Kenduri Kahwin di Kampung Bagan, Batu Pahat, Johor.
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Selamat Datang ke Daerah Muar Kami menuju ke Batu Pahat untuk menghadiri satu kenduri kahwin. Kami melalui daerah Muar. Kononnya nak cari sarapan pagi yang sedap di sana. Muar terkenal dengan satay sebagai sarapan pagi. Mercu tanda Selamat Datang Daerah Muar yang terletak di persimpangan jalan. Hala kanan menuju ke Pagoh, manakala hala kiri menuju ke Bandar Maharani Bandar DiRaja. Muar adalah satu daerah dalam Negeri Johor # Saturday, 24 December 2016, 10:35 # 20161224 # DSC_6616.JPG # Gambar dirakamkan menggunakan kamera telefon pintar Sony D2533 # Bersarapan dengan Nasi Beriyani Udang Galah Walaupun dalam perjalanan menghadiri kenduri kahwin, perut perlu juga diisi, hehehe. Inilah yang Tedi maksudkan tadi, akhirnya kami bertemu juga dengan sarapan yang agak unik bagi kami iaitu Nasi Beriyani tetapi di Pagoh. Hebat orang Johor pagi-pagi sarapan Nasi Beriyani. Apalah resepi Nasi Beriyani sedap ni ya? Gambar Nasi Beriyani Udang. Inilah s...