Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Haier

[t22c02] V-Belt Mesin Basuh Haier HWM-7808 putus

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Kandungan: Mesin basuh Haier HWM-7808 berhenti berpusing No: 01018 O-450e Mr DIY dan kedai perkakasan tak jual v-belt mesin basuh Cuba pasang v-belt lama pada mesin basuh v-Belt O-450E baru telah sampai v-Belt O-450E berjaya dipasang pada mesin basuh Mesin basuh Haier HWM-7808 berhenti berpusing Tengah hari tadi semasa Master cuba spin mesin basuh Haier HWM-7808, ia langsung tidak berpusing. Tetapi ada bunyi biasa macam motor sedang berpusing. Master cuba pula rinse, sama juga dram mesin basuh tidak berpusing. Akhirnya MAster cuba fungsi wash, sama juga dram mesin basuh itu tidak berpusing walaupun ada bunyi motor. Master teka bahawa ada masalah dengan v-belt iaitu tali sawat yang menghubungkan dram dan motor mesin basuh. Master tutup sumber elektrik, terbalikkan mesin basuh, dan periksa bahagian bawah mesin basuh, memang tali sawat yang lebih dikenali sebagai v-...

Mesin basuh Haier HWM7808 kembali pulih?

Imej
Ajaib! Itu sahaja yang mampu Tedi ungkapkan apabila mesin basuh Haier HWM7808 Fuzzy Logic yang telah berusia 8 tahun itu kembali bekerja seperti normal. Sebelum itu mesin basuh ini menghadapi masalah untuk hentikan aliran air paip dan ia tetap mengalir walaupun suis mesin basuh Haier tersebut telah dipadamkan. Namun malam ni mesin basuh Haier HWM7808 itu seolah-olah kembali pulih setelah banyak ekor semut keluar berbondong-bondong dari salur masuk air paip apabila paip dibuka. Musykil betul Tedi dibuatnya, tapi kalau betul dah okay, baguslah. Tadi Tedi set kitaran wash dan rinse-spin, iaitu dua kitaran berbeza. Rinse tidak boleh diset solo pada mesin basuh Haier HWM7808 tersebut, hanya boleh set sama ada wash-rinse atau rinse-spin. Apakah semut-semut itu yang mengganggu mesin basuh Haier HWM7808 tersebut sehinggakan air tidak berhenti masuk semasa wash, rinse, dan spin? Wallahu'alam. Lain kali boleh try pula kitaran basuhan penuh iaitu wash-rinse-spin.

Popular