Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel gajet

[t12h30] Samsung Ativ S, telefon Win Phone 8 yang pertama.

Imej
Hanya setebal 8.7mm namun mempunyai bateri 2300mAh. Err, Tedi tak faham sangat, tapi agak-agaknya kalau lagi besar mAh tu maka lagi banyak bekalan kuasanya?  Tedi teruja dengan pengumuman Samsung mengenai produk pertama mereka yang berasaskan Windows Phone 8 . Malahan produk ini merupakan telefon pintar pertama di dunia menggunakan Windows Phone 8, lebih awal daripada produk rakan kerjasama Microsoft iaitu  Nokia melalui siri Lumia mereka. Beroperasi di atas Windows Phone 8 yang mempunyai banyak ciri-ciri Windows 8 terutamanya antaramuka.   Ada Wi-Fi, NFC, Bluetooth dan juga slot MicroSD.   Skrin 4.8-inci dengan resolusi 1280x720 dan pemproses dual-core  1.5GHz   Kamera 8-megapiksel di belakang dan 1.9-megapiksel di depan. Tedi tak tau apa itu megapiksel, kalau Megatron tu Tedi kenal la... alah yang robot lori dalam citer Transformer tu... "Autobot, transform!"   Inilah rupa Megatron dalam bentuk permainan. Dia boleh menjadi sebuah kereta kebal. 20...

[t22b10] Mi Smart Band 5 dibeli Master akhirnya sampai

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Master telah membeli satu unit penjejak kecergasan Mi Smart Band 5 atau lebih dikenali sebagai Mi Band 5 melalui portal e-dagang Lazada pada 20220205 yang lalu pada harga RM 78. Akhirnya gajet tersebut diterima Master pada hari ini. Pakej Mi Smart Band 5 ini disertakan dengan 1 unit Mi Band 5, 1 unit pencas magnetik, dan 1 unit manual pengguna. Master teruja untuk menggunakan gajet tersebut tetapi selepas dikeluarkan dari kotak ia tidak memaparkan apa-apa walaupun Master telah menyentuh skrinnya. Master terus memasang kabel pencasan jenis magnetik kepada Mi Band 5 itu tetapi ia tidak paparkan sebarang ikon sedang dicas. Apabila disemak melalui carian Google didapati bahawa ini adalah perkara biasa dan para pengguna perlu cas lebih kurang 10 minit untuk Mi Band 5 berupaya memaparkan sebarang maklumat. Lega hati Master membacanya, ingatkan sudah kena tipu dengan scammer. Se...

Google "haramkan" apps lucah untuk Google Glass

Imej
Apps lucah pertama untuk Google Glass telah diharamkan oleh Google. Google telah mengambil pendekatan drastik untuk melarang mana-mana apps untuk Google Glass yang boleh dieksploitasi untuk bahan-bahan lucah. "Polisi kami adalah jelas iaitu Google Glass tidak membenarkan kandungan Glassware yang mengandungi unsur lucah, aksi seks, dan apa-apa bahan berunsur seks. Semua Glassware yang melanggar polisi ini akan dihalang daripada muncul pada Google Glass,"  kata seorang jurucakap Google . Minggu ini sebuah syarikat yang popular dengan produk-produk lucah telah menghasilkan Glassware lucah pertama untuk Google Glass.  Apps untuk Google Glass disebut Glassware (Google Glass software ), manakala apps ni nama gelaran untuk application yang diberi oleh Apple, ye lah Apple dengan apps tu kan dah nak sama... Glassware lucah itu akan membolehkan 2 individu berkongsi fantasi seks mereka melalui video & juga gambar. Difahamkan 10000 orang telah melawat laman...

Tedi kemalangan? atau kemalangan Tedi?

Imej
Tolong! Tolong! Tedi kemalangan... Tolong la... Tedi kemalangan ??? 20130502

Microsoft hentikan pengeluaran Surface 2

Imej
Microsoft hentikan pengeluaran Surface 2 berasaskan Windows RT Microsoft secara rasminya menghentikan pengeluaran Surface 2, gadget yang takkan menampung Windows 10. Produk ini dikeluarkan pada 2013 dan khabarnya merugikan Microsoft apabila terdapat stok bernilai $900 juta tidak terjual. Masalah utama pada Windows RT adalah perisian legasi Windows tidak dapat dioperasikan di atasnya. Selain itu penjualannya perlahan, menyebabkan pembangun perisian hanya memandangnya sebelah mata. Ia mempunyai spesifikasi yang tinggi namun kekurangan aplikasi dari pihak ke-tiga menyebabkan ia gagal bersaing. Selain itu Microsoft sedang membangunkan Windows 10 yang takkan beroperasi di atas gadget Windows RT, namun mereka akan mengeluarkan perisian yang menawarkan ciri-ciri Windows 10 pada gajet RT. Selain itu sokongan kepada Windows RT akan tamat pada12 Januari 2016, dan sokongan kepada Windows 8.1 RT akan tamat pada 9 Januari 2018. Pada masa yang sama Windows 10 dijangka akan muncul untuk pa...

ASUS Nexus 7 : yeay Tedi dapat tab!

Imej
Yeah, taksangka Tedi dapat tablet sendiri. Master bawak balik semalam, dia kata hadiah daripada kompeni. Tedi tak pernah kenal Nexus, apatah lagi Nexus 7. Tedi tengok harganya di lelong.com cecah RM 1000 utk version 32gb. Dan RM 888 untuk versi 16gb.

Apple tiru kami... Samsung

Imej
Kelakar betul apabila Tedi tonton iklan terbaru Samsung ini. Selain itu Tedi berasa cukup kagum bagaimana mereka dengan efektif boleh keluarkan iklan dalam masa terdekat selepas saingan mereka melancarkan produk terbaru dikenali iPhone 6 . Samsung melancarkan iklan yang mengingatkan bagaimana pasa suatu masa dahulu siri telefon  Galaxy  keluaran mereka dilabel "raksasa" dan juga "pembakar roti" dek kerana saiznya yang besar. Jika ada di antara peminat siri iPhone sebelum ini yang mengejek peminat siri Galaxy kerana saiz gergasi telefon mereka, maka kini mereka terpaksalah menelan ejekan mereka itu sendiri. Inilah orang tua kata, "Meludah ke langit, kena muka sendiri" atau "Tepuk air di dulang, tempiasnya ke diri sendiri." , bagi Tedi senang je, kalau suka sesuatu tu, berpada-pada.. kalau benci pun, berpada-pada.. kerana semua itu takkan kekal. Dalam iklan itu juga diselit "kini pesaing kami tidak menolaknya (telefon p...

"Catwalk" generasi baru Nokia Lumia, akan lebih ringan (macam Tedi)

Imej
Tedi dimaklumkan yang Nokia sedang membangunkan generasi pewaris Lumia 920 yang dinamakan projek " Catwalk ". Catwalk akan jadi lebih ringan dengan penggunaan aluminium menggantikan polikarbonat. Yeay... Nokia Lumia 920

Popular