Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel zz-201609

Faedah Berjalan Kaki kepada Manusia

Imej
Kemaskini: 20260305 Tubuh manusia diciptakan untuk berjalan kaki setiap hari. Tubuh manusia diciptakan untuk berjalan. Berjalan 30 minit sehari mengurangkan kadar menghidap diabetes lebih daripada separuh dan ia mengurangkan risiko manusia berusia lebih 60 menghidap kencing manis hampir 70 peratus . Berjalan mengurangkan risiko strok lebih daripada 25 peratus . Ia juga mengurangkan risiko barah serta diabetes dan strok. Kandungan Artikel Kesihatan Jantung & Saluran Darah Kesihatan Wanita & Kanser Kesihatan Lelaki & Kanser Kesihatan Mental & Emosi Kesan Fizikal & Imunisasi Perlindungan Daripada Selesema Tips & Sesi Berjalan Kaki Kesihatan Jantung & Saluran Darah Berjalan mengurangkan tekanan dara...

Kompilasi penakluk Giant's Keep B8 - Raksasa Angin

Imej
Baiklah hari ini Tedi nak buat sedikit catatan tentang Giant Dungeon yang baru sahaja Tedi berjaya takluki setelah mencuba beberapa kombinasi raksasa yang ada dalam koleksi Tedi. Giant Dungeon yang paling tinggi Tedi takluki setakat ini adalah B8 iaitu Wind Giant (Raksasa Angin). Secara teorinya untuk menewaskan Wind Giant di B8 tentunya memerlukan makhluk berunsur Api. Malangnya Tedi tidak punyai ramai makhluk api yang bagus tapi nasib baik Tedi ada 2 ekor makhluk api dari kategori NB5 dan NB4. Kompilasi makhluk yang Tedi gunakan untuk menewaskan Giant B8 adalah: Sekhmet 5*, Raoq 6*, Chasun 6*, Fire Occult Girl 5*, dan Belladeon 5*. Sekhmet 5* Tedi pilih Sekhmet sebagai ketua kerana dia boleh menaikkan HP rakan seperjuangan sebanyak 33%. Dia ni belum hebat lagi kerana Tedi belum habis build barisan rune miliknya disebabkan kekurangan mana stone. Tapi Tedi suka 1 skill dia yang boleh mencuri buff pihak lawan dan digunakan pada dirinya sendiri. Sungguh awesome kan? Skill itu bukan...

Fakta Sukan Olimpik yang Tedi tak tahu

Imej
Sejak penubuhannya di Greece purba, Sukan Olimpik telah menjadi pencapaian tertinggi dalam olahraga. Pada setiap Sukan Olimpik musim panas dan musim sejuk, atlet berusaha untuk untuk mengalahkan satu sama lain, kadang-kadang melebihi jangkaan. Ini adalah koleksi fakta-fakta yang mungkin kita tidak pernah tahu berkenaan Sukan Olimpik sama ada pada zaman moden atau zaman purba (sukan olimpik pada zaman Yunani). 1. Dalam bulan sebelum Sukan Olimpik purba, tiada peperangan dibenarkan untuk membolehkan penonton mengembara dengan aman di seluruh Greece. Sukan Olimpik moden telah diilhamkan oleh Sukan Olimpik purba, yang telah diadakan di Olympia, Greece, dari abad ke-8 Sebelum Masihi hingga abad ke-4. Utusan akan dihantar untuk mengiklankan temasya tersebut di seluruh Yunani. Satu gencatan senjata dipersetujui, di mana tiada peperangan selama sebulan dan tiada halangan mengganggu perjalanan penonton. Pada abad-abad berikutnya, tempoh gencatan senjata itu dilanjutkan kepada tiga bul...

[t16i07] Hantaran RaFID

Imej
Hari ini adalah hari yang agak mendebarkan buat Master kerana hari ini adalah hari di mana semua kod dan dokumentasi perlu diserahkan kepada semua pihak ketiga. Project Manager sudah tentu panas punggung jika tidak dapat dipenuhi kehendak mereka pada hari ini kerana mereka telah menabur janji-janji yang tidak pasti dan harap-harapnya bukan janji dicapati. Kod sudah selesai cuma ada satu aplikasi contoh yang belum dapat disulitkan kandungannya. Hal ini adalah kritikal tatkala tiada siapa yang berpengalaman dalam menangani ralat-ralat yang terhasil apabila pustaka untuk pihak ketiga itu disulitkan. Ia telah berjaya disulitkan namun ia tidak dapat digunakan ketika proses pembangunan. Seorang rakan mencadangkan ujian unit dilaksanakan ke atas pustaka tersebut, dan Master mula menggaru kepala kerana tidak berapa fasih menggunakan teknologi ujian unit. Selain itu Master juga sepatutnya menguji kandungan modul akses terlindung yang dijana sebelum diserahkan kepada PM. Oh sedapnya kalian...

