Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Aidan 1 tahun

[t21a20] Menunggu kepulangan Mummy di muka pintu

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Gelagat Aidan dan Aina menyambut kepulangan Mummy dari pejabat dengan memanjat jeriji besi pintu rumah kami. Hari ini mummy ke pejabat manakala Master bekerja dari rumah. Umur Aina pada masa ini ialah 3 tahun 11 bulan, manakala umur Aidan ialah 1 tahun 7 bulan 23 hari. # Wednesday, 20 January 2021, 17:19 # 20210120 # Xiaomi M2003J15SC # IMG_20210120_171952 # ~20210120~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

Pengalaman di Husin Fauzi Farm Kuala Selangor

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Kami dalam perjalanan dari Sepang ke rumah Mak Long di Sungai Besar. Sempat kami singgah ke Husin Fauzi Farm yang merupakan salah satu tempat menarik di Kuala Selangor kerana mini zoo yang ada di sana. Tempat ini juga mengumpul dana buat Maahad dan turut memberi peluang pelajar Maahad terlibat dalam menguruskan mini zoo tersebut. Jom Berkuda di Husin Fauzi Farm Menaiki Tram di Husin Fauzi Farm Komen tentang Husin Fauzi Farm Fakta Jom Berkuda di Husin Fauzi Farm Aidan dan Mummy mencuba aktiviti menunggang kuda di Husin Fauzi Farm ini dengan bayaran MYR 5 (lima Ringgit Malaysia sahaja). Pengalaman yang bagus walaupun nampak macam biasa-biasa sahaja rupa-rupanya tunggang kuda ni pun memberi rasa gayat juga. Gambar Aina dan Aidan setelah selesai aktiviti menunggang kuda di Husin Fauzi Farm Kuala Selangor. # Saturday, 10 April 2021, 16:01 # 20210410 # IMG20210410160131.jpg # OPPO Reno...

[t20j29] Kata nak tidur, tapi duk berjoget pula; Sambal Penyet Mummy

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   Animasi Aina dan Aidan menari untuk lagu Baby Shark Doo Doo Doo. Jam 8:15 malam konon nak naik atas ke bilik tidur untuk tidur, tapi ini pula yang dibuat mereka. Memang kalau nak buatkan mereka ni tidur tak boleh bawa kedua-duanya naik ke bilik sekali. Selalunya kena bawa Aina dulu kerana dia tidak tidur siang dan asyik tahan mata. Apabila baring seorang diri selalunya dia akan terus lena. Umur Aina pada masa ini ialah 3 tahun 8 bulan 9 hari, manakala Aidan pula berumur 1 tahun 5 bulan dan 1 hari. # Thursday, 29 October 2020, 08:15 # 20201029 # VID20201029081540-ANIMATION.gif # *** Rasanya Tedi salah memahami animasi ini, sebenarnya kejadian berlaku pada jam 8 pagi jadi ini bermaksud mereka berjoget setelah bangun tidur. Walau bagaimanapun Tedi malas nak tukar cerita pada caption di atas kerana ia adalah fakta yang benar cuma tersilap masa dan ketikanya. Hihihih. ...

T21B21 Potty untuk kakak

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Assalamua'laikum semua. Alkisahnya umur Aina sudah pun mencecah 4 tahun. Sudah tiba masanya untuk dia belajar buang air di tandas dan tidak menggunakan lampin. Mummy telah membeli tandas khusus buat Aina secara atas talian. Tandas ini dipanggil dengan nama manja " potty " adalah khusus untuk ajar kanak-kanak buang air iaitu kencing atau berak. Mummy beli jenis yang untuk dipasang di tandas duduk dewasa, bukan jenis tandas duduk kanak-kanak yang kita kena buang najis di dalamnya nanti. Tandas ini telah sampai beberapa hari cuma pada hari ini 20210221, barulah Master meluangkan masa untuk memasangnya, dengan bantuan juruteknik muda si Aidan. Kandungan:  Sebelum dipasang ,  Aksi Aidan memasang potty ,  Setelah siap dipasang ,  Maklumat Potty Aina , dan  Panduan Pemasangan Potty Aina . Gambar aksi Aidan sibuk juga nak memasang tandas buat kakaknya si Ai...

