Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel _serangga

Rama-rama berkepak kaca.

Imej
Lawa kan rama-rama ni? Maklumat lanjut mengenai Greta Oto . Kepak Greta Oto lutsinar kerana tisu2 kepaknya kekurangan pigmen warna yang ada pada rama-rama lain. Selalunya ditemui di benua Amerika Tengah (Mexico hingga Panama). Nama rama2 ini dalam bahasa Sepanyol ialah Espejitos yang bermaksud Cermin Kecil . Biasan cahaya pada sudut tertentu akan membalikkan imej seperti cermin pada kepak rama2 itu. 14 Mei 2013, 20130514

[t15e09] Menghalau nyamuk dalam kereta

Imej
[Kandungan] Bagaimanakah caranya untuk menghalau nyamuk-nyamuk yang menyelinap masuk ke dalam kereta manusia? Cara menghalau nyamuk dari dalam kereta Cara hindari nyamuk daripada tertarik kepada kereta anda  Coretan Tedi mengenai nyamuk: Bagaimanakah caranya untuk menghalau nyamuk-nyamuk yang menyelinap masuk ke dalam kereta manusia? Penggunaan jaring anti nyamuk nampak radikal tetapi mungkin satu langkah yang berkesan.    Erm... Sang Nyamuk ni pun seekor, yang duk ganggu manusia tu kenapa? tak pasal-pasal Tedi terpaksa bersubahat memberikan khidmat bimbingan bagaimana mahu nyahkan kalian dari dalam kereta mereka. Panduan ini sebenarnya tidak relevan bagi kaum beruang, namun Tedi kongsikan juga dari sudut perspektif manusia. Cara menghalau nyamuk dari dalam kereta: Bakar lilin citronella, asap selalunya akan halau serangga. Citronella ni selalunya dalam bentuk cecair, minyak yang dihasilkan dari keluarga serai. Belah limau dan simpan dalam kereta sambil pintu dibuka. Buka...

[t13g13] Kenapa seseorang diserang nyamuk padahal orang lain tidak?

Imej
Kebelakangan ini Mommy sering mengadu dia diserang nyamuk. Perkara itu sungguh menghairankan kerana Master, Tetot, Bubuq, Pogy dan Tedi sendiri tiada masalah dengan nyamuk-nyamuk di rumah ini. Bukan digigit nyamuk, malahan batang hidung nyamuk pun kami tak pernah nampak! Itupun kalau nyamuk ada hidung. Maka Tedi pun melakukan pencarian yang sepatutnya dengan menaip, "budak couple seminggu putus" ... err... acah jer la.. hehehe. Tedi buat kajian kenapa nyamuk suka gigit saya tapi tak gigit orang lain? Kajian Tedi telah menghantar Tedi ke satu kiriman menarik   Silakan juga baca kiriman Tedi sebelum ini: " Petua menghalau nyamuk tanpa menggunakan racun nyamuk. "   Jika anda sangka anda sasaran nombor 1 serangan nyamuk, anda mungkin tak gila! Katakanlah kawan-kawan dah guna racun nyamuk, pakai baju lengan panjang dan tak keluar rumah pun. Namun kawan-kawan masih diburu oleh nyamuk dan yang paling sedih, cuma anda seorang, janganlah risau kerana anda sebenarnya masih w...

Hukum Lipas Jatuh dalam Makanan

Imej
Baiklah, saya sangat letih hari ini. Saya mahu menaip sesuatu dan kemudian berehat. Memandangkan tiada kiriman yang pendek akan terhasil jika Tedi yang mengarangnya, maka malam ini Tedi mahu kongsikan satu soalan. Makanan jadi najis jika lipas jatuh ke dalamnya? Soalan: "Seekor lipas terjatuh ke dalam masakan saya. Apakah masakan yang saya masak itu menjadi najis?" Jawapan oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood: Sekiranya makanan yang anda masak dimasuki oleh lipas tetapi tidak menjejaskan makanan seperti jadi berbau, perkara ini dimaafkan. Kawasan yang lipas jatuh ke atasnya hendaklah dibuang sahaja. Memadai anda melakukan sedemikian tanpa membuang semua makanan tersebut.   Sumber: Fekah Wanita, Majalah I, 20210217

[T21I19] Ada apa dengan lipas

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Lipas adalah serangga merayap yang Tedi dengar hidup dari zaman dinosaur lagi. Kemampuannya untuk berevolusi menjamin kesinambungan hidupnya. Tetapi tidak pernah pula Tedi kaji akan kesahihan fakta itu.   Makanan lipas Lipas adalah serangga omnivor dan makan apa sahaja bahan organik mati yang ia terserempak tak kira daripada haiwan atau tumbuhan. Makanan kegemaran lipas adalah: gula-gula, makanan berminyak, daging, dan kanji. Benda lain yang menjadi makanan lipas adalah seperti: buku rambut bahan reput Tiada masalah untuk lipas makan bawang jadi jangan percaya bawang boleh menghalau lipas.   Berapa lama lipas hidup Setiap spesies lipas mempunyai jangka hayat mereka sendiri tetapi secara purata lipas hidup selama lebih kurang satu tahun. Faktor seperti bekalan makanan, habitat dan iklim mempengaruhi jangka hayat. Lipas Amerika boleh hidup selama lebih...

Anai-anai bina sarang anti-mikrob untuk lawan racun serangga

Imej
Pertarungan di antara tamadun manusia dan tamadun serangga semakin berterusan. Nampaknya kawan-kawan Tedi semakin mengganas. Jika sebelum ini Obor-obor berjaya menakluk loji tenaga nuklear , kini manusia mulai menemui rahsia kekebalan Sang Anai-anai. Anai-anai kini semakin bijak. Siaplah kaum manusia. Rupa-rupanya Sang Anai-anai membina sarang mereka daripada najis mereka sendiri! Taktik ini membantu mereka menghasilkan sarang yang mempunyai bakteria baik . Hasilnya sarang mereka melindungi mereka dari serangan racun serangga kerana bakteria baik ini menghapuskan sebarang mikrob (hidupan seni)  yang mengancam Sang Anai-anai. Keadaan ini menjelaskan mengapa manusia gagal dalam percubaan mereka menghapuskan Anai-anai menggunakan senjata biologi dalam tempoh 50 tahun ini. Anai-anai merupakan serangga kecil yang berterusan mengancam hidup manusia. Mereka berupaya membina sarang jauh di bawah tanah yang boleh menjangkau 150 meter melalui sistem terowong yang komple...

Popular