Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel zz-201401

[t14a30] Rahsia Bumper "Sembuh" Sendiri: Kisah Proton Saga BLM Dirempuh Sebelum Ke Kota Bharu

Imej
Hari ni Master kelik awal dalam jam 5.30 petang. Sebabnya kami nak kejar bas ke Kota Bharu yang khabarnya bertolak jam 7.30 malam. Dah lama kami tak naik bas dan ini kali pertama naik bas di Dataran Nilai. Dirempuh dari belakang ketika keluar simpang Dalam perjalanan pulang tak berapa kilometer dari pejabat Master, kereta Proton SAGA BLM kami dirempuh dari belakang ketika Master berhenti sebentar untuk tunggu jalan clear . Nampak remuk sikit je, tapi tak tahulah kalau ada kecederaan dalaman. Pelanggar kereta kami tu minta maaf dan dia masih muda lagi walaupun tua daripada Tedi. Kereta Perodua Myvi dia teruk la juga dan kelihatan sejenis cecair mengalir keluar daripada keretanya, menunjukkan ada sesuatu yang bocor. Ni yang Master malas ni. Tidak lama kemudian datang beberapa orang mungkin yang digelar Tonto menawarkan khidmat menarik kereta kepada kami. Namun secara baiknya kami menolak kerana kami kan nak naik bas. Laporan polis pun kami tak buat kerana bagi kami kereta Proton Saga B...

[t14a21] Khatib, tolonglah petik nombor surah

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Khatib adalah mereka yang membacakan khutbah pada hari Jumaat K hutbah yang dimaksudkan adalah khutbah khas sebelum solat Jumaat atau boleh juga khutbah sunat selepas solat sunat Aidilfitri atau Aidil Adha. Selain daripada itu khutbah boleh juga dikatakan sebagai ucapan mengandungi kata-kata nasihat. Maksud khutbah yang sebenarnya tiadalah Tedi maklumi dan Tedi pada malam ini agak kemalasan untuk menyelak kamus. Definisi : (perkataan Arab) pidato (biasanya yang mengandungi ajaran atau nasihat keagamaan), syarahan . Contoh ayat: Sembahyang Jumaat didahului oleh khutbah . Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat http://gigitankerengga.blogspot.com/2010/06/khatib-menangis-sebak-baca-khutbah.html Perkataan khutbah ini yang Tedi benar-benar maklumi ia berasal daripada perkataan Arab. Namun jika dikaji lebih lanjut mungkin sahaja ia akan berasal daripada bahasa lain pula kerana manus...

[t14a26] Melawat Batu Malin Kundang di Pantai Air Manis Padang Sumatera Barat Indonesia

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Sebenarnya Tedi mencari gambar air manis dalam koleksi foto interpretZZ tetapi yang keluar adalah gambar replika batu tong kayu di bawah. Tedi pun terkesima dan mengkaji mengenai gambar ini, rupa-rupanya ini adalah foto semasa Mummy dan Master melancong ke Padang Indonesia di Batu Malin Kundang di Pantai Airmanis. Ia adalah hari terakhir mereka berada di Padang sebelum kembali ke Malaysia iaitu pada 26 Januari. Salah satu gambar pada hari tersebut terselit dalam kiriman bertajuk Selamat tinggal InterpretZZ ??? . Gambar kononnya peti kayu di atas kapal Malin Kundang yang telah menjadi batu akibat sumpahan ibunya. # Sunday, 26 January 2014, 10:40 # 20140126 # Canon EOS 500D # 20140126-padang (96)-EFFECTS # Air Manis, Padang Selatan, Padang City, West Sumatra, Indonesia # Malin Kundang ini kisahnya adalah serupa kisah Si Tanggang di Malaysia di mana watak ini akhirnya dikatakan ...

[t14a30] Maksud sebenar warna bendera Negeri Sembilan?