Pemeriksaan Aidan 2 tahun

Temujanji di Klinik Kesihatan Salak Hari ini mummy bawa Aidan ke Klinik Kesihatan sempena temujanji pemeriksaan kesihatan Aidan sempena umurnya yang bakal cecah 2 tahun. Master hantar Mummy ke Klinik Kesihatan Salak selepas hantar Aina ke Taska pada jam lebih kurang 10 pagi. Kami tiba di Klinik Kesihatan Salak sekitar jam 10:24 pagi Ramai betul manusia yang datang ke klinik kesihatan tersebut. Master balik ke rumah kerana bekerja dari rumah sempena Perintah Kawalan Pergerakan. Sekitar jam 11:08 pagi Master ambil Mummy di Klinik Kesihatan Salak. Jururawat di Klinik Kesihatan Salak menasihatkan Mummy supaya sapu madu di bibir Aidan untuk ajar dia belajar menelan. Pada masa ini air liur Aidan masih meleleh dan salah satu puncanya ialah mungkin kerana bayi ada masalah untuk menelan. Selain itu jururawat berikan tempoh sehingga Julai untuk Aidan diperiksa semula sebelum dirujuk kepada doktor untuk masalah speech delay  (lewat bertutur). Ini kerana pada masa ini Aidan masih tidak s...

Aina punya susu, Aidan yang habiskan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Hari ini kami memulakan hari dengan Aina dan Aidan mandi-manda di kolam air pancut mini di halaman rumah. Kemudian kami bergerak ke Alamanda untuk baiki charm gelang tangan Mummy yang rosak di kedai emas Habib Jewels.   Enjin kereta Proton Persona tak boleh hidup Sebelum itu Master sempat cuba hidupkan kereta Proton Persona kerana dia tiba-tiba berasa tidak sedap hati. Ternyata enjin kereta tidak dapat dihidupkan dan hanya berbunyi tak tak tak. Nasib baik ada kiriman lama bertajuk  Enjin Kereta Proton Persona tak boleh start bunyi tak tak tak yang menjadi rujukan dalam mengatasi masalah itu. Kali ini Master sudah memiliki jumper sendiri jadi tidak perlu pinjam daripada sesiapa.   Makan tengahari di Nandos Alamanda Sebaik saja selesai urusan Mummy di kedai emas Habib Jewels, kami mencari medan selera untuk makan tengahari. Tetapi medan seleranya dilindungi d...

Aidan 1 tahun 4 bulan 26 hari

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Koleksi animasi Aidan ketika berumur 1 tahun 4 bulan dan 26 hari. Animasi daripada video Aidan sedang menari depan televisyen sambil menonton Didi and Friend. # Friday, 23 October 2020, 12:55 # 20201023 # VID20201023125520-ANIMATION.gif # Rumah Sepang #   Tak tahulah apa yang Aidan sedang cuba lakukan, mungkin dia sedang berangan berenang? # Friday, 23 October 2020, 17:11 # 20201023 # VID20201023171056-ANIMATION.gif #   Animasi Aidan sedang menyapu lantai # Friday, 23 October 2020, 17:20 # 20201023 # VID20201023171915-ANIMATION.gif # ~20201023~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

