Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel insurans

T18A23 Tuntut Kerugian Sepenuhnya di Takaful Ikhlas Bangsar South

Semalam Master ke Takaful Ikhlas di Bangsar South untuk bertanyakan perihal dokumen-dokumen yang perlu disediakan untuk menerima tawaran tuntutan sepenuhnya ( total loss ) daripada Takaful Ikhlas. Tuntutan total loss kami dinilai RM 11000 (sebelas ribu ringgit Malaysia) untuk kereta Proton SAGA BLM 1.3 MT IAFM tahun 2009. Nilai diinsuranskan ialah RM 13000 (tiga belas ribu ringgit Malaysia) Kandungan karangan kali ini: Barang yang perlu disertakan semasa terima tuntutan total loss Nasib baik Takaful Ikhlas dekat Berapa lama tuntutan insurans total loss diproses? Ada tarikh luputkah untuk terima tuntutan total loss?  Lokasi ke IKHLAS  Point di Bangsar South Barang yang perlu disertakan semasa terima tuntutan total loss Mengikut surat tawaran yang diterima Mommy, kami kena serahkan (mengikut kes kami): Semua kunci kereta yang diisytiharkan sebagai total loss . Kami cuma ada satu kunci sahaja iaitu kunci pendua manakala kunci utama semasa kami kemalangan telah hi...

[t15f22] Beli insurans hayat online di Malaysia

Imej
Kuala Lumpur: U for Life Sdn Bhd (U for Life), syarikat pengendali platform insurans hayat atas talian pertama di negara ini yakin penyelesaian insurans menyeluruh yang ditawarkannya mampu membantu usaha kerajaan meningkatkan kadar penembusan insurans hayat kepada 75 peratus menjelang 2020 berbanding 56 peratus ketika ini. Pengurus Besarnya, Iskandar Ezzahuddin berkata, keyakinan itu adalah berdasarkan kepada ciri penyelesaian insurans terbabit yang membolehkan pelanggan membeli insurans hayat secara lebih mudah, pantas dan murah. “Sebelum ini, kebanyakan individu menganggap pembelian insurans hayat sebagai satu proses remeh dan membabitkan kos tinggi, sekali gus menjadi halangan untuk mendapatkan insurans hayat,” katanya di sini. Beliau berkata, platform U for Life mengubah kembali cara pelanggan membeli insurans hayat di mana segala masalah membabitkan pembelian polisi dilakukan secara lebih mudah. Menurutnya, platfom itu menyediakan maklumat mengenai insurans hayat m...

Dipermainkan towing bernama Nazir panel Takaful Ikhlas

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   Tedi sebenarnya malas nak mengarang atau kirim sesuatu pasal keburukan perkhidmatan sesiapa, tapi tak patut kalau ada orang lain menjadi mangsa seperti kami. Orang ramai di Malaysia patut tahu kehodohan sikap para penunda kereta yang menjadi panel insurans ni. Dia sanggup buat kami menunggu berjam-jam lamanya, malahan tidur dalam kereta di luar balai polis demi nafsu tamak dia. "Sudah jatuh ditimpa tangga" , mungkin itulah peribahasa paling sesuai untuk menjelaskan keadaan Master. Sudahlah kemalangan pada 21 Disember 2017 lalu, anak isteri masuk wad kecemasan, kemudian baby Aina dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani pembedahan plastik pada 22 Disember. Master tidak mengikut ke HKL kerana beliau mahu menyelesaikan urusan menarik kereta Proton Saga BLM yang tersangkut di pembahagi jalan Cyberjaya susur keluar ke Dengkil. Master telah menghubungi E-Ikhl...

