Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel zz-202006

[t20f282] Travelog Pantai Teluk Batek Lumut

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   Animasi daripada jujukan gambar menunjukkan Aidan dirempuh ombak ketika bermain di tepi pantai di Teluk Batik. Aidan memakai baju renang kanak-kanak lelaki dengan tema belang. # Sunday, 28 June 2020, 09:39 # 20200628 # IMG20200628093850-ANIMATION.gif # OPPO Reno2 # Pantai Teluk Batik, 32200, Perak # https://goo.gl/maps/YUiQqQxGWRRna4ev8  # Menara Penyelamat Pantai Teluk Batik Gambar yang diambil pada 28 Jun 2020 ini merakamkan pemandangan di Pantai Teluk Batik Lumut Perak , sebuah destinasi percutian keluarga yang popular. Bangunan yang menonjol di tepi pantai dengan warna jingga dan biru ini adalah Menara Penyelamat Pantai Teluk Batik . Menara ini merupakan kemudahan rasmi yang dioperasikan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) , sebuah agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri , seperti yang disahkan oleh papan tanda yang tertera. Kedudukannya yang strategik m...

Template Format Keterangan Gambar dan Kandungan Baru

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Format yang perlu digunakan semasa menetapkan keterangan gambar dalam interpretZZ. [Kandungan Template interpretZZ.com] Format Standard  |  Format Ringkas  |  Saiz Font Default  |  Saiz Ketebalan Garis Font  |  Jenis Font  |  Scrollable div  | Template untuk kandungan baru v2  |  Template Scrollable Table  |  Penggayaan caption gambar |  Saiz Gambar | Format dan Penggayaan Seksyen Kandungan Format Standard Gunakan format ringkas ini untuk gambar yang dimiliki interpretZZ atau bukan milik interpretZZ tetapi mempunyai keterangan gambar yang mencukupi. interpretZZ.com | [DAY]-[M2]-[Y] [T1] | [N1] @ Lokasi # Keterangan # [MAKE], [MODEL]  Versi kurang lebar interpretZZ.com | [DAY]-[M2]-[Y] [T1] @ Lokasi # Keterangan # [MAKE], [MODEL] # [N1] [Kandungan Template interpretZZ.com] Format Ringkas Gunakan format ringkas ini untuk gambar yang selalunya daripad...

[t20f16] Travelog Bukit Malawati

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   Singgah makan tengahari di MEDAN SELERA DATARAN MALAWATI. Ada juga kemudahan SURAU dan TANDAS di sini. # Friday, 26 June 2020, 14:14 # 20200616 # Kamera: SONY ILCE-5000 # Gambar: DSC09414 # Lokasi: https://goo.gl/maps/DeB6JPyc1XyA9nCbA  # Selepas turun dari Bukit Malawati kami pusing-pusing di sekitar Dataran Malawati untuk merakam gambar tanda kenangan pernah sampai di sana. Mercu tanda Dataran Malawati bersama ikon traktor. # Friday, 26 June 2020, 15:49 # 20200626 # kamera SONY ILCE-5000 # gambar DSC09497 # KS 370, Dataran Kuala Selangor, Jalan Raja Lumu, Kampung Telok Piai, 45000 Kuala Selangor, Selangor # https://goo.gl/maps/JNCpgC7FKLpm1TPa9  # ~20200616 ~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

[T20F26] Bermalam di Dorani Bayu Resort di Sungai Besar di Selangor di Malaysia

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Selesai sahaja melawat Bukit Melawati, kami meneruskan jalan-jalan PKPP kami dengan mencari tempat bermalam. Pada awalnya Mummy bercadang nak menginap di Sekinchan. Memandangkan kami hanya serbu sahaja dan tidak membuat tempahan awal, taqdir menemukan kami dengan Dorani Bayu Resort and Services yang terletak di Sungai Besar. Resort terapung di atas lautan Selat Melaka ini kami diami dengan harga RM 180 (satu ratus dan lapan puluh Ringgit Malaysia) iaitu kadar semalaman bagi chalet terapung dengan katil queen dan menghadap laut. Chalet lain di Dorani Bayu Resort ini ditawarkan dengan harga lebih rendah. Dorani Bayu Resort ni terletak bersebelahan dengan D'muara Ikan Bakar. Tedi pernah dengar nama kedai makan tersebut. D'muara Ikan Bakar adalah tempat makan terkenal bagi pencinta makanan laut, malahan di sini anda boleh juga bermalam di bilik yang disediakan. Gambar resort di atas lautan Selat Melaka # DORANI BAYU RESORT & SERVICES SD...

