Harga Tayar Kereta Rim Saiz 15 Inci
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Nampaknya dah kena tukar tayar kereta Proton Persona 2009. Kereta Proton Persona menggunakan tayar 15 inci. Kandungan karangan ini: # Saiz Tayar # Harga 195/55/R15 # Harga 195/60/R15 Sudah tentulah Master nak menggunakan tayar murah tetapi berkualiti di Malaysia ni. Sebelum ni kami sudah menggunakan tayar Michelin, tayar Viking, dan tayar Continental sebagai tayar kereta kepada kereta Proton SAGA BLM dan Proton Persona. Tayar Continental mungkin takkan kami pertimbangkan untuk digunakan lagi kali ini, begitu juga dengan tayar Michelin, kerana kedua-duanya cepat haus kerana materialnya lebih kepada keselesaan dan cengkaman jalan basah. Semakin lembut tayar kereta lebih bagus tayar mencengkam permukaan jalan. Pak Lang Epul mencadangkan agar kami gunakan tayar Falken untuk menggantikan tayar Continental yang digunakan pada kereta Proton Persona kami sekarang. Saiz Tayar Kereta Proton Persona Elegance Pak Lang kata saiz tayar untuk kereta Proton Pe...