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Kandungan: Prakata Makna warna pada Marawa Minangkabau (Bendera Minangkabau) Maksud warna Bendera Negeri Sembilan Persamaan Istilah? Prakata Mungkin ramai mengetahui bahawa kerajaan Negeri Sembilan ada hubungan dengan Kerajaan Pagaruyung di Batu Sangkar. Alhamdulillah, ketika Tedi berkunjung ke Padang, Indonesia, kami juga dibawa melawat Istana Basa Pagaruyung (Istana Besar Pagaruyung) yang terletak di Batu Sangkar. Kalau nak cerita pasal Istana Besar ni, memang akan meleret-leretlah coretan Tedi ni nanti. Semoga Tedi diberikan masa dan kerajinan untuk merakamkan kenangan kami di sana. Cuma ada satu perkara yang Tedi teruja nak kongsikan bersama kawan-kawan. Pada istana ini terdapat 3 warna yang cukup meriah, iaitu kuning, merah dan hitam. Sekilas pandang warna-warna ini sahaja Tedi dah terasa semangat Negeri Sembilan meresap ke jiwa, kerana ketiga-tiga warna ini terdapat pada ben...

[t14a25] Melawat Lobang Jepang di Kota Bukittinggi di Sumatera Barat di Indonesia

Imej
Lobang Jepang adalah satu lokasi bersejarah dan menarik di Kota Bukittinggi yang kami lawati pada 25 Januari. Lobang Jepang atau Lubang Jepun adalah sebuah kubu bawah tanah penjajah Jepun. Kami dibawa ke sini pada jam 8:15 pagi waktu tempatan atau 9:15 waktu Malaysia. Kubu bawah tanah ini tidaklah besar sangat tetapi kerana kami dimomokkan dengan keluasannya dan potensi untuk kami sesat jika tidak menggunakan khidmat pemandu pelancong yang menanti di pintu masuk, akhirnya kami mengupah seorang lelaki tempatan untuk membimbing kami. Tidaklah rasa rugi sangat kerana pakcik itu pandai bercerita maka kami dapat mengetahui apa yang kami takkan tahu jika kami melawat Lobang Jepang itu secara sendiri-sendiri. Kembara Bukittingi - Pagar Ruyung Gambar pintu masuk Taman Wisata Panorama dan Lobang Jepang di Kota Bukittinggi di Sumatera Barat di Indonesia. Kelihatan penjualan barangan cenderamata di sana. Bangunan ini menggunakan bumbung dengan senibina Minangkabau. # Saturday, 25 January 2014, 08...

[t14a23] Singgah di Jam Gadang Bukittinggi Indonesia

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Setelah daftar masuk ke Campago Resort Hotel  dan berehat serta bersiap , Mummy dan Master keluar semula kira-kira selepas jam 4:35 petang menuju ke Jam Gadang. Gambar semasa dalam perjalanan dari Campago Resort Hotel ke Jam Gadang. Museum Perjuangan TRI Daya Eka Dharma. Jalan Panorama No. 24 Bukittinggi. Terbuka untuk umum. # Thursday, 23 January 2014, 16:50 # Canon EOS 500D # 20140123 terbang ke Padang (237) # https://goo.gl/maps/keY8Py6DSB7mwQxC6  # Mummy sedang membeli-belah di gerai di luar kompleks Jam Gadang Bukittinggi. Agak kelakar apabila para peniaga di sini panggil Mummy dengan gelaran "makcik". Cuma ada satu gerai yang sudah biasa berurusan di Malaysia sahaja panggil Mummy dengan gelaran "kakak". Mungkin para peniaga tidak sedar bahawa gelaran seperti itu sahaja akan membuatkan kaum wanita berkecil hati dan tak mahu berurusan dengan mereka. ...

[t14a23] Menginap di Campago Resort Hotel Bukittinggi Indonesia

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Mummy berposing depan CAMPAGO Resort Hotel yang didiami sepanjang bercuti di Bukittinggi. # Thursday, 23 January 2014, 16:35 # Canon EOS 500D # 20140123 terbang ke Padang (235) # 20140123 16:35 P94J+8M Campago Guguk Bulek, Bukittinggi City, West Sumatra, Indonesia # Selepas  Singgah di Pusat Dokumentasi Informasi Kebudayaan Minangkabau Padang Panjang di Indonesia , Mummy dan Master dibawa supir ke hotel yang akan mereka diami iaitu Campago Resort Hotel. Gambar Master berada di atas katil dalam bilik ini menunjukkan pada jam 14:32 mereka telah daftar masuk di Campago Resort Hotel Bukittinggi Sumatera Barat Indonesia. # Thursday, 23 January 2014, 14:32 # kamera DSLR Canon EOS 500D # 20140123 terbang ke Padang (212) #   Sabun, syampu, berus gigi di antara beberapa barang yang disediakan oleh Hotel Campago Bukittinggi # Thursday, 23 January 2014, 14:34 # Canon EOS 500D # 2014...