[T20F27] Singgah di Menara Condong Teluk Intan

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Memandangkan ada yang bertanya mana gambar Menara Condong Teluk Intan maka Tedi kepilkan di sini untuk tatapan kalian. Jika kalian nak lukisan menara condong Teluk Intan sila ke kiriman bertajuk  Lukisan Sebuah Menara Usang . Sekadar untuk maklumat ringkas menara condong sebenarnya bukanlah dibina condong sebaliknya ia menjadi condong setelah beberapa lama. Terletak di Teluk Intan atau pada suatu masa dulu dipanggil Teluk Anson, berhampiran dengan Sungai Perak. Kami singgah di sini setelah  Bermalam di Dorani Bayu Resort di Sungai Besar di Selangor di Malaysia . Kami mahu menuju ke Lumut sambil itu mencari tempat yang menarik untuk dikunjungi dalam perjalanan. Sebenarnya bukan di tengah perjalanan kerana jika diceritakan secara ringkas untuk ke Teluk Intan kita kena ke kanan di persimpangan jambatan Sungai Perak, ini bermakna kita kena patah balik jika mahu ke Lumut. Teta...

Game of Khans Cheat Sheet

Imej
Game of Khans adalah permainan video yang boleh dimainkan dalam telefon pintar dengan memuatturun aplikasi Game of Khans. Permainan mobile ini berlatarbelakangkan perjuangan bangsa Monggol, tetapi kesemua watak dalam permainan mobile ini adalah rekaan semata-mata. Jika kawan-kawan buta sejarah, Genghis Khan adalah tokoh terkenal dalam peluasan empayar Monggol sehingga dibina satu patung gergasi untuk merakam kegemilangan Genghis Khan ini. Game of Khans - Inspire your people, Rule with wisdom.   Affinity buat Advisors dalam Game of Khans Affinity adalah satu sistem di mana para Advisors (penasihat) akan menerima kuasa tambahan, selalunya apabila pemain berjaya mengumpulkan koleksi Advisors mengikut bakat masing-masing. Sebagai contoh jika pemain mengumpulkan koleksi 5 orang Advisors dari kumpulan Fierce Warriors dan mencecah tahap Affinity 5 bintang (jumlah bintang keseluruhan bagi semua advisor), pemain akan mendapat peningkatan Power (kuasa) sebanyak 3%. Tidak perlu kump...

Kesilapan sering dilakukan pengusaha kedai makanan Melayu

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Tedi agak kecewa dengan prestasi beberapa kedai makan yang diusahakan orang Melayu yang Mommy dan Master lawati sebelum ini. Kandungan:  Menu Makanan Tidak Sesuai |  Tandas |  Promosi |  Makanan tak sedap |  Kualiti Masakan Tidak Konsisten |  Muka Masam Macam Layan Pengemis Menu Makanan Tidak Sesuai Tidak menyediakan menu sebagai panduan, sebaliknya hanya cakap mulut sahaja. Hal ini menyusahkan pelanggan. Walaupun mungkin apa yang mereka nak makan itu biasa-biasa sahaja seperti Nasi Goreng Kampung tapi menu tetap perlu ada untuk memberi pilihan kepada para pelanggan. Menu juga boleh menjadi satu bentuk promosi. Letakkan gambar dan nama yang menarik mungkin boleh menarik minat pelanggan untuk mencuba. Pelanggan mungkin akan tangkap gambar menu tu dan dikongsikan dalam media sosial. Menu makanan juga membolehkan pelanggan membuat perbandingan harga dan memesan hidangan yang bersesuaian dengan poket mereka....

Aicond Haier untuk bilik tidur utama

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Akhirnya Master memasang aircond di bilik tidur utama rumah kami setelah Mummy asyik mengadu kepanasan semasa tidur dan Aina juga teruk berpeluh semasa tidur. Kandungan:  Minta Pak Lang Pasang Aircond Haier untuk Bilik Tidur Utama  |  Maklumat Aircond Haier untuk Bilik Tidur Utama . ~  🥰 jika sudi tolong klik iklan ya 🥰  ~ Minta Pak Lang Pasang Aircond Haier untuk Bilik Tidur Utama Bagi mengatasi masalah kepanasan di dalam bilik tidur utama, Master mengorek mana-mana tabungan yang ada. Korek sana, korek sini, akhirnya adalah bajet dalam RM 700 (tujuh ratus Ringgit Malaysia sahaja). Master kemudian bertanya kepada Pak Lang berapa kos diperlukan untuk memasang aircond di bilik tidur utama kami. Jawapannya ialah RM 1000 ke atas, mungkin seribu dua ratus Ringgit Malaysia, macam tu lah kosnya, Tedi tak rekodkan pula. Akhirnya Master pun tanya Pak Lang kalau boleh pasang  aircond dengan harga bawah RM 700. Pak La...

