Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Klinik Dr. Siti

Aina patut masuk wad

Imej
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Selawat dan salam buat Nabi Muhammad, ahli keluarga baginda, dan para sahabat baginda.   Ini adalah karangan mengenai aktivita harian kami sekeluarga untuk tarikh 16 April 2018.   Sekali lagi ke Klinik Dr. Siti Kota Warisan Gambar kaunter di Klinik Siti di Kota Warisan Semalam sekali lagi kami ke klinik Dr. Siti di KIP Sentral di Kota Warisan di Sepang di Selangor di Malaysia. Tujuan utama kami adalah untuk bawa Nor Äina ambil neb kerana ada bunyi kuat ketika di bernafas. Doktor yang memeriksa Nor Áina menyatakan bahawa bayi berusia setahun sebulan itu patut dibawa ke hospital dan ditahan di wad untuk periksa bunyi seperti jangkitan kuman di paru-paru sebelah kiri. Bunyi whizzing di sebelah kanan pula kedengaran reda setelah Aina ambil neb. Aina menangis bersungguh-sungguh kali ini semasa ambil nebulizer dan kelihatan hingus pekat banyak keluar daripada hidungnya. Adakah perlu beli neb? Mungkinkah n...

Cirit-birit di ambang tahun baru 2019

Imej
Pada 31 Disember 2018, Isnin, hanya Master pergi bekerja manakala Mommy cuti dan tinggal menjaga Aina di rumah. Sekitar petang hari yang sama Mommy memaklumkan bahawa Aina cirit-birit. Entah berapa kali Master kena basuh berak Aina pada malam itu, tetapi Aina masih cergas, jadi kami tidak membawanya ke klinik. Aina juga kurang minum susu dan makan, dia lebih banyak minum air masak sahaja. 31 Disember 2018 jam 11:31 malam hari Isnin Aina tertonggeng sedang mengalami cirit-birit dan muntah-muntah di ambang tahun baru 2019, dia berumur 1 tahun 10 bulan 9 hari pada masa ini. Xiaomi Redmi Note 5A 1 Januari 2019, Aina masih lagi cirit-birit tapi dia juga masih aktif. 1 Jan 2019 jam 12:25 tengahari hari Selasa Aina duk melayan Omar Hana, cirit-biritnya masih belum kebah. Bayi perempuan berumur 1 tahun 10 bulan 10 hari. XiaomiR Redmi Note 5A Animasi Aina sedang makan nasi goreng dengan lajunya, nampak benar dia kelaparan. Selain cirit-birit Aina juga selalu memuntahkan apa yang dima...

Nebulizer pertama Aina tahun 2019

Imej
Peristiwa : Rawatan menggunakan nebulizer pertama yang diterima Aina untuk tahun 2019 kerana batuk, ada kahak dan muntah. Doktor kata jika masih belum okay dalam 2 ke 3 hari, Aina perlu diperiksa untuk jangkitan influenza. Gambar : Aina sedang terima rawatan menggunakan nebulizer. Lokasi : Klinik Dr. Siti, Kota Warisan, Sepang, Selangor, Malaysia. Bila : 2019-01-22 jam 15:59:45 hari Isnin Kamera : Telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A. Kami bawa Aina ke Klinik Dr. Siti di Kota Warisan untuk diperiksa kerana Aina sekarang batuk-batuk dan muntah-muntah. Mummy memang cuti sebab kesihatan Aina yang tidak memberangsangkan. Master pula ambil cuti kecemasan separuh hari apabila dimaklumkan bahawa Aina duduk melepek sahaja, tak mahu makan dan tak mahu minum. Klinik Dr. Siti di Kota Warisan dipilih kerana ia adalah klinik panel Micare yang berhampiran Salak Tinggi. Kawan Master kata ada 2 lagi klinik panel Micare di Bandar Baru Nilai tapi Master tidak sempat mencarinya. Doktor kata Aina demam sed...

Aina ke Hospital Putrajaya, 08 Okt 2018

Imej
Pagi tadi Tok Ma, Tok Abah, dan Mak Su bertolak pulang ke Kelantan. Kemudian kami bawa Nor Aina ke Klinik Dr Siti sebab nafasnya kencang. Di Klinik Dr Siti di Kota Warisan, Aina diberi nebulizer, dan setelah diperiksa oleh doktor bertugas, dia memberikan kami dua pilihan: sedut kahak Aina Aina dirujuk ke Hospital Putrajaya Kami memilih untuk merujuk Aina ke Hospital Putrajaya sebab tak sanggup melihat tiub dimasukkan ke dalam tekaknya untuk sedut kahak keluar. Bawa Aina ke Hospital Putrajaya Apabila sampai ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya, nafas Aina sudah tidak kencang lagi, maka kami kena ambil nombor panggilan untuk bertemu doktor. Tetapi apabila dokotor periksa didapatinya bahawa Aina bernafas kencang dan terus dimasukkan ke Zon Kuning iaitu zon semi kritikal. Kemudian Aina diberikan nebulizer sebanyak 3 kali, dan akhirnya dibenarkan keluar. Ketika ini Aina sudah muntah 2 kali, dan muntah terakhirnya beserta kahak kuning pekat. Ketika nak ambil ubat di Farmasi Ke...

Popular