Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel zz-202008

[t20h13] Paparan Terlebih Bila Extend Display Komputer Riba INTEL dan AMD ke TV

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Master apabila coding  memang memerlukan dua monitor kerana sambil coding perlu merujuk kepada bahan berkaitan, maklumlah Master bukanlah seorang pengaturcara yang hebat semua benda ada dalam kepala. Coding adalah satu istilah dalam dunia pengaturcaraan. Ia bermaksud perbuatan menulis kod-kod yang mengarahkan komputer melaksanakan sesuatu tugas. Tulis tu tidaklah bermaksud tulis dengan pen. Semua arahan itu tentunya ditaip dalam komputer. Monitor TV jenama dawa Extend display komputer riba ke TV Overscaling atau overscan Bagaimana nak baiki masalah overscaling pemproses Intel? Baiki masalah overscaling pemproses AMD Monitor TV jenama dawa Kebetulan Mak Su ada tinggalkan monitor TV LED HDMI berjenama dawa di rumah kami setelah beliau berpindah ke rumah sewa baru. Tedi tak pernah dengar jenama ini mungkin buatan China, malas pula Tedi nak periksa. Tapi kalau kawan-kawan nak beli monitor jenama dawa ni Tedi nasihatkan sistem bunyinya agak men...

[t20h22] Pusat Kitar Semula Peralatan Elektronik di Presint 9

Imej
Hari ini kami ke Pusat Kitar Semula Presint 9 untuk hantar beberapa barang yang tidak digunakan lagi. Ini adalah kali pertama kami ke sana. Gambar Pusat Kitar Semula Komuniti Presint 9, Putrajaya. # Saturday, 22 August 2020, 16:33 # 20200822 # Kamera: Xiaomi Redmi Note 5A # Gambar: IMG_20200822_163359 # https://goo.gl/maps/m8eTrtxUnF8A1Sk29  # Kesemua barang yang kami hantar ke pusat kitar semula Putrajaya tersebut adalah barangan elektronik  yang terdiri daripada: sebuah televisyen kotak jenama Samsung, sebuah ketuhar gelombang mikro, sebuah seterika jenama Philips, sebuah pembesar suara, sebuah antena televisyen, sebuah komputer riba jenama Targa, sebuah pencetak jenama Canon, dan sebuah radio jenama Philips. Gambar barangan elektronik yang kami jual di Pusat Kitar Semula Komuniti Presint 9 Putrajaya. # Saturday, 22 August 2020, 16:26 # kamera: Xiaomi Redmi Note 5A # gambar: IMG_20200822_162629 # Pengalaman hantar barangan kitar semula ke Pusat Kitar Semula Presint 9 kendal...

[t05d22] Selamat Jalan

Selamat Jalan Rintikan hujan, Berterusan membasahi bumi ini. Kedinginan hari, Semakin keras mencengkam lubuk hatiku. Kesepian alam, Semakin terasa bersama setiap derap langkahku Genggam janji yang kita meterai, Bersua semula suatu masa. Tiada daya untukku menghalang, Tempias hujan membias mentari, Tiada upaya menggapai warna-warni pelangi. Sekadar menatap hiasannya, Dek beza jarak ia terasing, Tiupan bayu yang lembut, Ku harap menyampaikan doaku mengiringimu, Selamat Jalan duhai teman. Lorong ku tempuhi gelap-gelita, Kehadiranmu teranginya. Ruang ku tempati sunyi sepi, Kehadiranmu hingarkannya. Jalan ku lalui tiada berpenghujung, Kehadiranmu temukannya. Semuanya hanya ku sedari sekali ini, Pada saat perpisahan kita. Kisah pertemuan kita yang singkat ini, Mustahil dinukilkan dengan ungkapan, Tiada kata dapat gambarkan gerangan perasaan. Ada masanya aku berteman dengki, Ada masanya aku berteman simpati, Kini tiada lagi dengan sebab perpisahan, Selamat Jalan duhai...

Masalah Pembangunan EMS

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Kadangkala masalah kecil bisa memberikan impak yang besar kepada kemajuan pembangunan sistem. Di sini disenaraikan masalah semasa membangunkan sistem EMS untuk rujukan masa hadapan Tiba-tiba sahaja tidak kenal beberapa library seperti hibernate Pastikan bahawa pilih profile yang betul sebelum build  contohnya pilih profile  GF4(local-windows) dan kemudian Build with Dependencies . Library tiada dalam GIT Entah kenapa ada masalah dengan beberapa library dan nampaknya tiada siapa mahu bereskan maka kenalah copy secara manual ke dalam folder .m2 . Tetapi cara yang lebih afdal ialah dengan memastikan alamat repository adalah betul. C:\Users\{nama_user}\.m2\repository EPAM di Staging asyik return 500 Restart glassfish.   EMS asyik redirect ke login page apabila tambah page dan menu baru Pastikan bahawa config.js point kepada source code ('main' : 'main') bukannya kepada compiled script ('main' : 'main-built').   ...

