Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Summoners War

Kompilasi penakluk Giant's Keep B8 - Raksasa Angin

Imej
Baiklah hari ini Tedi nak buat sedikit catatan tentang Giant Dungeon yang baru sahaja Tedi berjaya takluki setelah mencuba beberapa kombinasi raksasa yang ada dalam koleksi Tedi. Giant Dungeon yang paling tinggi Tedi takluki setakat ini adalah B8 iaitu Wind Giant (Raksasa Angin). Secara teorinya untuk menewaskan Wind Giant di B8 tentunya memerlukan makhluk berunsur Api. Malangnya Tedi tidak punyai ramai makhluk api yang bagus tapi nasib baik Tedi ada 2 ekor makhluk api dari kategori NB5 dan NB4. Kompilasi makhluk yang Tedi gunakan untuk menewaskan Giant B8 adalah: Sekhmet 5*, Raoq 6*, Chasun 6*, Fire Occult Girl 5*, dan Belladeon 5*. Sekhmet 5* Tedi pilih Sekhmet sebagai ketua kerana dia boleh menaikkan HP rakan seperjuangan sebanyak 33%. Dia ni belum hebat lagi kerana Tedi belum habis build barisan rune miliknya disebabkan kekurangan mana stone. Tapi Tedi suka 1 skill dia yang boleh mencuri buff pihak lawan dan digunakan pada dirinya sendiri. Sungguh awesome kan? Skill itu bukan...

[t17b05] Giant Keep B10 in 3 minutes

Imej
Lama Tedi tidak mencatat pasal Summoners War . Malam ni Tedi nak rekodkan pasal pasukan Giant's Keep B10 milik Tedi yang kini berjaya mencapai kelajuan perang 3 minit. Monster yang Tedi gunakan mengikut susunan adalah Veromos 6*, Theomars 6*, Chasun 6*, Belladeon 6* dan Bernard 5*. Summoners War Dragon's Keep B10 team bawah 3 minit 20170205

11 Oktober

Imej
Dah lewat ni, sepatutnya Tedi sudah kena masuk tidur ni... Alhamdulillah, petang tadi dekat jam 7 malam berjaya juga Tedi membuatkan proses kemaskini ID Cincin Kekunci berfungsi dengan baik. Puaslah Tedi belek dan belek, sehingga akhirnya terpaksa Tedi debug baris demi baris sebelum Tedi kenalpasti bahawa punca masalah adalah disebabkan oleh nilai yang tidak tepat pada 3 set 3 jenis Kunci Terpelihara Global Platform . Ia menyebabkan proses penulisan ke dalam Modul Capaian Terpelihara tidak dapat dilakukan kerana proses pengesahan gagal. Tedi tak faham juga kenapa 6 set pembolehubah yang berlainan yang Tedi umpukkan dengan 3 set Kunci Terpelihara yang berlainan boleh pula tiba-tiba mendapat nilai yang sama? Tidak pernah Tedi melihat perkara sebegitu. Memandangkan fungsi itu disediakan oleh pelajar lain, Tedi biarkan sahajalah, asal ia berfungsi. Tadi Mommy tanya, siapa Budak Baik? Biarlah rahsia... hehe... Tengahari tadi Tedi berbual dengan seorang pemilik Myvi. Terkejut j...

Summoners War: Good or Food Monster List

Imej
Bagi setiap penyeru di dalam Perperangan Penyeru (Summoners War) , persoalan utama yang akan bermain di minda kita ialah sama ada sesekor raksasa itu untuk simpan atau makan (good or food)?

Mengapa Chloe berguna?

Imej
Mengantuk betul Tedi, dah taip dalam masa 45 minit tetiba komputer riba DELL ni boleh hang dan reboot pula. Sia-sia sahajalah Tedi menaip selama tu. Bercerita pasal Summoners War, Tedi kini kebuntuan kerana ketiadaan seekor healer untuk membantu Pasukan Perang Ke-2 Tedi yang kini diketuai oleh Rica dan dibantu oleh Raoq. Mereka mendapat pertolongan daripada Chasun, Belladeon, dan kadangkala daripada Colleen dalam beberapa siri peperangan sebelum ini. Sudah pasti keputusan yang diterima adalah tidak memberangsangkan. Chasun tidak boleh diserapkan ke dalam Pasukan Perang Ke-2 Tedi kerana ia adalah ahli Pasukan Perang Pertama yang dianggotai oleh Water Fairy dan Chandra. Kadangkala Tedi gunakan Konamiya untuk gantikan Chasun apabila ia membantu Pasukan Perang Kedua. Maka Tedi memeriksa barisan monster yang Tedi ada dan di sana Tedi menjumpai 3 calon yang dicadangkan orang ramai iaitu Belladeon, Chloe, dan Acasis. Bella memang telah lama ada dalam skuad perang Tedi cuma dia b...

Theomars Sang Ifrit Air

Imej
Binaan Rune untuk Theomars Theomars amat berkuasa dalam serangan individu, binaan rune untuk pemain baru patut fokus kepada kepantasan seperti Swift/Blade(Spd/Crit D%/Atk%) untuk memperguna kuasa pemusnah yang ada pada skill pertama Theomars yang bergantung kepada kelajuan. Pemain hanya perlukan jumlah critical rate 76% yang mana akan menjadi 100% critical rate apabila Theomars menjadi ketua. Sumber gambar:  Koleksi Gambar Theomars daripada Instagram Untuk pemain otai pula, Violent/Blade(Spd/Crit D%/Atk%) adalah set yang bagus. Violent proc selalunya akan mengenakan sumpahan maut ke atas monster musuh. Lebih laju Theomars bermakna lebih ganas serangannya. Substats Penting:  Spd, Crit R%, Crit D%, Atk%, Acc%

Siapakah Chasun si Penari Langit Angin?

Imej
Selamat pagi semua. Pagi ni Tedi terjaga awal mungkin sebab terlena awal malam tadi. Tedi tak perasan pula bila Tedi terlena tapi rasanya semasa rancangan My Kitchen Rules sedang ke udara. Memandangkan Tedi dah terjaga ni, Tedi contenglah sedikit interpretZZ ni memandangkan dah beberapa hari Tedi abaikan ia sempena melayan jemputan ke rumah-rumah terbuka mahupun rumah-rumah yang tertutup. Tapi hari ini Tedi nak mengarut sedikit, nak ceritakan pasal satu watak yang baru sahaja Tedi perolehi dalam permainan Summoners War. Chasun versi Malam Malaysia oleh Carmenomo Wind Skydancer (Penari Langit Angin) a.k.a Chasun Wind Skydancer ni Tedi baru sahaja perolehi daripada Gulungan Mistik (Mystical Scroll). Wind Skydancer ini adalah dari kelompok makhluk 4 bintang dalam Summoners War di mana ia digelar NB4 atau Nat4 yang bermaksud makhluk yang asalnya 4 bintang (natural born at 4 star). Ini adalah kerana dalam Summoners War, kita boleh sahaja naiktaraf mana-mana makhluk kepada 6 bintang...

Popular