Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel zz-201603

[t16c05] Tugu Peringatan Keluarga Dato Hj Sidek

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Selepas selesai mengunjungi Pantai Morib kami bergerak pulang melalui Banting. Jika kawan-kawan merupakan peminat badminton Malaysia mungkin kawan-kawan sedia maklum bahawa Banting telah melahirkan satu keluarga legenda badminton Malaysia iaitu anak-anak Sidek. Kami mengambil kesempatan untuk singgah di rumah keluarga Dato Haji Sidek yang turut menempatkan Tugu Peringatan Keluarga Dato Haji Sidek. Tugu peringatan ini menampilkan arca 2 raket badminton mengapit satu bulu tangkis. BERJUANG UNTUK KECEMERLANGAN BANGSA DAN NEGARA TUGU PERINGATAN KELUARGA DATO HJ SIDEK DIABADIKAN KERANA KEJAYAAN ANAK-ANAKNYA DI ARENA BADMINTON:  HJ MISBUN, RAZIF, JALANI, ABD. RAHMAN, ABD. RASHID, JAMALIAH # Saturday, 5 March 2016, 21:02 # SONY ILCE-5000 # 20160305 # DSC09448 # Kanchong Darat, 42700 Banting, Selangor # Pada masa kami berada di situ Tok Mak turut menemuramah anak-anak muda yang ...

[t16c13] Van Toyota HIACE untuk disewakan

Imej
Sambil makan tengahari di Kedai Ketereh di Kosmpoleks, tersua iklan yang menarik hati. Pada 13-Mac bersamaan hari Ahad jam 12:33 tengahari, kami singgah makan di Kedai Ketereh di Kosmopleks di Bandar Baru Salak Tinggi sebelum menghantar Mak Long Norly ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di mana dia berlepas dengan pesawat MAS ke Kota Bharu. Usai menjamu selera, satu sepanduk mengiklankan perkhidmatan sewaan van menggamit Tedi mengintainya kerna apa? Kerana ia menyediakan perkhidmatan sewaan van sama ada dengan pemandu atau tanpa pemandu. Iklan ini adalah sangat relevan bagi mereka yang mahu sewa van Hiace. Ia menggamit memori tatkala kami bercuti ke Indonesia dahulu. Perkhidmatan Sewaan Van (Toyota HIACE) sama ada van sahaja atau beserta pemandu Hubungi: UJANG Telefon: 017-608 4786 WhatsApp: 018-374 3091 Alamat: Pondok Bustanul Ariffin, Jalan Haji Amin, Kampung Labuhan Dagang, 42700 Banting, Selangor. Facebook: van sewa ujang Serba-sedikit tentang van Toyota Hiace Van ...

[t16c04] Buang 302 tambah 320... bila nak kurus?

Imej
Usaha selama sejam akhirnya hancur sebegitu sahaja Hari ini Tedi telah berjaya membakar 302 kalori melalui aktiviti jogging selama sejam, mengambil jarak larian hampir mencecah 5 kilometer . Kemudian Master membawa Tedi dan Mommy ke KFC di Jalan Sultan, Petaling Jaya. Tedi memesan wrapper box yang kandungi seketul ayam goreng dan beberapa ketul nugget. Setelah habis makan Tedi baru teringat untuk memeriksa kalori dalam seketul ayam goreng KFC, ternyata ianya mengejutkan kerana mencecah jumlah 320 kalori . Hanya kerana seketul  ayam goreng dan suapan dalam masa beberapa minit, Tedi telah menghancurkan keberkesanan regim larian Tedi. Macam mana nak kurus kalau macam ni? Kepada kawan-kawan di luar sana, jika mahu makan ayam goreng KFC , pastikan anda berlari 5 kilometer untuk setiap ketul ayam KFC.   Ringkas Berlari 5 kilometer membakar 302 kalori. Kalori seketul ayam goreng ialah 320 kalori. KFC ialah tanda nama Kentucky Fried Chicken iaitu rangkaian restoran makanan se...