Insurans perubatan RM50 sehari untuk golongan B40

Imej
Alhamdulillah jika benar, moga ia berjalan dengan telus dan tulus. Jangan nanti Dr. Mahathir kata takkan dilaksanakan kerana tak mahu rakyat Malaysia bermentalitikan subsidi sudahlah. Kita hidup dalam negara ni samalah macam dalam satu takaful, sumber yang ada yang disumbangkan oleh mereka yang berkemampuan sepatutnya mampu membantu mereka yang tidak berkemampuan. BUTTERWORTH – Kerajaan Persekutuan Malaysia menyediakan skim perlindungan kesihatan untuk golongan B40 sebanyak RM50 (lima puluh Ringgit Malaysia sahaja) sehari bagi tempoh maksimum 14 hari atau RM700 (tujuh ratus Ringgit Malaysia sahaja) setahun. Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng berkata, perkara itu telah diumumkan semasa Belanjawan 2019 tetapi tidak mendapat liputan meluas oleh pengamal media. Kita semua sedia maklum apabila orang miskin sakit, dia tak ada sumber pendapatan, dan biasanya mereka tak ada kemampuan untuk beli insurans perubatan. “Itulah sebabnya kerajaan nak berikan satu insentif untuk...

MRTA atau MLTA?

Imej
Kuala Lumpur: Bakal pembeli rumah atau pelanggan berhak untuk memilih sama ada untuk memilih insurans perlindungan rumah yang ditawarkan atau mencari sendiri insurans yang mampu memenuhi keperluan kewangan masing-masing. Presiden Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (Aibim), Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid berkata pemilihan insurans daripada pihak bank bukanlah satu perkara mandatori dan ia bergantung kepada kemahuan pembeli rumah itu sendiri. “Bank tidak melarang jika terdapat pelanggan mahu memilih sendiri insurans perlindungan yang dirasakan lebih baik cuma apa yang bakal timbul daripada situasi ini adalah proses untuk mendapatkan pinjaman dan insurans rumah akan memakan masa sedikit lama,” katanya pada Bisnes Metro di sini, semalam. Beliau berkata, pihak bank secara lazimnya menawarkan insurans mengikut keutamaan dengan syarikat insurans tertentu bagi memudahkan urusan pendaftaran dan pengendalian pembiayaan pinjaman dan insurans perlindungan rumah. ...

Perbaharui Cukai Jalan Subaru XV 2020 Atas Talian

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, tqvm Pada tahun 2020 ini wabak Covid-19 telah melanda dunia, tidak terkecuali negara Malaysia ini. Rakyat Malaysia telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan di mana rakyat tidak dibenarkan bergerak sesuka hati. Salah satu masalah yang muncul akibat Perintah Kawalan Pergerakan ialah manusia tidak boleh bekerja di pejabat seperti biasa. Hal ini sekaligus menghalang urusan memperbaharui cukai jalan kenderaan, kerana pelanggan dan penyedia perkhidmatan masing-masing tidak dapat bergerak. Tetapi sebenarnya Covid-19 ni membawa rahmat kepada manusia. Ia menyedarkan manusia bahawa tidak semestinya kedua-dua pihak perlu bertemu. Urusan perniagaan sebaliknya boleh dijalankan di atas talian.   Takaful Ikhlas hubungi Master Tiba-tiba sahaja Takaful Ikhlas hubungi Master, menawarkan kepada Master pilihan untuk memperbaharui insurans kereta menggunakan email. Setelah Master bersetuju...

Perbaharui cukai jalan SAGA BLM di Takaful Ikhlas HQ

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Hari ini Master perbaharui cukai jalan (renew roadtax) bagi kereta Proton SAGA BLM H-Line 1.3 IAFM transmisi manual kerana cukai jalan tamat tempoh. Aktiviti beli insurans dan perbaharui cukai jalan tamat tempoh itu berlaku di ibu pejabat Takaful Ikhlas Berhad di Bangsar South. Untuk kereta Proton SAGA yang dah berusia 7 tahun itu: nilai perlindungan ialah RM 16,000 dan harga sumbangan asas ialah RM 663.80. Ditolak dengan kadar NCD sebanyak 55% atau RM 365.09. Ditambah dengan insurans cermin sebanyak RM 75. Menjadikan jumlah kasar perbaharui cukai jalan tamat tempoh sepatutnya dibayar ialah RM 373.31. Kami dapat pula diskaun 10%, atau berjumlah RM 37.37, menjadikan sumbangan selepas diskaun ialah RM 336.34. Tapi kami dikenakan pula Cukai Perkhidmatan dan Jualan atau lebih terkenal dengan panggilan GST untuk perbaharui cukai jalan tamat tempoh, sebanyak 6% atau RM 20.18. Dan untuk melengkapkan pembelian cukai jalan itu kami dikenakan St...

