaan" mengklon kambing biri-biri, Dolly, kini Mammoth pula jadi sasaran. Kawan-kawan kenal Dolly? Dolly merupakan kambing biri-biri pertama berjaya diklon di dunia, tapi seperti biasa umurnya pendek. Nak lawan kuasa Allah subhanahu wa ta'ala? Cubalah sampai mati, takkan dikau berjaya. Maklumat lanjut mengenai Dolly boleh dibaca melalui pautan di bahagian rujukan. Kini "bapa" si Dolly, saintis Sir Ian Wilmut yang mengetahui luar dan dalam rahsia pengklonan, telah dilaporkan pada 1 Ogos 2013 lalu bahawa dia berfikir adalah mungkin untuk manusia berjaya meng-klon seekor Woolly Mammoth dengan menggunakan kaedah-kaedah baru. Bapa Dolly terkenal kerana dia bukan sahaja berjaya mengklon kambing biri-biri pertama di dunia, malahan haiwan mammalia pertama di dunia, pada tahun 1996.   Gambar bangkai seekor Woolly Mammoth betina tersejuk-beku yang telah berusia 39 ribu tahun (39000). Foto oleh: Kazhiro Nogi / AFP / Getty Images Salah satu masalah prakt...

[T13F15] Selamat jalan kepada buaya terbesar dunia, si Lolong

Imej
Lolong mati akibat komplikasi disebabkan tertelan nilon. Mayor Cox Elorde berlakon mengukur panjang Lolong ketika beliau ditangkap pada 2011   Sepanjang 20-kaki 3-inci, Lolong secara rasmi diisytiharkan buaya terbesar di dunia pada Julai 2012.   Lolong adalah buaya terbesar ditangkap manusia.   Pengkebumian jasad Lolong, buaya terbesar dunia di Bunawan   Gambar bangkai buaya terbesar di dunia yang dilitupi dengan ais sementara menunggu bedah siasat dijalankan. Buaya air masin terbesar dunia itu mati di Bunawan Eco-Park and Research Center di Filipina , kediaman rasminya sejak dia ditangkap pada 2011. Lolong ditangkap setelah dia dipercayai membaham 2 orang manusia. Beratnya ialah 2,370-pound (1075 kilogram) dan panjangnya hampir 20 kaki & 3 inci, dan diiktiraf sebagai buaya terbesar pada Julai 2012. Berat itu dianggarkan 0.27 kali berat seekor gajah. Sumber berita: World's Largest Captive Crocodile Dead: Lolong Mourned In Philippines . Artikel ini dikirim pada...

Popular