Maksud Nama Nor

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Memandangkan ada yang bertanya, maka Tedi terpaksa menjawab. Pada mulanya Tedi hanya membiarkan sahaja jawapan ini bermain di minda kerana Tedi berasakan bahawa soalan ini terlalu mudah. Tetapi setelah sekian lama, Tedi berasa Tedi perlu menjawabnya. Mungkin yang bertanya benar-benar mahukan jawapan. Kadangkala apa yang mudah bagi kita tidak pernah terjangkau dek orang lain. Fazura adalah salah seorang yang menpunyai awalan nama "Nur" pada namanya. Maksud nama Nor Maksud nama  Nor dalam Bahasa Arab ialah " cahaya ". Ini adalah nama yang popular buat orang Islam. Tedi tak pasti jika nama Nor ini digunakan oleh bukan Islam, tetapi mungkin sahaja maksudnya lain. Perkataan nor dalam Bahasa Inggeris pula bermaksud "dan bukan" yang didahului dengan perkataan neither . Jadi mungkin sahaja omputeh akan salah faham apabila membaca nama Nor ini. 😅 Contoh: neither him nor me (bukan dia dan bukan saya).  Selain di...

Lirik Lagu Darah Satria

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Darah Satria adalah tajuk sebuah filem berlatarbelakangkan ketenteraan. Kiriman ini adalah berkenaan lirik lagu tema filem tersebut. Tedi tonton dalam YouTube sedutan filem ni, fuh rasa berkobar nak jadi tentera. Kerajaan Malaysia perlu menghasilkan lebih banyak filem sebegini dan diulang tayang banyak kali di kaca televisyen supaya dapat cuci otak anak-anak muda supaya bersemangat patritotik mempertahankan negara.   Lirik Lagu Darah Satria Lautan luas banjaran gunung Rezeki nan melimpah Bawah langitnya kami bernaung Rasa kasih tercurah Tanah airku bumi bertuah Tiada bandingannya Rela bersatu ganding tenaga Mendaulatkan tenaga Dengan sepenuh keazaman Semangatmu nan waja Keranamu rela berkorban Engkaulah pertiwi yang tercinta Darah satria Darah satria Berkobar di dada Tinggalkan ibu Tinggalkan ayah Serta sanak saudara Membuktikan kesetiaan kita Kepada bumi Malaysia Dengan sepenuh keazaman Semangatmu nan waja Keranamu rela berkorba...

Redmi Note 5A Prime tak boleh hidup

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Buat hal pula Redmi Note 5A Prime ni Hari ini telefon pintar Master si Xiaomi Redmi Note 5A Prime tu buat hal pula tak mahu hidup, walaupun ada paparkan logo Mi dan kadar cas bateri sebanyak 36%. Hard Reset Telefon Pintar Xiaomi Redmi Note 5A Prime Hasil carian Google mengatakan boleh hard reset untuk hidupkan telefon pintar Redmi Note 5A tersebut. Cara untuk hard reset telefon pintar Xiaomi redmi Note 5A Prime ialah dengan menekan butang kuasa dan butang kuatkan suara secara serentak. Apabila logo Mi keluar, lepaskan tekanan ke atas butang kuasa sambil kekalkan menekan butang kuatkan suara. Master cuba beberapa kali namun hampa. Inilah rupa telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A Prime yang dibeli Master dua tahun dua bulan lalu dengan harga RM 599. Masalah Bateri atau Motherboar d? Selain itu ada juga ki...

Bacaan ke 1 juta

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم interpretZZ mencecah 1 juta paparan Wow, sedar-sedar hari ini interpretZZ telah mencecah penanda aras 1 juta paparan. Terima kasih sekali lagi kepada para pembaca interpretZZ. Ketika menyedari hal ini, Tedi sedang menyunting kiriman bertajuk  My Beautiful Malaysia, Kuala Kangsar , belum pun siap lagi, baru masukkan 2 keping gambar, tapi biasalah kan Tedi memang buat perlahan-lahan sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit kerana kekangan masa. Tambahan menaip kiriman dalam blog ni pun  stress juga. Tapi sebab nak capai tahap macam inilah ia perlu diusahakan juga. 20200615, tarikh di mana interpretZZ mencatat paparan ke sejuta. Rekod sebelum ini ialah bacaan ke 500,000 iaitu pada 26 Mac 2018. Ini bermakna interpretzz mengambil masa seperti di bawah untuk mencapai 500000 bacaan: 2 tahun 2 bulan 19 hari 812 hari. Ini bermakna bacaan purata sehari bagi 500000 bacaan terkini ialah 616 bacaan sehari. Terima kasih semua.