[t14a23] Topik sama, perspektif berita berbeza

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Siang tadi Tedi selamat sampai di Padang, Indonesia.   Kemudian kami terus bergerak ke Bukit Tinggi . Ada beberapa tempat kami singgah, tapi Tedi nak cerita pasal berita mengenai banjir yang sedang melanda Jakarta . Beritanya sangat berinformasi dan memang banyak liputan yang dibuat. Rasanya hampir 50% berita adalah mengenai banjir! Mula-mula berita pasal masalah kesihatan akibat banjir, banjir mulai surut, penyediaan makanan untuk mangsa banjir, aktiviti pembersihan selepas banjir, kerajaan takkan beri pampasan kepada mangsa banjir, kebakaran di pusat pindahan banjir, dan mangsa banjir mati lemas. Banyak kan berita bertajuk banjir? Tedi tak berganjak menonton berita tu kerana ia betul-betul berita! Dan berita itu memang membantu Tedi mengetahui kesadisan masalah banjir di Jakarta. Cuba kita imbas kembali  berita banjir edisi Malaysia ... Adakah ia memberi maklumat bagaimana keadaan banjir di negara kita? 20140123

[t14a29] 3 pemergian yang tidak dijangka

Imej
Sekembalinya ke Malaysia dari Padang, Indonesia... Master dikejutkan dengan 3 pemergian. Semua makhluk akan merasai mati, dan matilah dengan diingati segala bakti.  http://www.kl-today.com/2011/07/pemergian-dr-lolo-amat-dirasai/ Pertama, jiran setaman perumahan kami meninggal dunia pada petang Sabtu di Hospital Kuala Lumpur setelah mengalami pendarahan dalam kepala. Arwah merupakan penduduk pertama yang meninggal dunia di taman ini. Kedua, bapa kepada teman sepejabat Master juga meninggal dunia... kebetulan juga di Hospital Kuala Lumpur pada pagi Sabtu. Ketiga, pemergian Ustaz Harun Taib juga pada hari Sabtu. Ustaz Harun telah pergi, semoga ada generasi yang mampu menjadi ganti.   http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=119042:pkr-ucap-takziah-pemergian-ustaz-harun&Itemid=2#axzz2ri8VGf5z Semoga Allah merahmati roh mereka semua. Al-Fatihah. ******* 29 Jan 2014, 20140129

Travelog BukitTinggi Indonesia NA24

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Sepatutnya pada pagi ini 20210125, Tedi siapkan kerja, namun tiada akses satu pangkalan data pula. Memandangkan Google Photos mengimbau gambar-gambar ini maka Tedi berasakan agak rugi untuk membiarkan mereka terperam sahaja.  Ini adalah koleksi gambar ketika kami melancong ke Bukit Tinggi di Indonesia di mana ini adalah hari ke-2 pelancongan kami di Sumatera Barat ini. Tedi juga telah berjaya lengkapkan timeline pelancongan ini berdasarkan kepada maklumat daripada gambar-gambar yang dirakam Master. Cuma mungkin jalan yang dipilih Google Maps adalah tidak seperti jalan sebenar yang kami lalui.   Pusing-pusing Jam Gadang Hari ke-2 ni pengalaman kami meronda di Jam Gadang pada waktu malam dengan suasana yang meriah. Sebabnya hari ni hari Jumaat bermakna malam minggu. Kalau tak silap kemeriahan suasana malam di Jam Gadang ni hanya pada Jumaat dan Sabtu kerana pada dua ...