T20H14 Kenapa Selalu Ada Ulser di Mulut?

Master selalu ada ulser dalam mulutnya. Master perasan jika dia rajin berjaga pada waktu malam ulser selalu datang.  Apa itu ulser mulut? Alah luka-luka kecil dalam mulut tu ada di pipi, ada yang di bawah lidah, malahan di gusi pun boleh ada ulser. Ada satu ulser dalam mulut pun dah mengganggu selera makan. Pedih bila makan makanan pedas, tak pedas pun pedih juga.   Maksud ulser mengikut kamus Ulser dalam tulisan jawi:  اولسر Tetapi untuk lebih mengetahui makna yang lebih tepat lebih baik kita rujuk kamus: Definisi :  (Ubat) kerosakan pada permukaan sesuatu organ atau tisu yang mengakibatkan luka yang lambat pulih.  (Kamus Dewan Edisi Keempat) Definisi :  ist kerosakan pada permukaan sesutu organ atau tisu yg mengakibatkan luka.  (Kamus Pelajar Edisi Kedua) Istilah untuk ulser kecil dalam mulut akibat jangkitan kulat ialah "afta" .   Punca ulser dalam mulut Ulser terbaru yang menyerang Master ada 3 sekaligus dan besar pula tu. Tiba...

Gambar di Felda Lui Barat pada Disember 1985

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Gambar Master dan Mak Ngah Zira duduk di atas kerusi rotan di rumah kakitangan Felda Lui Barat. Mengikut tahun pada gambar itu iaitu 1985, umur Master pada masa itu ialah 2 tahun dan Mak Ngah 1 tahun. Perabot kerusi diperbuat daripada rotan itu memang tahan lasak dan tahan lama, lompat tara mana pun tidak patah atau rosak tidak seperti perabot kayu pada masa sekarang. Sampai Master bersekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Lui Barat, kerusi rotan ini masih kukuh. Kerusi itu dialas kusyen yang selalu disusun Master adik-beradik menjadi "pondok". Memang bersepahlah rumah tiap hari dengan kusyen yang bersepah. Pada masa sekarang kanak-kanak sudah tiada peluang untuk mengasah bakat kreatif mereka menggunakan kerusi seperti itu kerana pada zaman sekarang (2020) orang menggunakan kerusi sofa. Masih ada lagikah kerusi seperti ini ya? # Tarikh upload: Sunday, 2...

Bereskan Tukar Meter Rumah Desa Mentari, Tukar Radio Subaru XV

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Hari ini kami ada dua aktiviti utama. Tukar meter air pukal ke meter air individu di Desa Mentari Pertama kami ke Blok 2 Desa Mentari untuk selesaikan hal penukaran meter air pukal kepada meter air individu. singgah di Petronas Desa Mentari untuk fotostat dokumen yang diperlukan untuk tukar meter air daripada meter pukal kepada meter individu. Teks: Petronas Primax 95 dengan pro-drive. bebaskan gerakmu, pam petrol stail bos di sini. Setel. # Saturday, 15 August 2020, 11:41 # 20200815 # IMG_20200815_114118 # Xiaomi Redmi Note 5A # Ganti set infotainment Subaru XV STI Kedua kami ke Brother's Mall Wholesale City di USJ 1 di Subang Jaya di Selangor di Malaysia untuk tukar set infotainment kereta Subaru XV yang telah rosak dalam masa hanya 5 tahun! Set infotainment asal kereta Subaru XV menggunakan jenama Kenwood model DNX5350BT yang telah rosak tak sampai 5 tahun kereta dibeli. Pusat servis Subaru kata kalau tukar di Subaru makan RM 200...