Beralih kepada Sophos

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Beralih pula kepada Sophos Komputer Windows 7 Tedi ni terlalu usang, namun masih digunakan kerana Tedi hanya mahukan penggunaan ringan iaitu untuk menaip dan edit gambar sahaja. Masalahnya sekarang ialah sudah semakin sukar untuk mencari antivirus yang sesuai. Kini Tedi mencuba pula antivirus daripada Sophos, satu nama yang Tedi tidak pernah dengar.  Sophos Group plc adalah syarikat perisian dan perkakasan keselamatan Britain. Sophos mengembangkan produk untuk titik akhir komunikasi, penyulitan, keselamatan rangkaian, keselamatan e-mel, keselamatan mudah alih dan pengurusan ancaman bersatu. Pakcik Khalid memberi nasihat bahawa sudah cukup gunakan Microsoft Defender, tidak perlu gunakan Sophos. tetapi Tedi masih ingin mencuba antivirus ini. Walaupun Tedi mulai merasakan bahawa komputer riba Tedi semakin perlahan semasa  start . 20200615 Sebelum ini Tedi telah beralih kepada BitDefender. BitDefender ternyata telah memainkan pera...

Kedah FA Tak Patah Kaki

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ALOR SETAR : Ketua jurulatih Kedah FA , Aidil Sharin Sahak yakin skuad Lang Merah masih kukuh meskipun berhadapan tekanan isu gaji tertunggak dan berita mengejut mengenai seorang pemain Kedah FA mahu meninggalkan pasukan itu. Menurutnya segala isu yang dihadapi skuad Kedah FA tidak sesekali akan melemahkan semangat dan mengganggu persiapan pasukan Kedah FA dalam menjalani semula latihan yang dijadualkan 23 Jun ini. Saya sentiasa berhubung rapat dengan semua pemain Kedah FA untuk mengetahui permasalahan yang mereka hadapi termasuk isu tunggakan gaji, selain pemain senior turut berperanan mengukuhkan persefahaman pasukan. "Saya percaya dengan perkembangan positif yang ditunjukkan ini mampu mengukuhkan lagi perhubungan dan keyakinan setiap pemain yang ada dalam pasukan." katanya. Aidil juga yakin berita mengenai seorang pemain yang mahu meninggalkan Kedah FA seperti yang tersebar semalam tidak akan mengganggu keharmonian serta keya...

Susu Isian Pekat dan Manis F&N

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Susu Isian Pekat dan Manis F&N ni memang tak perlu ceritalah akan keberadaannya di dalam keluarga kami. Kami membesar bersama produk ini terutamanya untuk menikmati minuman pagi mahu pun petang. Kadangkala biskut lemak berintikan Susu Isian Pekat dan Manis F&N ini menjadi santapan pada waktu malam. Tuang di atas roti tawar pun sedap juga. Master tentulah gunakannya untuk membancuh Nescafe tarik kegemarannya. Jika nak kata pencabar terdekat, mungkin susu isian pekat manis SAJI sama tahap dengannya. F&N Sweetened & Condensed Filled Milk Taste Treasures 500G RM 3.63. Susu Isian Pekat & Manis Citarasa Teristimewa. Tanpa Kolesterol dan Asid Lemak Trans. # Saturday, 11 January 2020, 14:06 # 20200111 # IMG_20200111_140601.jpg # Xiaomi Redmi Note 5A # Tesco Putra Nilai # https://goo.gl/maps/RKsPNRRSUpXgxijy9 # Rekaan tinnya pada masa ini (20200605) juga memudahkan kita membuka penutupnya dan menuangnya ke dalam sajian kegemaran...

Behaviour Driven Development

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Projek mem-BDD kan unit test. Hari ini bermula satu tugas untuk menulis unit test yang ala-ala BDD. Bidaah je tu BDD. Kononnya nak bage developer terlepas  test case dalam  unit test mereka. Tapi tidak mengapalah, layan sahajalah. Ini adalah bahan rujukan Tedi semasa menjalankan kerja-kerja menampakkan  unit test bukan BDD seolah-olah seekor BDD. JUnit Params Salah satu benda yang perlu ada ialah kebolehan untuk hantar parameter kepada  unit test , jadi  developer tidak perlu menulis  unit test yang sama untuk data yang berbeza. BDD-kah ini? B-daah ye. https://dzone.com/articles/working-with-junitparams Mockito Bukan senang nak buat  unit test terutamanya jika kod itu tak patuh TDD. Nasib baik ada library seperti Mockito yang membantu kita mock apa yang perlu. https://www.vogella.com/tutorials/Mockito/article.html

Popular