Eksperimentasi Jalan 2: Kota Bharu - Felda Sungai Lui

Imej
Sumber: Highway Karak sesak: pengundi balik kampung Alhamdulillah kami baru sahaja tiba dari Wakaf Bharu (Kelantan) . Perjalanan kali ini memakan masa lebih kurang 9 jam untuk jarak 505 kilometer . Tempoh itu termasuklah masa yang kami ambil untuk bersarapan di Sarapan @ Roundabout Sungai Merab pada hujung perjalanan. Kereta agak banyak pada awal perjalanan terutama di Jalan Kota Bharu - Gua Musang , namun perjalanan jadi lebih lancar selepas Petronas Gua Musang kerana kebanyakan kereta mula berhenti. Kebanyakan pemandu memilih untuk berhenti melelapkan mata di sepanjang jalan di antara Gua Musang ke Gombak . Nasib baiklah Lebuhraya Karak tidak sesak, maka Master dapat menggunakannya sebagai pilihan utama untuk kami lalui. Jika tidak, tentunya Master akan memilih untuk melalui jalan lama Karak - Kuala Lumpur . Sebenarnya sebelum Master memilih masa perjalanan untuk pulang dan pilihan jalan alternatif pada Hari Raya Aidil Adha kali ini, kami telah pun melakukan eksperimen...

Perbaharui cukai jalan SAGA BLM di Takaful Ikhlas HQ

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Hari ini Master perbaharui cukai jalan (renew roadtax) bagi kereta Proton SAGA BLM H-Line 1.3 IAFM transmisi manual kerana cukai jalan tamat tempoh. Aktiviti beli insurans dan perbaharui cukai jalan tamat tempoh itu berlaku di ibu pejabat Takaful Ikhlas Berhad di Bangsar South. Untuk kereta Proton SAGA yang dah berusia 7 tahun itu: nilai perlindungan ialah RM 16,000 dan harga sumbangan asas ialah RM 663.80. Ditolak dengan kadar NCD sebanyak 55% atau RM 365.09. Ditambah dengan insurans cermin sebanyak RM 75. Menjadikan jumlah kasar perbaharui cukai jalan tamat tempoh sepatutnya dibayar ialah RM 373.31. Kami dapat pula diskaun 10%, atau berjumlah RM 37.37, menjadikan sumbangan selepas diskaun ialah RM 336.34. Tapi kami dikenakan pula Cukai Perkhidmatan dan Jualan atau lebih terkenal dengan panggilan GST untuk perbaharui cukai jalan tamat tempoh, sebanyak 6% atau RM 20.18. Dan untuk melengkapkan pembelian cukai jalan itu kami dikenakan St...

Umur sesuai pisahkan anak kucing dari ibunya

Imej
8 minggu adalah umur minimum untuk anak kucing dipisahkan daripada ibunya. Ada negara yang mengenakan undang-undang sekurang-kurangnya anak kucing berusia 12 minggu baru boleh dipisahkan anak kucing daripada ibunya. Memisahkan mereka pada usia yang terlampau muda akan menyebabkan ibu kucing sangat berdukacita kerana dia tahu anaknya itu belum mampu hidup berdikari, malah dia belum sempat mengajar anaknya gaya hidup sebagai seekor kucing sejati. Jika dipisahkan anak kucing daripada ibu kucing pada usia anak kucing 3 hingga 4 bulan, ibu kucing akan kurang sedih kerana dia mungkin dah bersedia membebaskan anaknya ke dunia luar. 4 bulan pertama adalah sangat penting kepada seekor anak kucing kerana pada tempoh itu ia membina jati diri sebagai seekor kucing, iaitu ia belajar bagaimana cari makan, bagaimana bersosial dengan kucing-kucing lain, dan juga membina imunisasi dirinya melalui susu ibunya. Anak kucing yang dipisahkan terlalu awal juga ditakuti akan menyebabkan mereka tiada pe...

Popular