Aina Aidan Balok 2020

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Sempena cuti Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-63 jatuh pada hari Isnin, kami pergi bercuti ke Kuantan. Timurbay Seafront Residence Di Kuantan kami menginap di homestay di rumah pangsa yang dinamakan Google Maps sebagai Timurbay Seafront & Beach Residence. Nak juga guna nama Inggeris walaupun dah merdeka 63 tahun. Acah-acah hebatlah tu. Rumah pangsa ini terletak di Jalan Kuantan - Kemaman, Kampung Sungai Karang Pantai, 26080 Balok, Pahang. Orang yang menginap di sini boleh berkunjung ke Pantai Balok, Tanjung Lumpur, Teluk Chempedak malah ada juga yang ke Kemaman untuk makan sata. Gambar pemandangan laut dan pantai dari Timurbay Seafront Residence di Kuantan di Malaysia. Kami mendapat unit homestay menghadap laut. # Sunday, 30 August 2020, 07:54 # IMG20200830075401 # OPPO OPPO Reno2 # Rumah pangsa ini terdiri dari 2 blok iaitu Tower A dan Tower B. Punyai 4 buah lift dari tingkat G sehingga 13A. Menurut seorang pekerja setiap tingk...

Mencari Jersi di Pengkalan Kubor di Tumpat di Kelantan di Malaysia

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Jika semalam Master dah beli sehelai jersi pasukan bolasepak Newcastle United di Kompleks Bebas Cukai Rantau Panjang, hari ini Master mencari jersi kelab bolasepak yang sama di Kompleks Bebas Cukai Pengkalan Kubor pula.   Jarak kompleks bebas cukai Pengkalan Kubor ni cuma 15 kilometer dari De5 Homestay yang terletak di Mukim Delima.   Malangnya Master search  Pengkalan Kubor sahaja dan bukan Kompleks Bebas Cukai Pengkalan Kubor, maka kami dibawa ke satu kawasan kampung dikelilingi sawah padi, mungkin nama kampung itu ialah kampung Simpang.   Ia dipisahkan dari Narathiwat Thailand hanya oleh Sungai Golok.   Setelah berpusing-pusing beberapa ketika akhirnya kami menemui jalan yang benar. Polis yang mengawal sempadan mungkin pelik melihat kereta Subaru XV kami berpusing-pusing beberapa kali.   Alhamdulillah kesesatan kami itu membuatkan kami terserempak dengan pemandangan indah di tepi Sungai Golok. Malangnya...

Masalah VPN client oleh H3C

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Masalah semasa gunakan VPN oleh H3C Masalah semasa gunakan DNT IEC SSL VPN pada browser IE 11 (Internet Explorer 11) atas Windows 10. VPN client ini dibangunkan dan disediakan oleh Copyright(C) 2004-2013 Hangzhou H3C Technologies Co., Limited. Master nak gunakan VPN untuk masuk ke rangkaian kerja pejabat beliau oleh itu kena gunakan VPN (Virtual Private Network) atau mungkin dalam Bahasa Melayu boleh diterjemahkan sebagai Rangkaian Kerja Maya Peribadi. Ia seperti internet tetapi terhad kepada sesiapa yang ada akses kepada rangkaian kerja ini. Oleh itu kita kena gunakan VPN client untuk mendapat kebenaran masuk ke dalam rangkaian kerja ini. Jadi masalah yang Master hadapi ialah VPN Client ni tidak berfungsi. Tedi dah cari dalam internet tetapi kelakarnya tiada jawapan kepada masalah ini, satu benda biasa kalau gunakan teknologi daripada China ni. Mesej masalah Failed to delete the client file. SetDeleteInfo: failed to configure the clear...

Scan Gambar Lama

Hari ini 20200802 Master mula imbas gambar-gambar lama.di rumah Tokki menggunakan printer Canon E501. Pada mulanya Tokki imbas gambar yang ada dan crop manual. Tentu sahaja proses itu memakan masa yang lama. Master tahu bahawa asa perisian yang membolehkan kita imbas banyak gambar sekaligus menggunakan scanner dan gambar-gambar itu akan disimpan secara automatik sebagai gambar yang berbeza. Contohnya kita imbas 4 keping gambat sekaligus, perisian itu akan simpan sebagai 4 keping gambar dan bukan sekeping gambar yang ada 4 gambar di dalamnya.  Faham tak? 😅 Master telah muat turun ( download ) beberapa perisian tetapi kecewa kerana ia hanya versi demo dan perlu dibeli jika nak gunakan fungsi yang lengkap. Glosari Scanner : mesin pengimbas. Mesin yang boleh imbas dokumen dan menyimpannya dalam bentuk digital. Download : muat turun. Proses pindahkan atau salin fail dari internet ke dalam komputer peribadi kita. to be continued... lagi...

Popular