[t14e13] Nak vakum ke tak?
Perlukah daku melaksanakan tugasan ini? Alhamdulillah, jiran kepada jiran Master (bermakna jiran kami juga) rupa-rupanya telah mendapat cahaya mata. Punyalah kami tak sedar, maklumlah keluar semasa matahari terbit, sampai rumah tatkala mentari telah lama terbenam ke dasar laut. Tedi nak jadikan cerita, sepatutnya hari ini Tedi perlu menyedut-hampagas kawasan rumah kerana debu-debu telah lama menyelaputi kami. Walaupun tampak mudah, tugasan ini amat sukar bagi Tedi laksanakan ketika ada anak kecil perlu diambilkira... kali ini Tedi perlu laksanakannya dengan cekap dan amanah. Namun, penyedut-hampagas itu kan bising? Jadi ia tentunya akan mengganggu gugat ketenteraman si anak kecil yang baru lahir itu. Pada mulanya Tedi bercadang melupakan sahaja niat murni Tedi ini, demi keamanan si anak kecil, namun ia bukanlah pilihan yang bijak kerana debu-debu ini pula akan mengganggu gugat keamanan hidup Tedi sekeluarga. Seharusnya Tedi memilih masa yang sesuai untuk melaksanakan tugasan yang...