[T16C13] Asal perkataan bimbo dan maksud bimbo

Imej
Apakah itu Bimbo? Pada masa ini iklan drama " Aku bukan Bimbo " sering dimainkan di layar televisyen, dan Tedi serta Mommy sering terserempak dengan iklan tersebut. Kalau sekadar terserempak tidak mengapalah, tapi perkataan bimbo itu asyik ditanya apakah maksudnya oleh Mommy. Tedi jawab dengan jawapan klise, "Mommy Google-lah" , tapi seperti biasa Mommy malas nak Google, melainkan ia gossip artis. Baiklah... setelah sekian lama... pada pagi ini Tedi mencari apa makna bimbo itu. Rupanya ia adalah daripada Bahasa Inggeris slanga (rojak?) yang bermakna, "perempuan yang nampak menarik tapi otak kosong (a.k.a bodoh?)  - selalunya wanita muda yang menggunakan tarikan seks" . Bodoh mungkin tak berapa sesuai tapi kalau tak berilmu pengetahuan itu mungkin ya. Perkataan ini wujud seawal 1919 di Amerika Syarikat , tapi pada masa itu ditujukan kepada lelaki yang tidak cerdik atau yang jenis brutal membabi-buta . Almaklumlah pada zaman dulu mereka yang kuat...

T16C09 Hon Sapa Jiran

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Anda sedang memandu kereta dan ternampak jiran anda dalam kawasan rumahnya Bagaimanakah untuk menyapa jiran anda itu? Selalunya hon lembut akan diberikan. Ini adalah cerita tentang hon lembut, iaitu tentang 3 personaliti manusia yang berkaitan dengan hon lembut. Individu pertama adalah mereka yang menekan hon dengan sangat lembut, menyapa mesra jirannya. Dia amat yakin dan punyai ilmu bagaimana menekan hon selmut mungkin. Insan kedua pula, adalah insan yang cuba menyapa jirannya, namun adakalanya hon ditekan terlalu kuat, memeranjatkan jirannya, namun jirannya yang kenali hati budi si pemandu segera sejuk hati apabila melihat siapakah pemandunya. Pemandu ketiga pula tidak tahu bagaimana menekan hon dengan baik untuk menyapa jirannya, maka dibiarkan sahaja. Jika jirannya menoleh, dia cuma tersenyum mesra. Begitulah kita dalam kehidupan, apabila menegur, berbual, atau berbahas. Ada ...

Edit log SVN, urusan keluar duit KWSP bayar rumah, urusan beli Subaru XV STI

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Ini adalah kisah semalam... 30-Mac-2016 Kisah di kelas... Pada pagi hari, sampai di kelas jam 09:15, terlambat gara-gara tertinggal tanda nama dalam kereta Master. semak dengan pengurus projek kelas, Salleh Yaakob berkenaan proses review dokumen spesifikasi teknikal PBO 1.1.0.1. Agak rasa bersalah kerana dokumen itu baru sahaja dihantar semalam dan Tedi dah tanya perkembangannya hari ini. Semak dengan penguji sistem, Lisa Surihani, di mana beliau memaklumkan tiada sebarang masalah. Tedi bertanya beberapa soalan dan meminta beliau uji jika harga jualan kad foto menerima diskaun yang betul jika ada beberapa config diskaun dihantar dalam sehari. Alhamdulillah tiada masalah. Encik Zed Zaidi mendapati anak buahnya tidak memasukkan mesej ke dalam log SVN, dan apabila mereka cuba edit mesej tersebut, ada ralat sistem dipaparkan SVN. Encik Zed Zaidi meminta Tedi memeriksa jika ha...

Nak kurus? Jauhi gula.