Taska kedua Aina dan Aidan

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Menukar Taska Akhirnya setelah 2 hari percubaan, kami memutuskan untuk menukar taska. Ini kerana Aina menangis tidak mahu masuk taska manakala si guru tidak menunjukkan kemahiran memujuk, dan pemilik taska pun menyatakan bahawa mereka biasanya menolak kanak-kanak seperti Aina kerana katanya memerlukan perhatian khusus. Taska seterusnya dipilih Master kerana kawasan rumahnya kelihatan luas dan ramai kanak-kanak sebaya Aina, harapannya mereka boleh berkawan. Aidan pula dihantar ke rumah pengasuh yang hanya 2 pintu dari taska Aina. Animasi Aidan sedang menunggu di pintu pagar taska baru kakaknya si Aina. Aidan juga akan dihantar ke tempat asuhan baru selepas Aina tidak sesuai di tempat asuhan yang kami cuba pada minggu lepas. Ketika ini Aina sedang menangis meronta-ronta sambil ditenteramkan cikgu barunya dan juga Mummy. # Monday, 7 September 2020, 08:58 # 20200907 # VID_20200907_085751-ANIMATION.gif # Belanja Aina makan aiskrim Baskin Ro...

Kami Bertopeng

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   Aina bertopengkan Ikan Duyung Gambar Aina sedang memakai topeng muka untuk kanak-kanak berwarna merah jambu bertemakan ikan duyung sempena serangan wabak Covid-19 yang melanda seantero dunia. Umur Aina pada masa ini ialah 3 tahun, 8 bulan, dan 21 hari. # Wednesday, 11 November 2020, 11:49 # 20201111 # IMG20201111114952 # Telefon pintar OPPO OPPO Reno2 # Rumah Bandar Baru Salak Tinggi #   Aidan bertopengkan Ikan Paus Gambar Aidan semasa berumur 1 tahun 5 bulan dan 13 hari sedang memakai topeng muka keselamatan kanak-kanak berwarna biru dengan tema ikan paus sempena wabak Covid-19 yang sedang menyerang seluruh dunia. Baju yang dipakainya pula bertemakan Shark. # Wednesday, 11 November 2020, 11:49 # 20201111 # IMG20201111114948.jpg # OPPO Reno2 # Rumah di Bandar Baru Salak Tinggi di Sepang di Selangor di Malaysia #   PKPD di Medan 88, Bandar Baru Salak Ting...

Putera Katak pakai cermin mata

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   Putera Katak. Gambar kanak-kanak lelaki bernama Aidan sedang bermain dengan cermin mata milik Master berwarna hitam dan oren. Umur Aidan pada masa ini ialah 1 tahun 5 bulan dan 3 hari. # Sunday, 1 November 2020, 15:22 # IMG20201101152217.jpg # Gambar dirakam menggunakan kamera elefon pintar OPPO Reno2 # ~~~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

Aina Aidan Balok 2020

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Sempena cuti Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-63 jatuh pada hari Isnin, kami pergi bercuti ke Kuantan. Timurbay Seafront Residence Di Kuantan kami menginap di homestay di rumah pangsa yang dinamakan Google Maps sebagai Timurbay Seafront & Beach Residence. Nak juga guna nama Inggeris walaupun dah merdeka 63 tahun. Acah-acah hebatlah tu. Rumah pangsa ini terletak di Jalan Kuantan - Kemaman, Kampung Sungai Karang Pantai, 26080 Balok, Pahang. Orang yang menginap di sini boleh berkunjung ke Pantai Balok, Tanjung Lumpur, Teluk Chempedak malah ada juga yang ke Kemaman untuk makan sata. Gambar pemandangan laut dan pantai dari Timurbay Seafront Residence di Kuantan di Malaysia. Kami mendapat unit homestay menghadap laut. # Sunday, 30 August 2020, 07:54 # IMG20200830075401 # OPPO OPPO Reno2 # Rumah pangsa ini terdiri dari 2 blok iaitu Tower A dan Tower B. Punyai 4 buah lift dari tingkat G sehingga 13A. Menurut seorang pekerja setiap tingk...