Merayau di Pasar Malam Taman Seroja

Imej
Harga buah naga di Pasar Malam Taman Seroja pada 20210111 ialah MYR 12 (dua belas Ringgit Malaysia) per kilogram. # Monday, 11 January 2021, 20:44 # 20210111 # IMG_20210111_204420_HHT # Kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A # 39-17, Jalan Seroja 6, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor # RPHH+2V Sepang, Selangor # 20170109: Mencari Buah di Taman Seroja Malam ini Mommy ajak singgah ke Pasar Malam Taman Seroja. Ini adalah malam pertama kami singgah ke pasar malam tersebut pada tahun 2017 ini. Pada mulanya Master macam tak percaya Mommy ajak ke pasar malam yang terletak di Bandar Baru Salak Tinggi tu kerana Mommy kata dia nak diet dan masak makanan sendiri tanpa gula dan garam. Tapi apabila Mommy kata dia nak beli buah-buahan, Master terus membawa kami ke sana. Kali ini kami singgah ke gerai buah-buahan, gerai ikan dan makanan laut, gerai sayur, dan juga gerai makanan. Master beli laksa sebagai santapan pada malam ini. Mommy pula makan roti sahaja. Berikut adala...

Kembali mencuba Opera 12, setelah dikecewakan Midori

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Midori ternyata mengecewakan. Sebelum ini Tedi ada cerita mengenai pelayar web Midori yang Tedi cuba sebagai alternatif kepada Google Chrome . Ternyata Midori amat mengecewakan kerana ia tidak seringan yang disangkakan. Jika mahu dibandingkan dengan Google Chrome daripada pelbagai spesifikasi, tentunya ia jauh ketinggalan kerana Chrome daripada kategori heavyweight . Sebab itulah Tedi hanya harapkan kepada kepantasan dan keringanannya sahaja kerana Google Chrome semakin sarat dengan pelbagai aksesori. Tetapi ternyata Midori tidak cukup pantas.   Kali ini Tedi kembali kepada Opera, kini dalam versi 12. So Simple, Yet So Powerful   Opera adalah pelayar web yang asalnya direka untuk mobil dan kini mencabar pelayar web komersial untuk dekstop . Tedi pernah menggunakan Opera 10 sebelum ini namun meninggalkannya kerana Google Chrome lebih pantas. Kini setelah 2 versi berlalu, adakah Opera 12 bisa menewaskan Google Opera 31? Vers...

Asal-usul lagu Alangkah Indah di Waktu Pagi

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Kebelakangan ni Master selalu dodoikan Tedi dengan lagu klasik. Kandungan:  Dokumentari "Whose is this song?"  |  Lagu mengenai cinta kepada seorang kerani?  |  Sebuah lagu menjadi punca persengketaan?  |  Ada dalam 3 versi.  |  Ada di 47 buah negara? Lagu yang dipetik daripada filem Ali Baba Bujang Lapok itu berlirik seperti ini: Alangkah indah di waktu pagi,    burung bersiul menyanyi-nyanyi, Terbang bebas di angkasa tinggi,    hidup bersenang hati, Tidak seperti burung di sangkar,    hatinya sedih hidupnya sukar, Makan diberi, minum disukat, terkurung terikat. Kemudian Tedi pun semak melalui YouTube mana tahu kalau ada versi moden dengan lirik yang lebih jelas, namun hampa! Tapi yang menariknya Tedi menemui Selawat Tihami yang menggunakan rentak yang sama. Jadi Tedi cari lagi kalau-kalau ada lagu lain dengan lirik yang sama sebab ada komen yang katakan lagu ini t...

Syiah tu maksudnya apa?

Imej
Tedi lihat Master terkedu sebentar apabila diajukan soalan itu. Mengikut pembacaan Tedi, ada juga Syiah yang macam Mazhab Shafie di mana mereka ini ok kerana Syiah ini pada asalnya, imam yang "dilantik" itu pun tidak mengadakan mazhab Syiah. Jika benar pemahaman Tedi, ini sama sahaja seperti mereka yang Ahli Sunnah tapi melanggar syariat dan ajarannya. Sebab itu ulama berkata untuk menepis semua dakyah adalah melalui pemahaman ke atas manhaj Ahli Sunnah wal Jama'ah itu sendiri.  http://www.al-ahkam.net/home/sejauh-manakah-nahjul-balaghah-itu-benar-benar-dari-ali-ra *** Tambahan soalan itu datangnya daripada seorang budak sekolah rendah yang baru di darjah 5. "Tak tahulah pula maksudnya" - jawab Master. Apabila Tedi tanya jika Master tiada perasaan malu ketika mengaku yang dia bebenar tidak tahu jawapannya, Master jawab. "Lebih baik mengaku tidak tahu daripada memberi jawapan yang menyesatkan orang lain." Maksud menyesatkan i...

Popular