Imej
Petang tadi ada ceramah kesihatan oleh Doktor Eliza Aziz Hafiz **Kemaskini: boleh silap nama la pulak, patut Mommy cari tak jumpa...** Beliau dijemput oleh Kelab Kecergasan untuk menerangkan kepentingan badan yang cergas kepada otak yang cerdas. Ceramah beliau tidaklah membosankan dan pada akhir sesi ada pula sesi bersenam dengan hanya duduk di atas kerusi. Walaupun dengan hanya duduk di atas kerusi, senaman itu agak menyemputkan Tedi. Ini adalah beberapa intipati ceramah beliau, dan kekawan semua pasti akan dapat kenalpasti apa yang ditekankan oleh beliau. Jika ada sakit-sakit pada badan, kurangkan gula. Gula adalah penyebab kepada 100 jenis barah. Badan tidak perlukan gula, sebaliknya cuma perlukan karbohidrat, protein, dan lemak. Insulin akan serap gula. Apabila insulin tinggi, kadar metabolisme akan jatuh. Jika mahu turunkan berat badan, jangan ambil gula. Ubat terbaik buat manusia adalah senaman, jika tak bergerak sejam, umur pendek 6 minit. Perokok yang bersenam ...

Sayonara McClaren... Selamat datang Benitez.

Imej
Akhirnya Newcastle menggugurkan McClaren Peminat Newcastle United mungkin boleh bergembira apabila Toon Army akhirnya memecat Steve McClaren, dan menggantikan dengan pengurus Rafael Benitez yang pernah mengemudi kelab-kelab besar seperti Liverpool, Chelsea, Inter Milan dan Real Madrid. McClaren dilihat tidak mampu mengemudi Newcastle dengan baik, kelihatan tidak mampu member motivasi yang diperlukan. Taktik yang digunakan beliau juga agak tak menarik dan dengan mudah dipatahkan pihak Selain itu beliau dilihat hanya menjadi pak turut kepada pemilik kelab, tanpa kebebasan hakiki untuk memilih dan membentuk pasukan yang bagus. Rafael Benitez pilihan yang bagus untuk Toon Army? Ini adalah satu persoalan yang subjektif, namun dengan perlantikan beliau, Newcastle memecah tradisi daripada memilih ketua jurulatih yang hanya menjadi boneka pihak pengurusan, ini adalah kerana Benitez punyai nama dan diketahui bahawa beliau mahukan kebebasan dalam membentuk skuadnya sendiri. Beni...

Selenggara Proton SAGA BLM

Imej
Misi utama adalah untuk tukar minyak gear manual kerana terasa sangkut ketika dalam kesesakan lalu lintas Minyak transmisi manual sepatutnya ditukar setiap 20000 (dua puluh ribu) kilometer. Selain itu minyak enjin juga ditukar, menggunakan Petronas Syntium 1000 sintetik penuh. Master gemar gunakan sintetik penuh kerana kami berjalan jauh. Ia sepatutnya ditukar setiap 10000 (sepuluh ribu) kilometer, namun ramai yang cadangkan tukar setiap 7000 (tujuh ribu) kilometer kerana kami selalu sangkut dalam kesesakan lalu lintas. Item Keterangan Bilangan Unit Harga Seunit Diskaun Jumlah 1. Periksa dan ganti 1   45.00 0.00 45.00 2. Minyak enjin Pertronas Syntium 1000 15W/50 Sintetik Penuh 4 Liter 1 Botol 200.00 0.00 200.00 3. Penapis minyak 1 Set  12.22 0.00 12.22 4. Spark plug - BPR6EF-11 1 Set  38.00 0.00 38.00 5. Minyak gear manual HQ Multi 75SW-85 2 Botol 42.00 0.00 84.00 6. Penjajaran roda hadapan 1 Set  25...