Empat juta pemegang polisi insurans terima kesan SST

Imej
KUALA LUMPUR - Kira-kira empat juta pemegang polisi insurans am yang memperbaharui atau membeli polisi mereka semasa tempoh percutian Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan terjejas oleh rejim Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kata Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM). Timbalan Pengerusi, Chua Seck Guan berkata, Saya dibayar jika kereta atau TV saya dicuri? Tetapi tak dapat apa-apa apabila suami saya dirampas wanita lain? mereka semasa tempoh GST berkadar sifar daripada Jun hingga Ogos. "Apabila mereka membeli atau memperbaharui polisi mereka semasa tempoh cuti cukai, mereka membuat bayaran sekali gus untuk 12 bulan. "Tetapi tempoh berkadar sifar itu hanya berkuat kuasa mulai Jun hingga Ogos, yang bermakna mereka masih perlu membayar SST untuk baki sembilan bulan mulai September," katanya semasa sidang akhbar mengenai Sidang Kemuncak Insurans ASEAN Ke-3 (AIS ke-3) yang akan datang di sini, hari ini. Chua berkata, PIAM telah merayu kepada Kementerian Kewangan...

Cukai Jalan Kereta Proton Persona Duel Blitz Eterna

Imej
2019 Setelah asyik lupa sahaja maklumat umum berkenaan cukai jalan kereta Proton Persona 2007 kami, Master mengarahkan Tedi memasukkan satu kiriman berkenaan pembaharuan cukai jalan kereta Proton Persona tersebut. NCD: 25%, Roadtax: RM 90, Caj Cukai Jalan: RM 15.60, Jumlah Pembayaran (Insurans sahaja): RM 509.60, Sumbangan Asas: RM 578.25 Jadi jumlah duit keluar untuk perbaharui cukai jalan kereta Proton Persona 2007 pada tahun 2019 ini lebih kurang RM 605.20 jika Tedi tak silap congak. Master turut mengambil perlindungan insurans cermin hadapan (windscreen) dengan jumlah perlindungan sebanyak RM 600 dan bayaran dikenakan ialah RM 90. tarikh tamat perlindungan insurans kenderaan ini ialah pada 29 September 2020. Takaful Ikhlas dah bagi plastik untuk kita lekatkan cukai jalan sebelum ditampal pada cermin kereta. Tidaklah kita terus tampal roadtax tu pada cermin kereta tanpa alas. Tidak perlu pula kita bersusah-payah cari plastik lain seperti sebelum ini.  Master suka gunakan ...

Tuntut Insurans Selepas Bunuh Ibu

Imej
Kira-kira seminggu sebelum Krismas pada tahun 2015, Michael Gallagher hidup di bawah delusi bahawa apartment di Minneapolis yang didiami ibunya yang berusia 89 tahun dipenuhi pepijat. Ketika itu dia percaya bahawa ibunya menderita dan satu-satunya penyelesaian untuk mengusir penderitaan ibunya itu, seperti apa yang dimaklumkannya kepada pihak berkuasa, adalah dengan "menghantar ibunya ke syurga." Jadi dia membunuh Patricia Gallagher dengan memukul dan melemaskan ibunya di apartment tersebut. Ironinya, sekarang dia membuat tuntutan wang insurans hayat mendiang ibunya. Biasanya ia tidak akan berhasil. Di bawah undang-undang Minnesota berusia 41 tahun yang secara tidak rasmi dikenali sebagai "pembunuh statut," waris yang masih hidup dan "sengaja membunuh" seseorang tidak berhak kepada manfaat kematian. Apa-apa wang atau harta akan pergi kepada mangsa lain. Tetapi ini bukan kes biasa. Pada bulan Julai, hakim mendapati Gallagher, 63, tidak bersalah membunu...

Popular