Aina Aidan pertama kali ke Taska

Pada 20200903 hari Khamis, Master telah hantar Aina ke Taska di Taman Seroja sebelum ke pejabat beliau di Bangsar South bagi urusan penyerahan dokumen yang diperlukan untuk perpindahan ke pejabat baru di Cyberjaya. Itu adalah kali pertama Aina ke Taska. Khabarnya Aina menangis sepanjang hari. Tidur, bangun sambung menangis. Pada 20200904 hari Jumaat, Master dan Mummy hantar Aina dan Aidan ke Taska tersebut. Kali ini Aina menangis meronta-ronta panjat jeriji pintu, manakala Aidan dengan tenangnya membiasakan diri dengan pengalaman baru. Tidak sampai satu jam cikgu Taska telefon suruh ambil Aina kerana ada pegawai JKM hadir ke Taska tersebut. Pada jam 1 petang Master bawa Aina kembali ke Taska tersebut namun Aina masih menangis menjerit-jerit, dan akhirnya Master bawa pulang Aina sebelum pergi ke masjid untuk solat Jumaat. Petangnya kami ke Taska tersebut untuk menjemput Aidan. Cikgu Taska kata Aidan tiada masalah, tetapi kes seperti Aina selalunya akan ditolak mereka kerana kononnya Ain...

Aidan panjat meja makan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Petang tadi semasa Mummy sibuk memasak di dapur, dan Master pula sedang mengambil kain cucian untuk disidai, tiba-tiba sahaja Aina menjerit dengan sedikit pelat Mummy, mummy.. adik panjat.. adik panjat Mummy biarkan sahajalah dulu sebab memang hobi adik (Aidan) tu memanjat sana sini. Kotak mainan dipanjat. Sofa dipanjat. Rak almari dipanjat. Grill pintu pun dipanjat. Tetapi apabila dijenguk. Uish terkejut beruk dibuatnya. Aidan dah duduk atas meja makan sambil tuang air ke lantai! Dia panjat kotak mainannya untuk naik atas kerusi sebelum dia panjat meja makan berwarna putih tersebut. Umur bayi lelaki tersebut ialah 1 tahun 1 bulan dan 28 hari.   ~~~20200725~~~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, tqvm

Imunisasi setahun Aidan

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Suntikan imunisasi setahun. Aidan tidak menangis pun, cuma senyap sahaja melihat orang ramai. Beratnya masih tidak cantik. 7.6 kilogram sahaja. Doktor kata puncanya ialah Aidan kurang tidur walaupun banyak makan.  Hari ini tidak ramai orang kerana Covid-19. Master dan kak Aina pun cuma turunkan Mummy dan Aidan sahaja sebelum pulang ke rumah. # Monday, 1 June 2020, 15:23 # 20200601 # IMG20200601152301.jpg # OPPO OPPO Reno2 # Klinik Kesihatan Salak # 20200601

Aidan kini setahun

Imej
Selamat hari lahir ke-1, Aidan Hari ini Aidan menyambut ulang tahun kelahirannya yang pertama. Aidan meraikan ulangtahun kelahirannya yang pertama. Sambut di rumah sahaja dengan belon dipasang sendiri. Sambut kami sekeluarga berempat sahaja sempena Perintah Kawalan Berkurung sekarang ni.  # Thursday, 28 May 2020, 12:36 # 20200528 # IMG20200528123600.jpg # OPPO OPPO Reno2 # Ambil barang Mummy di pejabat beliau Setelah bergambar dan makan kek sedikit, kami bergegas ke pejabat Mummy di Menara TM, sebab Mummy nak ambil barang-barang beliau yang bersepah di pejabat. Khabarnya selepas Perintah Kawalan Pergerakan ni berakhir, Mummy tetap akan kerja dari rumah. Kami pergi menaiki kereta Proton Persona, kerana insurans dan cukai jalan kereta Subaru XV telah luput. Perjalanan ke pejabat Mummy agak tenang dan lancar dengan kurangnya kehadiran kenderaan di atas jalan. Hal ini menyebabkan Master hampir terlepas simpang kerana tidak cam simpang tu ketika tiada kereta. Selalunya sesak dengan kend...

Popular