Pusat Rawatan Tradisional Pak Raja Tukang Urut Siber

Imej
Susah juga nak cari tukang urut wanita di sekitar Sepang ni... Tapi sebenarnya tak cari pun di sekitar Sepang ni, Mommy duk tanya Master manalah Master punyai pengetahuan. Master cadangkan Mommy bertanya dalam group WhatsApp wanita, Mommy tak tanya kot... Jadi Master tanyalah kepada kawan beliau yang tinggal di Bangi yang berurut dengan seorang pakcik ini kerana masalah tulang belakang. Semoga maklumat ini berguna buat Mommy. Maklumat niaga Pusat Rawatan Tradisional Pak Raja Nama Pusat Pusat Rawatan Tradisional Pak Raja Nama Pengamal Lelaki Raja Kamaruddin Raja Ahmad Nama Pengamal Wanita  Hajjah Animah Alamat  No 16 Jalan Megah 4, Taman Megah, Batu 10, Cheras, 43200 Kajang, Selagor. Nombor Telefon Bimbit  012 - 203 1937  019 - 269 1040  Laman web:   Utusan.com: Pak Raja Tukang Urut Siber  Waktu rawatan 9 pagi sehingga 9 malam Perkhidmatan yang disediakan di Pusat Rawatan Tradisional Pak Raja Urut...

NESTLÉ CORN FLAKES pupus di pasaraya

Imej
Semalam selepas kami bergerak pulang dari kedai bakery Yummie di Bangi , kami segera menuju ke TESCO Hypermarket Bandar Baru Nilai . Tujuan kami ke sana adalah untuk membeli emping jagung ( NESTLÉ CORN FLAKES ) yang bakal menjadi ramuan penting dalam resepi Cornflakes Madu yang Mommy ingin buat sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma. Malangnya hajat kami ke sana tidak tercapai kerana NESTLÉ CORN FLAKES yang diingini sudah kehabisan stok. Maka kami merayau pula ke beberapa buah pasaraya yang agak terkenal di sekitar Bandar Baru Salak Tinggi, namun hasilnya masih hampa kerana NESTLÉ CORN FLAKES yang diingini tetap juga belum ditemui. Akhirnya kami berjaya mendapatkannya di sebuah kedai runcit yang terletak di hadapan Empress Hotel dengan harga yang agak mahal iaitu MYR 12.90 (dua belas Ringgit Malaysia dan sembilan puluh sen sahaja), selalunya kami beli dalam lingkungan harga MYR 8 (lapan Ringgit Malaysia sahaja) ke bawah. Hebat sungguh teknik pema...

Honda HR-V terkeluar... Subaru XV STI mula mengambil tempat.

Imej
Pandu uji Honda HR-V sekali lagi Pagi semalam kami hantar Mak Long Ili ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Dia naiki pesawat MAS ke Kota Bharu, bersama anak sulungnya, Amar. Usai urusan menghantar mereka ke Balai Berlepas, dan sesudah membayar lapan ringgit lebih untuk parking selama sejam lebih, kami kehilangan arah tuju. Master membawa kami melalui Charterfield Town dan kemudian kami tersilap masuk ke hotel Concorde. Apalah pelik benar bulatan di sana yang simpangnya terus ke dalam kawasan hotel. Kemudian kami membelah Labohan Dagang terus ke Bandar Baru Nilai, dengan tujuan memandu uji sekali lagi HR-V di Honda Nilai. Malangnya apabila kami sampai di sana, HR-V pandu uji tidak nampak kelibatnya. Setelah bertanya kepada ejen penjual di situ yang kelihatan agak berat menjawab, kami dapat tahu bahawa kereta pandu uji HR-V itu berada di Tesco Nilai untuk satu majlis promosi Honda. Majlis itu agak meriah, di mana semua produk berkaitan Honda ada dipamerkan. Setelah men...

Liridon Krasniqi Dedah Sebab Pilih Kedah

Imej
" SAYA tak peduli apa orang kata, saya ada matlamat penting untuk pasukan Kedah," tegas pemain import Kedah dari Kosovo, Liridon Krasniqi. Pemain tengah skuad Helang itu berkata demikian bagi menjelaskan mengenai isu terdapat pasukan dari Liga Super yang ingin mendapatkan khidmatnya.

Popular